Monday, April 6, 2009

Senarai Semak

Senarai Semak Bagi Bakal Pengantin

MERISIK: (if serentak i.e merisik dan bertunang, pertimbangkan apa-apa yg perlu)

Pihak lelaki yang ingin melamar dan merisik si gadis pilihan, mereka perlulah memastikan perkara-perkara berikut di bawa bersama (terpulang item yg hendak dibawa). Sekadar contoh, antaranya ialah:

• Cincin belah rotan. (cincin tanda)
• Wang tanda (hantaran)
• Baju sepasang atau kain
• Buah-buahan
• Kuih-muih
• Menentukan siapakah yang akan menjadi wakil anda. (ibu bapa atau ibu bapa saudara)
• Wakil pihak lelaki tersebut perlulah bertanya kepada ibu bapa si perempuan sama ada anak gadisnya itu telah mempunyai teman atau tidak.
• Jika tidak, maka wakil pihak lelaki perlulah menyatakan hajat untuk melamar si gadis.
• Jika ibu bapa si gadis telah bersetuju, maka cincin tanda dan lain-lain barang iringan seperti wang tanda, kain, buah-buahan dan kuih-muih diberikan.
• Jika mereka menerima barang-barang yang diberikan, maka secara tidak langsung, si gadis telahpun bersetuju untuk melayari hidup bersama lelaki tersebut.
• Wakil pihak lelaki berbincang tentang wang hantaran.
• Menetapkan hari untuk melangsungkan majlis pertunangan.

PERSIAPAN BAGI MAJLIS PERTUNANGAN

 Pilih tarikh/waktu/tempat
 Tentukan jumlah hantaran L/P
 Pilihan Tema hantaran
 Pilihan Gubahan hantaran
 Pilihan Gubahan sendiri / tempah
 Pilihan Warna pakaian L/P
 Tentukan jenis barang hantaran L/P
 Jumlah wang hantaran/mas kahwin
 Cincin tunang
 Pilihan Pakej pertunangan
 Pilihan Pelamin/Make-up
 Jurugambar
 Sediakan bajet jamuan makan kecil (catering/msk sendri)
 Sediakan bajet majlis ( khemah, kerusi, meja )
 Tentukan wakil pihak L/P sbg juruckp
 Tentukan jumlah keluarga dari pihak L yg akan ikut serta
 L Maklumkan pada P, supaya mudah utk membuat persiapan
 Perkara2 yang akan dibincang kedua keluarga pd hari pertunangan

PADA MAJLIS PERTUNANGAN

 Hantaran, sirih junjung yg dah siap etc
 Cincin disediakan
 Mas kahwin disediakan
 Tentukan tugas masing2 ( brg2 berhaga dsbg, pengiring dsbg )
 Plan perjalanan, masa dan sbgnya maklumkan pada pihak P agar semua terurus
 Buat semakan terakhir just in case tertinggal apa2
 Relax and tiba di rumah pihak P awal 15 minit. Punctuality is important!

Note:

• Cincin emas putih
• Sirih junjung
• Lain-lain hantaran (separuh dari wang hantaran, sepasang baju, buah-buahan, kasut, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.
• Wakil pihak lelaki (ibu atau ibu saudara) yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.

MALAM BERINAI:
• Minta bantuan dari ahli keluarga dan sanak saudara untuk menginaikan anda.
• Jika ingin mengenakan henna, pastikan anda telah menempah mereka yang pakar dalam hal sedemikian sebulan sebelum majlis malam berinai anda.
Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan atau persandingan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari persandingan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan anda.

LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:
Things to discuss:

L & P

 Bincang hal-hal perkahwinan kedua-dua pihak
 Tarikh, waktu, tempat nikah/sanding/tandang
 Tentukan perbelanjaan untuk majlis nikah/sanding/tandang L/P
 Tempat majlis nikah/sanding/tandang
 Konsep majlis nikah/sanding/tandang
 Tema majlis nikah/sanding/tandang
 Konsep/tema hantaran nikah L/P
 Jumlah hantaran nikah
 Senarai barang-barang hantaran nikah
 Jumlah mas kahwin
 Pilihan baju nikah/sanding/tandang
 Konsep/tema pelamin L/P
 Konsep/tema bilik tidur L/P
 Konsep/tema pakaian nikah/sanding/tandang L/P
 Jurusolek (asing)
 Jurugambar
 Pakej perkahwinan nikah/sanding/tandang
 Pakej gubahan hantaran L/P
 Pakej sirih junjung/bunga pahar
 Pakej jurugambar nikah/sanding/tandang
 Pakej kad kahwin
 Pakej bunga telur
 Pakej cenderahati dsb
 Daftar Kursus kahwin
 Beli barang-barang hantaran
 Beli kain nikah/baju melayu/pengapit/bunga telur girls dan lain lain
 Beli cincin kahwin
 Pakej kanopi & hiasan
 Bajet Makanan majlis sendiri/caterer
 Bajet tetamu yg hadir
 Guests list
 Transportation pengantin
 Take note small things – who knows

Note:
• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.
• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.
• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Majlis di hotel atau taman.)
• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.
• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)
• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda
• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.
• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

For L
Note:
• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.

LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:
L & P
 Tempah tok kadi
 Pakej pa system/dc/pemuzik
 Rawatan diri
 Bajet bulan madu/tempahan
 Kelengkapan bilik pengantin, lampu, hiasa, lilin
 Senarai jemputan
 Memilih kad kahwin
 Dapatkan borang nikah dan dokumentasi lain2
 Pemeriksaan kesihatan
 Pembelian barang2 bunga telur/cenderati dsb jumlah
 Kenal pasti dua saksi/wali

Note:
• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.
• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.
• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda.
• Membeli cincin kahwin.
• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis anda, serta harga yang ditawarkan.
• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput
• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)
• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.
• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.


L & P
Note:
• Memilih dan mencetak kad jemputan kahwin.
• Mengesahkan tempahan di hotel atau taman termasuk jumlah meja dan kerusi, menu dan sebagainya.
• Melakukan pemeriksaan kesihatan di klinik atau hospital.
• Rawatan intensif muka, badan dan rambut.
L
• Memaklumkan kepada saudara-mara tentang hari berlangsungnya majlis pernikahan anda.
• Mengenalpasti beberapa orang (saudara mara atau jiran-jiran) yang akan menyertai rombongan pihak lelaki.


P
• Kenalpasti dua orang saksi untuk majlis pernikahan anda.
• Bagi wanita yang kematian bapa, sila pastikan siapa wali nikah anda. (sila klik di sini untuk Panduan Perkahwinan – 8. Wali Nikah) Jika anda tidak mempunyai wali nikah, sila dapatkan wali hakim, dari mana-mana Jabatan Agama Islam untuk menikahkan anda.

TIGA BULAN SEBELUM perkahwinan:
L&P
• Membeli barang kemas
• Tentukan pengapit anda, jika perlu carikan baju yang bersesuaian untuk pengapit anda.
• Menghantar kad jemputan kepada para tetamu yang ingin dijemput.
• Merujuk kepada Jabatan Agama Islam dan Pejabat Islam Daerah untuk proses mendaftar pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Pendaftar Nikah dan Penolong Pendaftar Nikah seluruh Malaysia)

TIGA MINGGU SEBELUM perkahwinan:
L&P
• Pastikan pakaian pengantin anda telah siap dan ambil pakaian tersebut jika anda telah berpuashati.
• Pastikan ada seseorang yang akan menjaga barang-barang anda semasa majlis perkahwinan berlangsung.

P
• Pilih gaya rambut yang anda ingini semasa majlis perkahwinan anda (bagi yang bertudung, pastikan gaya tudung yang akan dikenakan pada majlis perkahwinan anda nanti).

TIGA – SATU HARI SEBELUM perkahwinan:
L&P

• Menghias pelamin, bilik tidur pengantin, membuat sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Sediakan seterika, papan seterika, cermin, jarum dan benang, bagi memudahkan anda jika berlaku kecemasan.
• Jika perlu ingatkan tetamu anda tentang majlis perkahwinan anda melalui telefon.
• Hubungi jurufoto, juruvideo dan lain-lain (kompang, silat dan sebagainya) anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Sediakan (packing) barang-barang yang perlu dibawa ke majlis tersebut. Elakkan melakukannya di saat-saat akhir kerana dikhuatiri ada barang yang tertinggal.
• Mandi air panas bersama aromaterapi untuk kesegaran badan.
• Tidur awal dan bersedia untuk menghadapi hari bahagia anda.

L
• Tentukan siapa yang akan menjadi jurucakap bagi rombongan pihak lelaki dan tuan ruamh pada majlis pernikahan.

P
• Hubungi hair dresser anda dan minta mereka datang awal pada majlis tersebut.
• Kenalpasti siapakah yang akan ditugaskan untuk menyambut tetamu pada hari perkahwinan anda. (begitu juga bagi majlis di pihak lelaki)

PADA HARI PERNIKAHAN:
L&P
• Pastikan anda membawa kad pengenalan, gambar, dan apa-apa dokuman yang diperlukan semasa majlis ijab dan kabul.

L
• Pastikan anda telah menyediakan wang mas kahwin pada hari pernikahan anda.
• Pastikan wang hantaran (terutamanya wang tunai) diamanahkan kepada orang yang boleh dipercayai.
• Pastikan anda telah menyediakan wang (upah) untuk diberikan kepada tok kadi.
• Cincin / gelang tangan / rantai.
• Sirih junjung dan lain-lain hantaran.
• Pihak lelaki dan pengiring mestilah datang lebih awal sekurang-kurangnya setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan.
• Pastikan mereka yang menjadi saksi dan wali turut ada pada majlis pernikahan tersebut.
• Pastikan tok kadi yang akan menikahkan anda, telah diberitahu lebih awal tentang hari pernikahan anda. (Sila klik di sini untuk senarai Kadi seluruh Malaysia)
• Pada malam majlis pernikahan, majlis persalinan baju (jika perlu) diadakan. Pakaian yang biasa dipakai ialah baju yang menjadi kebanggan sesebuah negeri seperti baju Sari, Cheongsam, Minangkabau, Jawa, Mendaling dan lain-lain.

PADA HARI PERKAHWINAN:
L&P
• Ambil sarapan seawal tujuh pagi, bagi mengelakkan anda lapar, mengantuk dan tidak bermaya.
• Jangan takut untuk menghadapi hari bahagia anda. Bertenang dan sentiasa senyum.
• Pastikan majlis anda berjalan lancar seperti yang telah dirancangkan.

L
• Pastikan anda datang tepat pada masanya atau sekurang-kurangnya sepuluh minit awal dari waktu yang telah ditetapkan
• Pastikan kesemua hantaran telah dibawa termasuk sirih junjung

P
• Pastikan anda telah bersiap satu setengah jam lebih awal sebelum pengantin lelaki sampai ke rumah anda.

TIGA HARI SELEPAS perkahwinan:
• Melawat keluarga dan sanak saudara kedua-dua pihak.


A week or two weeks after send thank you card.
A month after prepare 2 passport photos, go to pej agama get the nikah card.

Kredit to Choo Hani

Note : Banyak giler weh yang aku tak siap lagik...!!!!


9 comments:

YanAziz0522 said...

Assalamualaikum.. hehe silent reader :P tQ so very much ade gak entry psl checklist ni.. fuh carik merata2.. nk start tapi xtau nk start dr mane sbb tu crik ceklist utk wed.. tQ again.. Mm.. mtk izin amek ceklist ni dr sis.. hehe

Chooyaya! said...

waalaikumsalam.... ala, menda2 baik elok la kalau di kongsi... :) tahniah yan! tak lama lagi nak naik pelamin.

YanAziz0522 said...

hehe.. tqvm.. nway, ske melepak kt blog sis ni... lawak2 n happy jer.. :P andddd byk info.. ske2 \:D/ teringin nk de blog cm sis tp x berkelayakan.. huhu :P jdnye, just tulis diari dlm buku 555 jer la.. eh tu buku utang... ngeee

Chooyaya! said...

kat sini merapu jerk banyak, lg satu banyak info pasal makan. yan pun suka makan jugak eh? haha

Anonymous said...

Your blog keeps getting better and better! Your older articles are not as good as newer ones you have a lot more creativity and originality now keep it up!

Chooyaya! said...

anon : tq very much for ur compliment. tengok sekarang i dah malu... hehe. dulu2 macam malu2, sekarang ni i selalu naik syeh kalo berblog. :p

Chooyaya! said...

anon : tq very much for ur compliment. tengok sekarang i dah malu... hehe. dulu2 macam malu2, sekarang ni i selalu naik syeh kalo berblog. :p

Alya said...

huhu,mmg cari cek list ni.kita amik ye,tks

miss nina said...

thanks for sharing :)