Tuesday, July 23, 2013

Trunki Murah Murah. Lai Lai. Boleh Buat Beg Balik Kampong Raya Ni.


Assalamualaikum…

Raya tak lama lagi dah kan? Macam mana persiapan raya? I setakat ni barang Shein dah almost setel. Semua priority pada dia. Seronok sangat and teruja nak mampos sebab ni first time beraya dengan Shein. Walaupon dia tak paham lagi and nak sebok-sebok pasal baju raya kasut raya bagai tapi takper. Mama dia paham. Haha. First round baju raya Shein dah lepas. Hari Jumaat aritu I pergi Poney KLCC dengan Ira, Dyba, Kaklong & Intan. (Ni padahal dah citer dah kan? Takpe.I kan peramah)

Baju rumi dah beli. Baju jawi jer tak beli lagi. Baju rumi tu macam t-shirt semua ni. Kalau baju jawi pulak samadengan baju melayu. Hehe.

I, dengan Dyba carik baju untuk Sofea and Shein. Pastu Intan punya taknak masuk Poney sanggup eh dia pergi masuk Cold Storage? Bukan nak beli apa pon. Nak tengok sayor jer. Sabar jer la aku.  Haha. Takpe Intan. Kaksu paham. Sebab dulu I pon ada habit suka masuk Cold Storage or mana-mana section sayur pastu tengok sayur. Best giler rasa. Yang paling bongok, ada dulu I dengan Kaklong pernah spend nak dekat sejam bertawaf dalam section sayur dekat Sogo. Haha. Bukan beli pon. Buat lawatan jer. Fe-feeling macam tengok ladang sayur sebenar. Sebab kan sejuk jer kan? #bodohnih!

Ok, berbalik pada cerita dekat Poney tadi. I ada la nampak satu beg balik kampong kanak-kanak yang cantik kaler purple. Siap berangan tarik beg masuk dalam Instagram. Tak senonoh perangai anak dah satu  pon nakkkk jugak berangan tarik beg macam stewardess. Haha. Naseb baik I tak ambik lagi sebab Syikin komen kata baik beli Trunki. Lagi comel and ada multi-function.

Esoknya, Yashie penyelamat I dah call kata nak tak beli Trunki yang murah sikit dari harga pasaran. Tapi kena beli/order more than 3 pcs baru boleh dapat harga RM120/pcs. Kalau beli sebijik-sebijan akan dapat harga RM140/pcs. Apa lagi? Melompat kaduk la I sebab kalau ikut harga pasaran, seekor eh tak. Sebijik Trunki ni harga dia dama RM200++ taw? Yash dapat dari kawan dia. Tenkiu Yashie sebab dapatkan harga yang murah untuks eekor Trunki ni.

I nak ladybird tapi Sazli nak harimau. Yerla. Harimau pon best apa? Hasut Dyba beli jugak. Baru la sama Sofea dengan Shein punya beg balik kampong. Bila ada Trunki nak packing baju Shein tetiba rasa macam bersemangat waja. Haha. Pempuan macam ni la. Ada barang baru manjanggg bersemangat. 

Trunki ni best. Dah la comel ada pelbagai warna, lepas tu ada multi-fuction. Selain dari boleh letak baju-bajan dalam perut dia, nanti boleh main kuda-kuda jugak sebab dia ada roda pastu ada tali buat tarik. Best kan? Tak sabar nak tunggu Shein boleh tunggang Trunki ni.

Ada 4 pilihan warna. 



 

Boleh isi barang. boleh tunggang jugak. Jadik tempat duduk pon boleh.


Boleh isi macam-macam barang dalam ni.

So, kepada sesiapa yang berminat nak beli Trunki yang sama dengan Shein boleh email pada I dekat surayasulatin@gmail.com. Paksa la semua sanak sedara sahabat handai jiran tetangga untuk beli Trunki ni jugak. Kalau beli more than 3 pcs boleh dapat harga yang murah skek kan? COD area Bangsar and Selayang. Kalau weekend boleh COD dekat The Curve or kalau nak pos pon boleh. Seekor RM10 untuk kos pos.

Lekas lekas lekas while stock last jer tau?

Sekian terima kasih

Yang Benar
Tauke Trunki pulak. Haha

-EnD-

3 comments:

Unknown said...

salam..ada lagi tak trunki ni? mmg tengah cari skrg ni..kalau ada apa2 info..boleh emel saya tak?

dillajalil@yahoo.com.my

thx dear ^_^

Unknown said...

Salam ade lg x?

Unknown said...

Salam ade lg x?