Friday, February 5, 2010

Mari Menghafal 25 nama Nabi

Sesi menghafal 25 nama Nabi ni terjadi bila selepas solat subuh Sabtu minggu lepas, Sazli review balik dekat I cerita pasal Exorcism of Emily Rose yang dia tengok malam tu sampai habes bilamana I tidur diseparuh jalan dan gagal untuk tengok cerita tu sampai habes bagi kali yang ke 6. Fuh! Hebat la I..!

Dia cakap, dulu Nabi Isa kena salib pasal pengikut setia dia yang bernama Judas tu berpaling tadah pada dia. Judas kena hasut dengan saiton merah jahat bernama Lucifier. Bapak kepada segala saiton yang ada dalam dunia ni. Tapi sayang, bukan nama dia Dajal ker? Ishk keliru pulak I.

Dalam Exorcism of Emily Rose, ada 5 syaitan dalam badan dia. Salah satu setan tu ialah Lucifier. So, berikutan pada cerita pasal Nabi ni, Saz pon nyanyi la lagu Nabi ni ikut version yang dia tau. Lepas tu, I sebok nak hafal ikut version dia jugak and berlanjutan la sampai game WakDan petang tu dekat Setia Alam.

Btw, kalau sesiapa yang tau pasal Nabi Isa, Judas & Lucifier ni kasik tau I eh? Sazli jahat, tadi masa I tak ingat nama Lucifier tu pastu I text dia, dia cakap nama syaitan tu Gopal Panda Berbelang Kuning. Suka-suki hati jerk. Tanak kawan sayang!

Klik sini untuk tengok video I nyanyi 25 Nabi tu. Sila abaikan la kedut-kedut dekat mata I dan jugak suara cikgu yang mengajar I tu ialah Wana. Dan juga, kenapa la masa tu I bengong sangat boleh silap 2 3 4 kali. Padahal I can do better than that. Sengaja la nak kasik aku nampak bodoh tu.

Ok sekarang, mari kiter hafal bersama-sama untuk kemudahan kalau kena interview dengan Jabatan Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan PKR & PAS, mereka biasa tanya soalan ni. Ni kira sebagai persedian secara manja la ni.

25 Nama Nabi

1. Adam
2. Idris
3. Nuh
4. Hud
5. Saleh
6. Ibrahim
7. Luth
8. Ismail
9. Ishak
10. Yaakub
11. Yusuf
12. Ayub
13. Syuib
14. Musa
15. Harun
16. Zulkifli
17. Daud
18. Sulaiman
19. Ilyas
20. Ilyasa'
21. Yunus
22. Zakaria
23. Yahya
24. Isa
25. Muhammad s.a.w

Good luck you all...!!!

-EnD-

1 comment:

~ SueHarriz ~ said...

so very comel of u. i was wondering bout the same thing to. lucifer tu x sama cam jin aprit ke..? hehee