Monday, February 27, 2012

Souka & Mukha & Diana Ong Kawen

Hellow Gorjes!


Last Friday nite, lepas attend kenduri Diana Ong, sebagai pencuci mulut, dengan cadangan Syikin, kiter semua dengan gembira dan melompat bintang seluruh dunia telah sebulat suara setuju untuk makan Pavlova di Souka and Mukha dekat TTDI.

Itu restaurant adik Paan Buff. Ala, Paan Buff yang size tetep dia hampir menghina size tetep perempuan cup B (I lettew). Ok. Baiklah. Sangat tidak mengujakan la cerita ini.

Kepada sesiapa yang tengah malam, tido and mengigau sebut Pavlova Pavlova Pavlova! And teringin benar nak makan cheese cake, cake, dessert bagai dan pulak jam menunjukkan pukul 12.00 malam and bila mana hampir pasti semua bakery shop dah tutup, jangan risau. Inilah harapan terbaru anda sebab guess what???? Souka and Mukha is open until 12.00 malam ya-a-aww!! Semua orang boleh gembira bersama makan pavlova and ada jugak men'shisa'dekat sini. Restaurant very cool and lepak-santai-gedik.

Mintak mahap sebab sebab sebab tak ambik gambar restoran sebab sebab sebab dah menggelupur nak makan pavlova malam tu yang memula nak makan sorang tanak share siap cakap, 'Siapa nak pavlova order sendiri sebab Maksu tanak share'. Lepas tu siap bagitau dekat Apai 9 kali, 'tanak share tanak share tanak share', skali bila pavlova sampai, sumer orang share and sebagai tanda taknak nampak rakus sangat, lantas offer Apai. Haha. Bodoh ni!


2 layered pavlova with berry sos ker menda entah topping with whippe cream and 3 types of fruit. Strawberry, blackberry and grapes is awesomely superbly delicious. 2 layered yo! and semua ini hanya berharga RM10. Its all worth it! (macam iklan hartanah jer)



Yang ni pulak Mars Cheese Cake. Sedap jugak! Punye la sedap smpai Syikin makan, and mulut penuh pastu membebel kata sedap sedap sedap pastu cake yang dalam mulut dia jatuh dekat lengan baju I. Tak cool kot Syikin? Dah la kek tu dah bercampur aduk dalam mulut dia and ada coklat tompok-tompok tahik unta.



Apai buat perangai. Pakai Farrel punya napkin/penapis muntah. Eh, apakebenda nama menda tu eh? Tatau. Tu tu. Yang dia pakai tu. Lekas bagitau sekarang aku kata! Apai kan, dia makan pavlova I, pilih yang buah-buah jer, pastu muka tak bersalah. Nak tampar jer rasa.

Rish mementang order 2 3 jenis cake, terus duduk jauh-jauh jer dari I. Takot kena mintak la tu. I hint-hint dengan mata nak rasa kek yang dalam cup tu pon dia buat tak reti jer. Ee. Kwahaja. Nak tunjal jer rasa taw? Bengang jer. Mamak! Kira semua ni berapa? *tiba-tiba.


Oh, Ini Nayang I, Wana, Yash and Farrel. Empunya napkin yang Apai pakai tu. Gambar ni khas untuk peminat Yash yang komen dalam entry I terdahulu yang peminat Yash tu komen guna email Yash jugak. Mushkil I. Tu betul peminat Yash atau Yash sendiri? Tapi kata Yash, dia percaya yang peminat dia tu memang sengaja create email guna nama dia jugak pasal mungkin terlalu minat sampai jadik macam tu sekali. Ntah yer entah tak. Nak bodoh-bodohkan aku la tu. Pui!



Tak payah nak posing sexy sangat la acap (baju melayu kaler biru) Sebab, kalau posing sexay macam mana pun, tetap Azmi paling kacak. (Azmi yang sebelah dia yang rambut macam botak-botak sikit tu)


Oh, kiter semua wanita macam jadik pengapit Hani jer kan? (Hani yang duduk tengah-tengah pakai baju putih tu) Kata Nina, 'Maksu kenapa macam tak terurus jer harini? Tak sempat cuci rambut eh?' Amboih. Berani dia kata I tak terurus. Dia taktau ker yang rambut serabai sekarang memang fesyen paling 'in' tahun 2012?


Anyway, congrats to Diana Ong & Ayol. Welcome to the club sayang! Semoga jodoh berpanjangan sehingga ke anak cucu dan keakhir hayat. Maksu love U!


So, apa tunggu lagi. Semua orang lekas pergi serang Souka & Mukha. Takkan nak tengok jer gambar dessert yang lazat-lazat ni? Read : Takkan la aku nak gemok sorang-sorang. Heh!


-eNd-

9 comments:

Liyanaroxx said...

*lap air mata* awat nampak tempting sgt pavlova tue?

Anonymous said...

kelakar la u ni sueeee....(baca dgan gaya mengada2)..pening akak tahan gelak ni..kakmasyp

Chooyaya! said...

yana : mmg la menggoda. apa lagik. ajak la incik hubby pergi. kat ttdi jer kot. dekat jer...

Chooyaya! said...

kak mas : mana ada saya kelakar kak. saya tgh buat serius ni kan? hmmp hmmmp.

Anonymous said...

dari Peminat Yash: Thank you so much Kaksu..Terubat rindu dihati bila Kaksu post kan entry pasal Yash..ok dah boleh tdo dgn tenang malam ni. p/s: saya peminat misteri Yash..dan saya terer IT..Kaksu dan Nuffnang xboleh trace IP Address saya..sekian..

tini said...

Penapis muntah tuh namanya bip yer, sue comel.. dan kalo muntah seres x tertapis dek penapis muntah Itu, fungsinya sekadar lap air liur yg meleleh kluar or mulut yg comot serta untuk pastikan bj x kotor... Dh jawab soklan kenalaa belanja kek kan *wink*

tini said...

Penapis muntah tuh namanya bip yer, sue comel.. dan kalo muntah seres x tertapis dek penapis muntah Itu, fungsinya sekadar lap air liur yg meleleh kluar or mulut yg comot serta untuk pastikan bj x kotor... Dh jawab soklan kenalaa belanja kek kan *wink*

Chooyaya! said...

peminat yash : lepas ni kalau nak tau apapa pasal yash, kena bayar. 164 2122 722 74. ni number account maybank. ok?

Chooyaya! said...

kak tini : hahahahha. bip ker nama dia??? ok ok. well noted. kak tini lekas la ajak su dtg lunch rumah kak tini. nak sambal ayam!!!! nanti sebagai ganti, su bawak kek lazat2. ok? deal?

LinkWithin

LinkWithin