Monday, February 27, 2012

Air Dynamo di Ayam Penyet

Semalam kan? I makan dekat ayam Penyet AP dekat Wangsa Walk dengan Wana & Mira. Alkisahnya I dah makan dekat rumah. Wana tanya I, dah kenyang ker? Kenapa takmau makan? I kata I dah kenyang. Makan murtabak yang office bagi semalam jer. Murtabak nipis yang gigit 4 kali dah habes. Macam tu punya kesian la kisah I.


Dia taktau yang I dah makan nasik sedulang dengan ayam masak kunyit dabel. Haha. Pastu lagi nak bukak cerita sedih tak makan nasik lagi. Tapi sekarang, hamekau. Wana dah tau. Padan muka aku.


So, oleh kerana dah kenyang makan 'murtabak nipis', maka I order air jer la. Now, habit I. I suka order air yang otak I tak boleh nak proses apa rasa air tu. Contoh air yang otak susah nak tangkap ialah air tropikal. Air yang mangga + nenas + jambu batu. Ha. Kan susah tu nak trace apa rasa dia. Kot otak aku yang lembap susah sangat nak trace taktau la kan? Otak orang lain padahal ok jer.. Haha.


Makanya, I order la air blue ocean ker menda ntah ni. Nama dia blue. WOW. Apa rasa dia eh? Ok ok. Boleh order. Sekali sampai, hamekau! Macam dynamo siot. Macam dynamo biru, campur susu, pastu tambah air sikit dengan ice. Maka, jadiklah blue ocean.




Air Blue Ocean di Ayam Penyet AP Wangsa Maju. Air ke dynamo ni?

Bila I minum, otomatik otak proses kata tengah minum air sabun. Tapi selamba habes hingga ketitisan terakhir. Wana dah saiko-saiko I. Dia kata kompem air dynamo. Jahat la pempuan tu. Naseb baik I hebat. I tak terpengaruh dengan kata-kata dia. Kalau I terpengaruh, mungkin I tak habeskan air tu dan membazir. Pastu Tuhan marah, sebab membazir kan amalan syaitonirrojim?

I sangat bangga dapat habiskan air biru tu sehinggalah pagi tadi. Perut memulas. Sakit giler vavi nak mamfus. Memang carik pasal. Dah la I terlewat sikit.


Bila tengok taik, jeng jeng jeng!!! Kaler hijau coklat kebiruan. Mati la. Aku dah jadik alien! Kaler taik dah tak normal. Uwwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ni semua salah air biru dynamo ni.


-eNd-

No comments: