Wednesday, September 30, 2015

Pasal Shein Progress and School

Assalamualaikum..

Harini kiter cerita pasal Shein pulak. Macam dah lama tak cerita pasal Shein.

Shein now kawan baik I sangat. Kekadang bila dia rangkul leher I dari belakang nanti I tangkap dia bawak ke depan. Lepas tu dia pegang pipi I and terus kiss. I tanya dia, ‘Shein sayang Mama ker?’ Nanti Shein malu-malu. Pang nak? Bulan 12 ni cukup 3 tahun umur Shein. Lepas tu Januari 2016 tetiba dah 4 tahun. Shein jarang demam and batuk sekarang ni, walaupon dalam cuaca jerebu teruk macam sekarang. Sebab dia ni suka minum air kosong. Macam Abah dia la. Takmau minum guna gelas. Dia togak jer. Hahahaha.

Shein still pergi sekolah dekat Bulding Blocks International School, Ampang. Now dah masuk semester baru sampai la hujung tahun ni. So far I puas hati dengan progress Shein. Banyak menda dia learned and yang paling penting, I nampak dia punya tantrum dah banyak kurang. Dah more tolerate and dah boleh bekerjasama. Macam yang korang tau, Shein speech delay. Tapi semenjak masuk sekolah ni, I tengok banyak improvement. Dia mau la jugak repeat after I. Contoh. ‘Shein, One…. Twoooo….’ Nanti dia sebut ‘Three. Yay!’ or ‘Lepas one?’ Nanti Shein sebut ‘Two!’, itu pon I dah cukup happy sangat-sangat. Last week Mak Tok cakap, ‘Shein, what is this? This is Chapati’ and Shein said, ‘Chapati!’

MakTok jerit kuat giler! Hahaha. Excited la Mak Topk cucu tunggal dia repeat after her kan? Ada waktu bila dia tengok dalam TV dia sebut nama binatang or things macam Monkey and Car’s! Bila Shein sebut, I rasa macam comel giler. Tak sabar nak tunggu Shein boleh bercakap and I boleh berborak dengan dia macam borak dengan kawan-kawan. One day, InsyaAllah.


Throwback Shein


Shein now pergi sekolah happy jer. Takde la dia phobia macam sekolah lama. Dah la macam-macam cerita kurang enak I dengar pasal sekolah lama Shein. Katanya Nanny sekolah lama pengotor. Memang pon dulu masa I ambik Shein dekat pintu pon, bau ketiak menusuk dalam kepala. Nak muntah! Imagine Shein seharian dekat sana. Now Nanny tu dah takde and new management take over. Principle pon ada sekali and tadek la biar Nanny uruskan kids tanpa pengawasan. I ada jugak hantar Shein dekat sekolah lama time Sekolah Shein cuti sem. Alhamdulillah so far so good.

Shein pon pergi school 3 kali seminggu je. Lagi 2 hari, Shein duduk dengan Mak Tok and Baba. Except kalau Mak Tok and Baba Outstation baru la dia pergi full time dekat sekolah dia. Bebudak dekat sekolah Shein memang baik-baik. Jenis main sama-sama, takde rebut barang or gaduh-gaduh. Mereka diajar supaya share, tolerate and tolong-menolong. Bila ambik Shein balik, nanti ada la yang tolong panggil and tolong bawakkan beg. Memasing datang and introduce diri lepas tu salam. Sebelum balik hug dulu kawan-kawan. 

Memang lega sangat rasa bila tengok suasana yang macam tu.
Principle memang ada dekat Sekolah all the time and dorang jenis all the time bercakap dengan kids. Learned to say ‘Please’ and ‘Thank You’, 2 basic words yang kekadang kiter lupa nak ajar anak-anak. Shein dimaafkan lah sebab dia tak boleh sebut please and thank you lagi. Hahha. Tu pon if dia moody taknak salam sapa-sapa Sazli akan make sure buat dia salam or at least ‘hi5’.

Sekolah Shein pon banyak aktiviti. I nak cerita pon tak larat. But if korang berminat, korang boleh pergi sana terus and bercakap dengan Principle dia. Kat sini dorang 100% cakap English. Let say korang nak anak korang pandai cakap English, boleh hantar sini dari kecik so that dorang boleh cepat belajar. Dorang ambik student dari umur 3 tahun sampai secondary school. Sini ada Mat Saleh, Malay and Chinese. Seminggu ada 2 kali kelas Tae-kwando also ada Meet-and-greet Session with Parents which is korang boleh jumpa dengan Principle bincang pasal anak-anak and bagitau apa yang kita nak untuk anak-anak.

The most important thing is, dorang only serve healthy and organics foods untuk kids. No MSG, No Sugar allowed. Candy, Snack is a big No-no. Semua Sekolah sediakan dari breakfast, lunch and tea break. Botol air wajib bawak every day. Lepas tu sebelum hantar kids, kena mandi wangi siap-siap ok? Dorang tak mandikan. Hahaha. Tapi baju kena la bawak spare in-case la if jadi apapa. Diapers pulak kena bekalkan yang ‘pants’ je. Yang zap-zap tak diterima. LOL

18 Lorong Awan 2, Kuala Ampang
68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Tel: +60(3) 4265-0295, +60(12) 392 6237, +60(12)4 39 3122

-eNd-

4 comments:

ilya&fahmy said...

Dah besar dah Shein. Hensem! I baca blog Sue dari sebelum Shein ada lagi. Hehe.

aishah zaharin said...

Sue, anak kita sebaya.

Cici said...

wah. I tumpang happy >,< memang seronok bila anak boleh one step further. anak I pun entah apa dia bebel, tapi dia cepat lupa la kalau ajar apa apa . today boleh sebut 1,2,3 pastu sok dia dah blur amenda tu -,- hahahah

best sekolah tu. tapi macam kureng mampu je T_T japg adik dia pun mesti mintak sekolah yang sama jugak. pengsan. hahahah. still survey tadika untuk my son. next june baru masuk 3 tahun. so maybe nak start hantar umur 4 tahun kot. :D

Amirah said...

anak kta sebaya..sama bulan pulak tu..