Thursday, December 6, 2012

Bersalin secara bedah. Any tips?

Assalamualaikum.....

Dup dap dup dap. Kalau ikutkan waktu macam ni, minggu depan..... Baby S dah ada... Less than a week I akan bersalin. Secara pembedahan. Macam yang I bagitau sebelum ni, sebab I ada problem Placenta Previa and jugak, kepada si debab still tak engage walaupun dah masuk 38 weeks. So, sebab taknak ambik risiko macam heavy bleeding etc, my Doctor advice me untuk buat pembedahan :D

Maka. Terkuburlah harapan untuk normal delivery. Atau bak kata I sendiri masa memula mengandung dulu, 'Kaksu nak bersalin secara original'. Haha. Nanges Ira gelak time I kata I nak bersalin secara original instead of normal. Kata Sazli pulak, 'Bubu kena bedah la eh? Tak boleh bersalin automatik'. **Slap forehead. Laki bini blur. Haha. Sorang kata bersalin original, sorang kata bersalin automatik. 

I pon, sampai level macam ni... Dah nak dekat sangat-sangat waktu bersalin, still bertabah jer dengar nasihat jangan bersalin bedah. Bahaya. Renyah. Leceh. Tak kira yang kata I ambik mudah, tak tak tahan sakit etc. Gaya sorang-sorang bercakap bijaknya melebihkan Gynea I yang sah-sah la Doctor pakar yang tahu mana yang terbaik untuk I. Ada Makcik sorang ni sungguh-sungguh suruh urut dengan Mak Bidan. I kata, Doctor I tak kasik sebab takot salah pusing nanti, boleh jadik heavy bleeding on the sport. Bahaya. Kata dia, Doctor memang suka menakutkan orang :|

Baiklah. Lebih baik diam sajer dari mendengar semua menda yang membuatkan I bertambah stress. Urgggh!!!

Since dah tak lama lagi nak bersalin, I nak mintak sape-sape yang ada pengalaman bersalin secara pembedahan, boleh tak share apa-apa jer tentang bersalin secara pembedahan. Masa memula nak masuk bilik bedah, masa dah lepas bedah. Apa makanan dalam pantang yang TERBAIK WOK untuk kiter-kiter ni dan semua-semua la.

Pastu. Errrr.... Kata orang... Kalau dah stage macam ni, kalau picit nenen dah keluar zuzu. Kenapa I takder.... :( I sangat gigih nak bagi fully bf dekat Baby S. Dah mekalau hint-hint takder zuzu macam ni, acaneh eh? Apa supplement yang I patut beli dari awal untuk bagi zuzu banyak? Ada masa lagi ni kalau nak carik. Hmppp hmmmp!!

Mintak tolong share ye? Plishhhhh (^_^) Kekadang kalau komen dah banyak-banyak, I memang tak terjawab semua tapi sesungguhnya dari dalam lubuk hati I ni, I berterima kasih sangat and  memang I baca semuaaaaaaaaaaaaa. Baca banyak-banyak kali pulak tu :)



Gambar berani mati. First time letak gambar perut dalam blog. Heeee. Besar kan? I rasa macam I ni adik angkat bulldozer.


Ni pulak I punya set berpantang. Banyak sangat isi dalam dia. Sebagai pempuan yang sometime selenga, I terpaksa buat list, and labelkan satu-satu mana yang kena makan ikut turutan hari. Cumanya bengkong dengan minyak panas sapu kat perut tu hanya boleh guna selepas sebulan dari tarikh bedah.

Seriously I tak boleh nak imagine, macam mana la hidup I lepas ni. Fokus I selain dari baby, nak kuruskan badan balik, nak bersukan balik and nak makan nenas 18 bijik. Pastu eskrem tapai 80 bekas, pastu air tebu satu baldi. Sumpah giler siot! Sazli langsung tak bagi sentuh semua menda ni. Dari mula mengandung sampai la sekarang.

Macam mana eh kalau dah ada baby nanti? Pandai ke I pujuk baby bagi diam kalau dia nanges. Kang esok, dia nanges, aku sama naik nanges. Tak ok jugak tu. Yang si Sazli tu, lagi laaaaaaaaaaaaaa. Selama ni dia hidup sorang-sorang jer. Adik beradik tadek, anak buah takder and nak handle baby macam mana la dia eh? Tak dapat imagine. Semalam dia tolak-tolak stroller pon I dah gelak dalam hati. Hahaha. Aritu masa dia pegang Amsyar masa Amsyar tengah baby pun sampai tangan krem. Punya la keras tangan dia.

Tapi, kata orang. Kalau dengan anak sendiri, kiter akan jadik magik and akan pandai secara tiba-tiba. Harap-harap macam tu la I dengan Sazli nanti. Sebab, orang terapat tau la kitorang ni macam mana. Dah tua bangka, main nyorok-nyorok, main kejar-kejar lagi dalam rumah. Itu semua dok kata, macam mana la nanti korang dua nak dapat anak.

Well, we will see! **Sapu habuk dekat bahu. Habuk ke kelemumur? Pedulikketahik.

-EnD-

 

Amsyar. Anak De. Dah masuk 5 bulan. Dah naik walker. Dah langgar semua menda dengan walker dia. Haha. Tak dapat nak bayangkan. Dah besar nanti, boleh jadik Abang Kawasan ni. Tengok mata la. Sepet! Taktau apa kena mengena mata sepet dengan dah besar boleh jadik Abang Kawasan. Haha. Okbye!

33 comments:

Aleeya Zailan said...

Sy bersalin czer 2x! And rasanye czer lg senang kot. Nk berak kencing sume x sakit. Lol.... pantang semua bole mkn doctor ckp. Cuma jgn mkn ikan harua . Nnt cepat baik tp isi kat dlm melekat x cantik. Nnt nak beranak lg skali x cantik dlm sbb dia x heal naturally.

Sbb x mkn haruan 1 beranak dulu. 2nd time doc kata dlm heal vantik. Elok jgn mkn haruan. Nnt bole tambah lg 2-3 baby. Hehehe

Mkn x de pantsng sume bole mkn. Keh keh keh... jgn minum sejuk jek dah le.

Nnt bawa breast pump pi hosp. Bila bb x de.. sila pump. Bg susu cpt kuar. Minum horlicks byk2. Jgn minum milo sbb milo buat susu kering

Aleeya Zailan said...

Tp x salah nk pantang mkn mcm biasa gak. Dedua elok. Nk kurus cpt beli lotion jamu mak dara. Nnt lps beranak sspu. Panas dia panas giler. Tp nk kurus thn la. Lol....

Chooyaya! said...

Leeya : Leeya memang cool giler.... Tadi Su check dkt FB Leeya, dah ada makan kat luar... Cepatnya heal... Leeya makan ubat apa eh? Nak cepat sihat macam Leeya jugak! Heeeeeee :D

ikafantasi said...

kak, kita kawen dah setahun, tp lum ada rezeki..tapi penah dgr org kata makan bayam banyak2 bg byk zuzu tu..hehehe..

doakan kita dpt baby gak x lama lg ye..

SexyHippo said...

I cesar jugak! Seppp sepppp! Sebelum masuk OT duduk posing2 dalam labor room, hahahahaha. Nothing much la. Masa spinal/epi kalau kita ni gi private, specialist yg buat, insyaAllah takde drama2 sembilu tersalah cucuk ke apa. Dalam OT katil tu hangat wooo, best jugak. Hahahaha.

Lepas beranak pulak, mmg tak sakit la kan pasal dah kena bius. Yg kena bertabah sikit tu ialah hari kedua sampai hari keempat, pasal perut sakit bekas operation so susah nak bangun dari posisi baring tu. Lepas tu mmg takde pape dah. Boleh lari2 dah. Dont worry much :)

Makan kalau boleh jgn pantang sgt awal2, banyak makan buah, banyak minum air. Takut sembelit, dgn luka kat perut mmg champion la kalau nak teran berak kan.

U dah ada breastpump kan? Lepas beranak tu terus bagi bf je kat baby S, lepas feeding pam je untuk stimulate (eventho yg kuar cuma angin, takpe, pam je). Anak i mmg jenis tak minat makan, dar lahir tak banyak minum susu, so kena pam selalu utk stimulate bagi susu lancarrrr.

But to be honest, first week tu i campur gak sikit formula, pasal stress kan awal2 jadi mommy ni, semua serba tak kena. Tapi hari ke-7 tu mmg nekad nak fully bf so berjaya la sampai umur dia setahun fully bf. So KALAU la u rasa mula2 tu tak berjaya, jgn putus asa tau!

Lagi satu, support from husband mmg paling penting dalam dunia. First month tu husband mmg kena pasrah je. Tadah je apa kita nak cakap, nak complain, semua la. Jgn harap la nak keluar lepak2 ke hapa ke, kang ada yg makan selipar. Hahaha.

All in all, cesar lebih kurang je, kalau normal pon kalau kena jahit byk sama je sakitnya lepas bersalin kan. Masing2 ada sakitnya.

So selamat menjadi mama ye Su. Nanti nak buat besday Ali taun depan i jemput ye. Hehehe.

SexyHippo said...

OH! Lagi satu pasal nak kurus. I hari ke 44 dah pakai skinny jeans. Kalau u full bf dont worry la. Makan la macam jin pon sure kurus punya.

(Tapi skrg dah gemuk cam beruang pasal dah stop bf tapi makan sama macam jin lagi, eksersais mmg tak, maka badan naik macam champion)

Anonymous said...

hai..kak su!saya silent reader jek b4 this, tapi rasa trpanggil lak nk comment hr ni..:P

ok, saya dh penah rs brsalin normal & jugak bedah! tapi kalau tanya, saya prefer bedah sebab x payah teran2, in fact saya tak pandai teran pun :(

kalau brsalin normal : seksa sebelum brsalin,senang lepas brsalin
kalau brsalin bedah : senang sebelum bersalin, seksa lepas brsalin..heheh

makan semua boleh je except yang sejuk2 la..pastu ada org kata makan byk buah oren, luka cepat sembuh :P

oklah, selamat brsalin, smga selamat..aminnnn
-marinalindabiggs-

Haris Zuhaina said...

AS Salam Su. Sy tak dak pengalaman operate. Anak sorg ja :( asal lekat, gugur... :( memang org tua2 nih ngurut ja lah ubat depa :( samapai sy yg ssh lekat nih pun dok srh p ngurut... 'bela perut' katanya... sekali MR. HUbby kata biaq lah, Allah Maha Mengetahui. Mungkin ada kriteria yg belum melayakkan :) Pasal makan tuh ada, mak sy kata tebu,pulut tak leh makan cos 'sejuk'.. org lps bersalin tak leh sejuk2. tak elok demam dlm pantang. tuh tandanya badan dah tak lasak.. nak beranak pulak baru leh makan. ada pengalaman kawan, anak sulung mmg prob cam Sue, tp anak kedua selepas 8 bulan kelahiran anak pertama, dia mampu bersalin normal (padahal ada yg kata lepas operate anak sulung akan keep on operate lah tiap kali bersalain) tu kua Allah.. n rezki memasing. Pasal susu tuh, rekzi memasing. Tp still kena usaha,kan. Sy dulu suka sgt radix. So 7 bulan dah ada susu. tp dia cuma cair lah.. sampai bengkak2. ingt kan dah kuar kolustrum. rupanya dia utk cuci saluran. puting tuh akan keluar blackhead. rajin sapau minyak time2 nih. bagi kuar semua daki. nk BF jgn stres2...Inchloss pun leh pakai,kan. skrg operate leh sapu ubat ats perut. Cos ada akak yg operate fibroid, d hosp. SALAM.lukanya cam ada plastik. ven doktor pun cakap kat dia leh sapu cream apa2 yg nak. banayk amik vitamin dari amik jamu, cos vitamin mmg fokus. Vitamin shaklee is the best so far. siap ada set utk berpantang n menyusu lagi. Cuba baca di sini:
1) http://www.mamafaiz.com/
2)http://alinalan.blogspot.com/
http://bidanbersalin.blogspot.com/

SELAMAT MELAHIRKAN didoakan....selamat berpantang ya

Nur Zulya said...

dlu pn czer jg,try normal tp bukaan rahim lmbt n jantung baby da slow.rasanya sblm czer doc akn suh puasa sbb nti bius sparuh bdn tkut mual pastu muntah2.sy masa tu bius 1 bdn.pengsan tak sedar diri.luka operate senang jaga.apa yg penting,pastikn tmpt tu sentiasa kering.lps mandi lap dgn tuala bersih,keringkn pkai hair dryer pn bleh.siyess ni.hahaha.lg 1 jgn lasak time bergerak.kena slow2.insyaAllah,dlm 2 minggu da tak rasa sakit.da boleh joget2.
Su,nti bila ada baby dpn mata,automatik n original kita pndai handle tau.bila nurse bagi pgg baby tiba2 macam da biasa n tak kekok langsung.bapa baby pn sama.tapi hari pertama tukar pampers,nak dekat 10 helai tisu basah dia pakai,hmpir stgh 20 min baru siap.takper,da jadi bapa kena bljr.hikhikhik..
sblm bersalin ni,su try tarik2 lmbut puting tu sbb nti tkut puting tu bb tak dpt isap.rjin2 bersihkn jg.mcm Leeya ckp,minum horlicks insyaAllah susu melimpah2.milo buat sembelit.huhuhu
erkkk,smpi 3 perenggan da.tetiba tak sedar diri.apa2 pun su,take care n smoga su dan baby S slmt :))

Sue said...

da nak bersalin? hehehe sure berdebar2. tp since da tau date nak czer, cuma berdebar tggu hari tiba je la kan.. pasal nak bfeed tu, u da cuci nipple tak? start 7months da bole cuci, tp ni lg seminggu sempat lagi la..try je.. guna cotton bud n baby oil, slowly cuci nipple n sekitarnya.. nanti akan kuar kerak2 n nipple jadi nipis coz kerak yg tutup nipple da kuar. so nanti susu senang kuar, tak tersumbat. n google je cara urut breast utk galak breastmilk. slowly urut n picit nipple macam nak perah susu tu.. kalau da nampak jernih2 air susu kuar kat nipple tu da kira ok la.. just nak makesure lubang susu tak tersumbat. bila baby da kuar nanti kerapkan bfeed setiap sejam 2 jam. kalau baby tak room in, siapkan pam n pam bila smpai masa bfeed. utk galakkan susu keluar.... semoga selamat semuanya...

mush said...

klu nk ada susu sblm deliver...kna tuam breast dgn tuala panas kasik lembu...atau nk senang beli tungku moden..byk ada kt Gm plaza..guna tu senang...agak2 dh suam2 panas dia tuam breast kita..dh lembut soh abe sazli mu gosok2 belakang badan area breast n bahu...kemudian cuba perah susu..insyaAllah ada...jgn lupa juga bersihkan lubang2 di puting kasik hilang daki2 yg menyumbat puting itu...

Mimy Hamid said...

Aku bersalin czer...Fayel keluar ikut perut bukan bawah ..pengalaman aku..pernah terbuka juga...czer ni ko kena pastikan luka tu kering..lepas mandi lap sampai kering..jangan biar lembap basah..kalau ko pandai jaga seminggu dua dah ok...czer ni awal pertama je sakit merengsa ...apa yang best czer kita boleh duduk bersila...normal boleh?? tak boleh hokeh kaki kena rapat...dulu aku makan ikan haruan tapi tak selalu..tak elok jugak sebab nanti keloid..keloid tu nanti dia ada parut perut tak cantik...doktor pun tak advise...dan aku amalkan makan limau sunkist mempercepatkan luka

su nak slim balik mudah je...ko minum air panas je sepanjang berpantang...makan nasi pun panas...air horlick jgn lupa....bawa breastpump juga sbb baby keluar bedah susu lambat stimulate...better ko pump bagi dia stimulate.


good luck..selamat bersalin darling


Felis Domestica said...

i pun bedah jugak, ok la jugak, lepas bersalin boleh bersila...he..he...
pastikan jangan makan bergoreng langsung untuk 2 minggu pertama sbb minyak dia walau sikit nanti ganggu kulit nak cantum,i makan singgang ikan terus letak sayur atau tahu dalam dia. satu lauk jer, n masih boleh makan kicap kipas udang warne merah..he..he..
susu akan keluar ikut isyarat otak kira, bismillah, selawat n tenangkan diri, niat kita nak susukan baby untuk dia sihat dan kenyang. InsyaAllah, amat pantang kalau kita tertekan n kiter mcm kelang kabut.
jangan risau pasal anak nangis or kiter tak mampu, mcm i untuk apa situasi pun, nanti bandingkan dengan orang yg ramai anak, dalam hati cakap "eh, dia boleh, anak 6 orang, n kiter pun boleh" ...yeah...
kalau pantang makan bebetul, sebenarnya boleh kurus mcm time sebelum khawen....sirius.
key, selamat bergembira dengan baby s yg tomei nanti.

Filla ~ Kasihs said...

susu tak keluar normal.. aku dulu susu ada lepas beranak.. baby keluar je, susu ko ada ke tak.. ko sumbat je.. pandailer baby nak sedut sampai susu jadi ada ;) nak banyakkan lagi.. masa bidan urut suruh dia urut sekali bagi susu keluar..

Mimie Famee said...

kak sue tak payah la risau pasal zuzu tu. nanti first day baby dah nampak dunia doc soh bf. bg je walaupun zuzu tu tak keluar byk. zuzu awal tu namanya colostrum akan kuar dalam 1-3 hari lepas bersalin. very good for baby. warna macam kekuningan. bukan zuzu basi tau. kalau rase basi letak tetep dalam ice box. muahahaha.

selalunya minggu pertama mmg tak byk sgt. haaa lepas tu tunggu.. dah boleh bukak kilang susu. kalo nak exclusive bf dalam pantang dah boleh start buat stok susu. susu EBM tahan 3 bulan dr hari pertama pam kalo simpan dalam suhu beku.

jaja said...

salam sue..jaja pun bersalin czer..dari pengalaman jaja..sbnarnya mmg x sgka kena czer.ingt nak bslin orignal gak hehe..tp tali pusat bb terblit so emergncy..ok ajer..semua pun ok yg penting nk tgk bb kuar sihat je tme tu..:))

masa pantang mmg semua makan..ikut nasihat doc..ayam ikn semua mkn..hari2 makan oren dgn buah markisa(mmg tanam kt rumah mak) pastu minum ribena suam masa lunch..sayur wajib menggunung..mudahkan proses pembuangan..alhamdulillah mmg xde masalah lgsung masa tu..

bekfes mkn roti/biskut,kurma,badam and horlick(mmg byk susu)..makan tu mmg asyik mkn jer..tak kisah badan naik pun..lepas pantang baru pk nak kurus balik camne..hehe..:))yg penting bb dapat semua zat ..sbb kita makan apa kita salurkan kat dia melalui susu ibu..:)
jaja urut sampai 20 hari(tapi perut x usik)..badan mmg fresh sangat..belum hari ke 20 dah boleh mandikan bb..makcik urut pun seprais..hehe..set bersalin yg beli mmg tak pakai pun..jadi tukun aje..time tu makan vit yg doc bagi aje..

sekarang line kena potong pun nak hilang dah..sbb rajin makan oren kot and sapu dan makan minyak kelapa dara (VCO)..

jaja doakan sue selamat semua and mudah bersalin..tgk pic tu x sabar pulak rasa nak peknen lagiii....argg!!..

Anonymous said...

After caesar semangat kene kuat dik..
Day1 of life baby akan sucking nenen tp jgn terkejut kalo xde air susu. Actly ade.. N time tu die minum skettt sgt. Sbb perut nye sebesar kacang pea.. Awak just bagi jek nenen and think positive yg die tgh minum. Its all mind setting time breastfeeding. Otak kite yg control air susu keluar. Jgn giv up. Hari kedua ketiga seterusnya susu akan melimpah ruah.. Remember its all mind control. Kalo pk xde susu je mmg le xkuar susu tu.. Kalo awak search tenet about how breastmilk produced by human being, its amazing. Sedang kan kucing menyusukan anak2 dia yg banyak.. Jgn pk lgsg nk topup dgn susu formula.. Xmembantu lgsg..just giv ur nenen on demand.. Nt baby pandai suck nenen u will impress.. Baby also sgt pintar tau.. U can go to www.susuibu.com and explore everything bout ur curious there.. Gudlak

Anonymous said...

Salam.. hi sue.. i miera.. ur silent reader.. just nk share pengalamana i bersalin my 2nd baby by ceaser.

anak i tu breach..(songsang..buat cemana pn dia tak nk pusing gak..so redha kan la diri di operate.

a day b4 masuk OT tu.. mkn la pa pe yg rasa nk mkn coz mlm tu kena start puasa, then mandi la puas2 , shampoo rambut puas2 sbb nnti 2 minggu pertama tu semua2 tu agak payah nk buat.then kena tenang kn diri n jgn nerbes sgt..(padahal i time tu dh mcm tsunami..cuak giler)

lepas bersalin i mkn pati ikan haruan poloney , u know what.. lepas 3 hari luka ceaser tu kering n bercantum baik je. bau dia mmg tk best (nak baik cepat kan? ). tpi u standby la siap2 air milo ke ape2 yg manis la lepas u mkn pati haruan tu. At the same time.i mkn bubur 40 hari sbb takut perut i terbuka balik luka ceaser tu ( boleh je nk mkn nasi)

one more..hari2 i mkn sup ikan haruan, air gamat so luka luar n dalam perut i elok je kering n bercantum. Bile pegi bukak benang (i pakai penang sbb i gemuk time tu n perut i tebal)doc ckp elok je luka i kering n bercantum..(in one week macm tu la)

lg satu sue, bile ceaser kite tk bleh pakai bengkung , tpi ade satu belt utk support tummy ade jual. i pakai dulu brand avon.. i tak igt ape nama sintific dia.

time tu jgk..i kurang minum air sbb mama i ckp tkut luka lmbat kering . mknan yg gatal2 jgn mkn n jgn mkn kicap.. huhu..nnti luka tu kaler mcm kicap.

so take care yeh. In shaa Allah everything gonna be ok.

KUREKURE COMEL said...

selamat bersalin ye...mkn ikan yu dan ikan siakap manyak2...hehehe...

ikan haruan tu takmo lah...sebarang pati haruan tu pun xmo tau....

end jgn sapu apa2 kat luka bedah tu....biar baik dgn sendiri..:)

Anonymous said...

sekarang kalo Su picit nenen tu, ada tak kuar cecair jernih? ...thats it!
happy bfeeding

-mommy baru juga

tiNi Aziz said...

samalah jer sue.. beranak normal kena jaga jahitan bawah tuh. beranak ceaser kena jaga jahitan kt perut.. dedua kena jaga supaya jahitan tak tertetas. kalau bawah tuh terbukak jahitan dia, dr jahit balik without bius tau hihihi.. xdapat nk bayangkan. ktini rasa untungnya beranak ceaser nie jln takyah kepit, kencing/berak semua senang cuma masa nk susukan baby tuh mungkin akan strugle sketlaa sbb nk letak baby kt perut tuh kan.. petua banyak susu ialah sentiasa berfikiran positif dgn niat nk fully bfeed baby D. InsyaAllah susu akan keluar tanpa batasan.. kalau org ckp baby tak kenyang buat donno jer hihiih.. perut baby br lahir besar bijik kacang jer jadi susu sebotol penuh adalah melebihi dr apa yg sepatutnya baby minum. sentiasa bg baby isap tetep tuh.. nnti otak akan terima msg ' owh ada permintaan, jd dia akan tingkatkan pengeluaran' kalau tak kurang bg baby isap tetep, camne nk kasi kluar susu byk kalau takde org nk minum.. gitulah cekonon gaya dialognya hahahaa sesuka hati aku jer... motto ktini: tetp mcm kilang, ada permintaan adalah pengeluaran ekekeek.... good luck sue. senangkan hati jer..yg lain2 akan terut jadi mudah :D

Aleeya Zailan said...

Jamu kan x bole mkn. Lps 20-30hari baru bole mkn jamu tu pon kalau bb x jaundice kan. Aleeya x mkn jamu. Just mkn cont mkn supplement masa ngandung tu jek. Tp now amik shaklee.

Kak suu nak kurus n jalan cepat sila pakai girdle design veronique lepas 3 hari bersalin yek. Nnt perut pon cepat kempis. Hehehe

Sapa kata czer x bole pakai girdle kan.. hehe pi gugel design veronique tu.

Madam Amie said...

http://amiefadli.blogspot.com/2011/03/pengalaman-cesarean-amniya.html

Hai.. saya silent reader you. Actually terpanggil utk beri komen ttg cezer ni. Once bila DR dah decide utk czer maka.. czer la kita.. :) Daripada kita semua tunggu jugak kepala baby tuh nak kebawah tah2 kita terus rasa kontraksi nak beranak normal lagi haru (ehh ayat saya macam pusing2..) DR tahu apa yg terbaik.. macam saya.. masa week 36 DR saya memang pakar pusingkan kepala baby..tapi still jugak dia x nak kebawah.. saya czer sebab baby songsang.. so.. week 37 terus operate sebab DR tak nak saya rasa 2 sakit.. sakit nak beranak normal dan sakit czer tuh mmg la of cose.. hehehe.. BTW Kak Sue.. yg pentingnya ingatkan kat nurser dan DR akak banyak2 kali yg akak nak BF kan baby so that they all akan bawakan baby ke akak terus.. Itu sahaja.. take care...

garlic & butter said...

Dear, my 3rd son was delivered via c-sect. Now I am in 30th week with my 4th son and the doctor said I might need another c-sect because the baby is transverse (melintang) - long way to go. hopefully he will turn.

ok, back to your request. C-sect is nothing to be worried about. Let them say what they want to say. It is easy for them to say vaginal delivery is better but in your condition, it is not advisable. Doctor knows best. I've been through 2 vaginal deliveries before and I didnt want to compare because it will not do u justice. Both has its pros and cons.

Pantang c-sect is similar macam pantang bersalin normal. It is up to you what to eat and what not.

I ate everything. I drink a lot. Contrary to what orang2 tua cakap - jangan makan buah, itu ini, jangan minum air banyak, etc. my doctor and my sister (she is a doctor too) told me to eat everything / anything. kalau sakit, doktor ada ubat. org dulu2 tak bagi makan itu ini sbb bila jatuh sakit, it is costly utk beli ubat or susah nak gi beli ubat.

well, maybe there are food to be avoided. just google on the SCIENTIFIC REASONING on why you shouldnt eat it. Dont just listen to what others tell you without knowing the reason.

u need all the nutrients you can get because you will be supplying your baby everything. the baby depending on you for his/her wellbeing. Drink a lot so u dont get constipation.

Once you EBF your baby, you will be hungry bagai nak gila. just eat.

Dont worry about your breastmilk. It will come out naturally after u gave birth and when you feed your baby for the first time. pump regularly after delivery.

dont be stress AT ALL. stress will decrease your milk supply. and will decrease the joy of being a MOTHER :)

Good luck for your procedure.

Anonymous said...

as salam..saya czer dh 2x..yg 2nd anak baru 43day...alhamdulillah..rse cm senang czer kot..hihihi.gamat healin.haruan jgn makan...nnti luka dlam melekat2..auchhh..my gynea mg xgalakkan makan haruan gamat bagai..,,luka czer bia lap sekerapnye...nak mandi spray opsite....pas czer kena gagahkan diri tuk bgn xleh manja2 sgt..nanti lambat sembuh....,pas czer 1 week saya dh CARGASSS,,, hihihi...cri tukang urut yg betul2 otai bab ngurut..perut jgn usik..,usik part lain kasi longgat urat2....bia xperit sgt tmpat czer

ina khairina said...

kita ada pengalaman 2x bersalin czer,k.su jgn takut sbb x sakit pun...hari pertama je yg siksa sikit,masuk hari ke-2 bila dah start bangun n jln dah x teruk dah...

nak luka cpt sembuh,amalkan pati ikan haruan n oren sunkist sehari sebiji tp saya belasah je kdg2 sampai 3biji sehari,hik hik hik...kalu ikan haruan fresh doc x galakkan sbb boleh tumbuh isi kat tempat luka,nti parut jadi x cantik

luka kena bg kering sentiasa,masa mandi cover dgn plastik pastu lap kering2 n buka kain duduk bwh kipas...jgn sesekali nak gatai2 sapu air gamat ke gel gamat ke sbb luka x boleh dlm keadaan lembab nti senang bernanah...itu je la pengalaman saya dlm pantang masa czer dulu

Anonymous said...

Assalam..
Saya just nk share, sy dh 2 kali ceaser. Seminggu lepas bersalin, part yg paling seksa adalah masa nk berjalan. Bila nk bangun dari duduk pulak, seksa lagi sekali. Tapi lepas bersalin anak ke 2, lepas balik hospital terus pakai bengkung moden(bengkung yg direka khas utk ceasarean mommies)terus jalan laju je. Sangat recommended, sbb perut kita disupport (kalau tak..perut gelebeh mcm jelly dan tekan luka operate), so nk jalan,batuk,bersin pun no problem. Trylah,cuba visit www.bengkungmoden.com
Saya takde komisen pun, just nk share something yg sy dh try dan puas hati :)

Chooyaya! said...

woooow!!! banyaknya tips!
jap lagi kena buat summary ni....
tq semua! XOXO

Anonymous said...

Su, jangan lupa mintak maaf and mintak halal dgn Saz n ur mom b4 masuk labour. in shaa Allah di permudahkan. Coz keberkatan Allah comes from keberkatan suami and mak kita.


Another thing.. if u hav baby blues during pantang.. nangis la if u must. Jgn pendam. share everything with saz n ur mom. coz potensi utk freak out tuh mmg akan ada for any 1st time mom ;-)

I doakan segalanya mudah dan selamat for both u and baby S.
Take care ya.

A.L.I.N.A said...

Kak su..bersalin czer ni hari ke 2 wajib berjalan..org czer kena byk berjalan utk cpt baik..terbalik dgn org normal..kalo susu x kuar..kak su just amik org ngurut khas utk urut susu org kta..tp urut susu mmg sakit la..tp utk baby sanggup lakukan apa saja...masa saya czer saya mkn limau sunkist 1 hari 1 biji..ni pun doc ngn kezen yg bgtau..elok utk luka dalaman tu..jgn takut la deliver czer ni..seksa nk bgn,duduk,baring tu jer..tu pun dlm seminggu camtuh..rasa ngilu2..alah sama mcm org normal juga...mana ada beranak x sakit kak su.bohong la org2 yg bunyi kta normal xsakit..czer sakit lama la bla..bla..bla....bezanya cara baby kluar jer...

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Sama la prob kta bby x enggage...1st bby 3.8 kg...no sakit...wlu on mesin contraction tu tnjuk 5 minit kekerapan...mmg sumpah x rasa pa2...over selusuh kot...hihi...last2 czer...pilih sndiri...

2nd bby 3.85...rasa contraction sakit gilakkkkkk....pecah ketuban...request lg induce adoiyaiiii sakit gilakkkk....last2 bkk da 8cm...kpala bby still cnnot touch...mntak czer jg akhir nya.....pdhl nak sgt branak normal...

X kesah la....yg pnting bby sihat selamat lahir ke dunia...now anak2 umur 10 yrs n 7 yrs....

fyza said...

Salam sis i'm ur silent reader before this..rasa terpanggil jugak nak leave comment kat cini..saya ada pengalaman bersalin bedah 3 orang ank dari anak pertama sampai la ketiga yang latest bulan 3 hari tu..seriusly saya rasa bersalin bedah is better dari normal sbbnya first bby saya dah merasa try normal n sakit contraction tu Allah saja la yang tahu..first bby agak tragik sbbnya saya try bersalin normal then kena vacum still bby tak leh kluar sbb kepala besar then doc decide untuk operate..bayangkan lah dah la menahan sakit contraction selama 12 jam...

Dari segi pemakanan pula...anak first sampai kedua saya amalkan makan jamu..but jamu ni leceh skit bila kita bf sbb kalo x sesuai bby boleh cirit..then my 3rd baby saya makan set pantang Shaklee n set penyusuan...Ya Allah sangat2 la superb!!! sebabnya luka cepat baik n susu pun bertambah..

in case sis nak cuba set Shaklee ni boleh email saya fizasalleh83@gmail.com...saya bagi special price...huhuhuh..

Anyway selamat berpantang sis...

fyza said...

Salam sis rasa terpanggil nak leave comment kat cni n sharing my experience deliver bby melalui pembedahan..

Saya bersalin bedah sebanyak 3 kali..fist bby tragik sbbnye saya try normal dulu, vacum and then operate sbb kepala bby besar..bayangkan lah..sakit contraction 12 jam lagi..Ya Allah...Tuhan je tau..latest saya bersalin september hari tu..

Psal mkn dalam pantang pulak, ank first n ank second saya amalkan jamu but seriusly jamu agak susah sikit sbb bila bf bby kadang2 kalo x sesuai bby boleh cirit-birit..ank ketiga saya mkn vitamin Shaklee n ia sgt la baik sbb ada set pantang n set menyusu yang superb...dengan set ni luka cepat baik...n susu badan pun bertambah..

If sis berminat boleh email saya n saya bagi special price kt sis...
ni email saya fizasalleh83@gmail.com

ok la selamat berpantang..ok..n selamat menjadi mak panda hehehehe...