Friday, January 18, 2013

Mintak tolong Ibu Panda bertanya tentang nak banyakkan zuzu. Plish :D

Assalamualaikum....

Alhamdulillah, Incik Shein dah 2 malam doing great. Bangun untuk menyusu jer. Siang jer la, dia asyik nak ajak bermain. Pantang letak, jawapannya ialah menangis. Mungkin menangis ialah salah satu hobi dia. Takper. Menangis la anak... Sebab kata Uncle Doctor, 'your baby wont hurt even-tho he's crying 10 days except he will kembong la sebab kalau menangis nanti udara masuk dalam badan'. Baiklah. Maka habes lagu Hindustan, lagu Uji Rasyid dengan Hail Amir I nyanyi. Zikir, selawat pon dah mengalahkan qariah. Last-last semalam, I buat tarian endang, Shein senyum jer. Dalam hati dia mungkin berkata, 'Mama ni giler ker apa?' Haha. Naseb ko la nak.. Dapat Mama senteng.


Semalam tengah hari I tanya Dyba, Sofea buat apa? Dyba send gambar Sofea tengah syok tido sambil ternganga. Pastu Dyba tanya I, Abang Shein buat apa? I send gambar Incik Shein. Dyba gelak besar. Haha.

Siang berjaga sikit, malam dia tidur dengan nyenyak = Alhamdulillah. Kembong macam ada sikit but Incik Shein maybe dah dapat handle. Maybe jugak dengan bantuan Paracetamol and Probiotic yang Dr. Adrian bagi + sekarang memang I menyusukan Incik Shein mengiring. Dia nampaknya selesa. Kemain tidur macam orang tua. Lama sikit dia tidur. Thanks untuk semua yang bagi cadangan bagi menyusu sambil baring and mengiring :)

Kemain kan dua orang ni tidur gaya orang dah besar. Incik Shein muka berkerut memikirkan masalah negara semasa dalam tidur. Sofea pulak, hummmp!!! Gewammm sangat tengok gegurl pakai baju nampak tiak. Sebab rasa macam omel sangat!

Cuma tu la, katil kitorang size queen. Bila ada Incik Shein menyempit ni, lengoh jugak badan nak kontrol kasik tak penyet dia. Kang jadik lempeng tak pepasal. Papa malam tadi mengalah, kata dia, 'Takper Bubu, Papa tidur kat luar, sian dekat Shein, macam selesa tidur kat katil kiter, Papa tidur luar dulu eh? Penat sangat rasa badan ni'.

Pastu dekat luar kejap-kejap I dengar bunyik tv, bunyik orang pasang pc, kencing, minum air. Macam tak aman jer kat luar. Skali, Papa masuk buat muka seposen, bawak bantal dengan bantal golek. 'Bubu, Papa tak boleh tidur. Nak tidur dekat Bubu boleh? Eeee. Sebok la Shein!'. Hahahahahahaha. Tadi kental sangat aku tengok nak tidur dekat luar kan? I nak gelak tapi macam tak sampai hati. Hahahahaha. 

Mintak-mintak la Incik Shein akan kekal macam ni. Jangan la dah buat tidur macam waktu Amerika. Tak sanggup dah rasanya.... Ok. Sekian cerita pasal Incik Shein.

I akan masuk kerja 12.2.2013 ni. Stok susu tak buat lagi. Ajar Shein minum zuzu guna botol pon tak. Sebab kekangan masa. Kerana dia kan sentiasa nak berdukung. Harini Emak datang dari Jengka untuk bantu I, hopefully dapat la buat stok susu banyak-banyak.

I nak sangat-sangat bagi Incik Shein breast feed sampai dia dua tahun, cuma takot zuzu tak mencukupi jer. Camner eh nak bagi zuzu banyak selain dari makan sawi, minum air banyak-banyak sebab tu memang I dah buat. Kot ada booster ker? Ubat ker? Any produk ker? I memang nak try. Biar dapat buat stok banyak-banyak supaya Incik Shein kenyang and dapat kekalkan minum zuzu I sampai la dia 2 tahun. InsyaAllah.

I ada baca, durian ialah salah satu agen untuk bagi zuzu banyak. Kalau tak boleh makan durian pure, boleh makan ciskek durian. Benarkah begitu? So nanti adakah zuzu akan rasa durian jugak atau bagaimana? Kata Dyba, dekat One Baby World ada jual teh untuk banyakkan zuzu. Probably I akan cuba jugak. Apa-apa lah  untuk menambahkan zuzu, I promise, I will try. So far nak pam tetep macam tak berani. Sebab last time masa 5 hari bersalin, I dapat 1 oz jer. Tak meraung pulak I? Macam takottttttttttt to start pam balik. Takot hasil mengecewakan.

Sekian I sudahi dengan serangkap pantun klise.

Buah cempedak diluar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak eh tak. Saya emak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan.

-EnD-

23 comments:

FadMN said...

Hi u.try shaklee.i pun baby now baru msk 5 bulan.alhamdulillah still fully bfeed.amik jugak horlicks & kopi radix.it works on me.shaklee tu as vitamin so that u tak letih.actually,pump ni body kena relax.insyaallah keluar la dia.jemput la ke blog i.kat situ pun ada citer2 psl bfeed semua.i pun leh tlg belikan shaklee kat u.opis dah dekat nih..hehe..

http://cinta-caramel-latte.blogspot.com/

Nur Zulya said...

alhamdulillah shein da kurang meragam.pnh baca bb ngis tu dia bselawat n doa utk mak bapak dia.adoii..aritu ada nmpk artikel.nti klu jmpa balik saya tag Su ye..utk milk booster,amik minuman malt.pling senang horlicks.jgn minum kafein.minum sup aym cmpur lobak putih.peria pn ok.lg satu habatussauda.mula2 pam susu mmg dpt sikit.truskn power pumping..lma2 nti dpt banyak sangat.tiap dua jam kena pam lepas tu.da kena start ajar shein isap susu botol nanti mama meraung kalau da msuk kerja tapi shein xnk susu botol.da ada pglman dlu.rasa nk bhenti keje sbb ank tanak susu botol.skg ni da ok.

FadMN said...

Hi u.try shaklee.i pun baby now baru msk 5 bulan.alhamdulillah still fully bfeed.amik jugak horlicks & kopi radix.it works on me.shaklee tu as vitamin so that u tak letih.actually,pump ni body kena relax.insyaallah keluar la dia.jemput la ke blog i.kat situ pun ada citer2 psl bfeed semua.i pun leh tlg belikan shaklee kat u.opis dah dekat nih..hehe..

http://cinta-caramel-latte.blogspot.com/

Anonymous said...

hai k.su...

akk ipar sy dlu pon susu x byk tp lepas dia mkn ikan yu alhamdulillah susu jd byk...now ank da umor setahun lebih susu still ade lagi...try la mane taw ade perubahan :)

~koizora~

Anonymous said...

Salam, Bu memang betul baby suka mengiring kalo nak nenen. Dan so far baby2 ni kalo kita tidokan dia mengereng kurang sikit terperanjatnya (especially baby yang x berbedung) sebab bila dia tido terlentang tu kejap2 terperanjat tu dan jugak yang boleh buat dia menangis kadang2. Bu, petua akak makan lobak putih (tumis taruk garlic,onian dan lada hitam tapi jangan lupa lobak tu kena rebus dulu, tapi jgn terkezut baunya masa direbus nauzubillah, tapi dah masak sodappp). Macam air terjun keluarnya nanti susu nenen tu. Tapi itu nenen akak la kalo orang lain x tahu. Bu, jalan senang kan Bu ajak sazli tido aje kat bawah untuk elakkan si Shein jadi stunt man. Yeyy yeyy mak datang yeyy yeyy!!ABTO.


ana said...

org kata time sblm subuh dlm kul 2-3 pagi susu byk. sbb tu baby bgn tido ikut time amerika =P mmg masa tu susu tgh meriah. lagi org pesan jgn stress. masa pam tu tgk le raja lawak ke upi ipin ke tak kisah la apa2 yg penting jgn stress. mkn kurma & minum susu pun bagus juge.

Farrah said...

Izzahazfar.blogspot.com , dear u masuk this blog. Totally helpful. By the way. Breastfeeding is a psychological thinggy. I pon still breastfeed my son till now. Alhamdulillah. Susu banyak . As long there's demand, mmg banyak la susu u. Susu tu dia keluar based on kekerapan anak u menyusu. If you tak menyusukan dia, this time la u should pump out your milk so kekerapan tu sentiasa Ada and susu pon jadi banyak. Insyallah. Please do stress out, sbb itu seriously mmg Akan buat your susu sikit. And if niat you mmg nak breastfeed anak, mmg susu tu always Ada. Seriously. Last time I pon mcm you, first time mother, mmg semua i Risau. But bila dah calm, tak kisah lah u x makan banyak or minum banyak etc, but susu tu Ada je. But logically, kita always kena make sure jugak our body tak dehydrated yeah. But u try bukak link yang I bagi tu. sangat membantu. Totally!!! All the best ye darling!

Azie said...

U try Shaklee, i sekarang baby dh 5 bulan still fully bf n stok susu melambak2 smpai husband i suruh stop pump kejab..hehe...i mmg rajin pump n amik milk booster ESP shaklee..susu lagi banyak n pekat !! try ler, tak rugi..[smile]

Anonymous said...

selain cari produk2 yg nak tambahkan susu, jgn lupa konsep demand n supply (anak demand susu, kita supply susu). so, kene rajin pam, eg 2-3jam sekali pam. bila rajin pam, susu akan byk kuar.

InsyaAllah awak bole. kalu hasrat nk susukan hingga 2thn, masa dlm pantang dh kene wat stok susu. mcm saya dulu, 1minggu nk masuk keje, br terhegeh nk wat.mmg kais pagi mkn pagi la.


susu ibu ni konsep dia mcm pam tandas. bila kita pam, baru dia kuar. bila kita xpam, byk tu je la air dlm pam tandas tu. mcm tu la konsep susu bdn.

lg 1, try join fb KIM - Kumpulan Ibu Menyusukan. byk info akan dpt n rasa semangat bila tgk ibu2 post pasal susu ibu.

-nurul-

aishah jamrek said...

Kak, a paed cakap, always be positive and happy..unhappy mom cant produce milk..its about mindset..so be happy k! ;)

Anonymous said...

hi su, u cari kat fb kumpulan ibu2 menyusukan..banyak info, InsyaAllah u boleh belajar banyak dari mereka..u dah boleh start punp and simpan susu u..mula2 1oz.satu hari 1oz pun klu u kira 10 hari dah dapat berapa kan..minum susu ibu susu terbaik untuk anak, tak ada susu formula or supplement kat dunia ni yg boleh beat susu ibu.

Puan Affa

QASEEH HATIKU QASEEH said...

Jgn stresss. ...just continue bg Bf....selagi tu susu akn kluar..if ur pump pun jgn stress if hasil x byk..just relax...insha allah byk la tu..mknn tmbhn lain ada mcm2 skrg ni..prna tr baca susu kambing hi goat tu...try google mcm ada blogger bt entri psl tu...dont give up...wajib bagi bby shien try puting plastik..nnt dia ta mo dgn puting tu...lagi naya.. Mcm my bby...akhirnya dlm 4 mons bg susu guna sudu or syringe...good luck...

Anonymous said...

Hi sis,

both my kids bfeed. kakak stop bfeed when i preggy. dat time dat 3 years. and now my bb 8 months still lg fully bfeed. alhamdulillah.

bfeed ni kt jgn stress, if stress mmg production kurang. n jugak i rs for u to start to teach ur bb bottle feed. kalo x, sian bb nnti u. trust me.. pelan2 cuz mule2 bb akn rfuse but we need to keep on tryin cuz we love our bb so much kan..

mmg bile u 1st time susu kurang tp u kene keep on pump. and try bfeed and another hand pumping.. mmg byk production. Seriously.. i do dat.. Alhamdulillah smpai skang, everyday cukup bekal susu utk ank ke day care.

Good luck ya..

genuine1224 said...

i dlu mkn kurma and horlick banyak2.masa dlm pantang minum anmum materna. mudah dan murah :).. then depends to milk production la jugak. klau yg mgg jenis banyak susu, alhamdulillah.

Felis Domestica said...

mcm-mcm ragam, tp nanti dah besar rindu ragam tu. Good luck... ingat, orang lain boleh, you pun boleh.. InsyaAllah. kuatkan semangat, positif tau.

fiza zasmi said...

kak su, fiza dulu bagi Dhia susu botol lambat, pastu dHia meraung macam kene dera sebab nak DF je.. kawan fiza kate kene ajar sekurang2nya baby umur 2 minggu isap botol.. sebab mase tu dia tak reti sangat lagi..

Anonymous said...

kak su, dah boleh start pump.. awal2 memang dpt 1 oz nnt lama2 kan dia jd byk2 oz.. kak su akan gembira tgk zuzu makin byk nnti.. yg penting kena rajin pump ok! dh boleh buat jadual pumping sbb nk msuk keja kan nnti.. dh kena start berlatih =)
yg penting semangat postif nak bf kan shein selama yg bole.. kak su boleh! good luck!! =D

~nuwul~

Anonymous said...

Su
i pn tgh mnyusu my 1st baby..baru 3 bln. U dont need to take any product utk bykkan susu. just mkn n minum on time...kerapkan menyusu n pump! skrg u kena start train Shein minum susu perahan. Pump susu waktu awal pagi utk stok. sebab..makin byk keluar...lagi byk susu terhasil. I punye stok sekarang, terlalu byk..baby tak terminum pun. alhamdulilah

-

Anonymous said...

http://mommy-germs.blogspot.com/

sha said...

boleh try shaklee. mmg best! and minum horlicks + mkn cornflakes. by the way, i'm a shaklee dealer. if berminat boleh contact i :)

http://kisahqaseh.blogspot.com

harz harun said...

hi..
Lain org lain milk boosternya..i pun br jumpa my milk booster which is milo.milo yg dibancuh dgn susu pekat manis..bkn milo 3 in 1...

Plg penting,u kne rajin pam..walaupun ms pam tu,kuar angin je,kne keep pumping...pam ikot jadual..dlm 3-4jam sekali..n bgn mlm tuk pam..juga bgn awal pg tuk pam sbb susu mmg bnyk waktu tu...bunyi mcm jenuh sket kan,tp itulah caranya...breastfeeding journey bkn mudah....chayok!

Btw,nice knowing ya...1st time masuk blog u...

Fiza Rauf said...

cmne nk byk kn zuzu? hehehehe.. zuzu ni depends on demand.ada demand, ada supply. what u hv to do is ada jadual pumpig yg consistent, mkn makanan berkhasiat dan bykkan direct feeding. dulu i mkn gak shaklee tp tu utk make sure bdn kita cukup vit so that kita sihat. kalau baan sihat dpt la produce zuzu dgn baik. if u nk try shaklee tk salag tp make sure jgn bergantung sgt pd vit tu.... good luck!

Fara Dilot said...

Try tandem bf/pump..while bfing shein, pump the other tetep.. Sbb kita dok ngan baby, baby isap2 susu pon abes.. Pas baby isap bru nk pam susu tgh produce..klo 2 jam pas baby isap nak pam, baby plak nk minum..so kita pam la mase bby tgh minum

Later da msk opis,8jam bby jauh,mlambak2 la die kuo..insyaAllah

LinkWithin

LinkWithin