Friday, May 27, 2016

BRYCG the best New Orlean Cuisine at Ampang

Assalamualaikum…

Jumaat lepas kitorang sekeluarga dengan Shariffah sekeluarga had dinner together. Kitorang makan dekat Green House by Muir yang dekat sebelah Gleneagles Hospital tu. Sebelum ni, I usually makan dekat tingkat bawah jer. Yang tingkat bawah tu is Japanese Restaurant. Sedap! But this time kitorang try yang tingkat dua pulak. Shariffah selalu makan dekat sana, kata dia sedap. So I sejenis pantang kalau orang cakap sedap ni. Wajib cuba. BRYCG nama restaurant tu. Ajer mampos macam mana nak menyebut. Haha. Kalau orang tanya nak makan mana, ko kata je macam ni. ‘Today kita makan dekat Green House yang 2nd floor’. Kalau orang tanya apa nama restaurant tu, Google je lepas tu cakap ‘Haaa dekat sini’. Kalau orang tu pon cakap ‘Ooooo’ maknanya dia pon sama macam engkau. Tak pandai sebut. Hahahaha. Sebenarnya sebutan dia macam ni. ‘Bridge’. Gigih I call restaurant untuk confirm. Haha. Makanan dekat sini ialah New Orleans cuisine. 


This one is I punya. Seafood Aglio Olio. RM34.00

Seafood Olio  among the best yang I pernah makan. Rasa dia just nice, not too hot. Seafood dia fresh. Nikmat sangat bila makan. Makanan dekat sini memang semuaaaaaaaaaaanya sedap and harga pon ok. Tak mahal sangat. Macam I cakap, it’s very hard untuk please I punya tekak. I pon kekadang menyampah dengan tekak sendiri. Kekadang exclusive restaurant pon I makan sambil rolling eyes jer. Menyentan-nyentak tendang kerusi sebab tak macam apa yang I expect. Macam kan terror sangat masak. Padahal sambal air mata je yang I expert pon. Hahahaha. Tapi dekat sini memang sedap. Kena semua dengan tekak I. I rasa everyone punya foods and semua pon sedap sedap sedap. Oklah malam ni nampaknya kena datang lagi.


I ordered this Southern Prawn Salad. RM22.00 jer dengan udang gemok fresh macam ni sangat la berbaloi. Rasa dia macam ceaser salad lebih kurang. I suka salad ni. 


Rayyan makan Creamy Chicken Pasta. Kids size. RM9.90 jer. I rasa kalau sapa tak kuat makan order yang ni pon cukup.


Dia makan with this mash sweet potato yang kaler purple. RM8.00


Yang ni Shariffah punya. Oyster Cream Sauce nama dia. RM34.00 as well. Creamy dia just nice. Perfect. Takde rasa muak. Portion pon ok. 


Sazli pulak, mana boleh kalau nampak ada lamb. His favorite. So dia makan Lamb Cutlet. RM48.00. Serve dengan Mushroom Ragout and Yuca Fries. Medium well Sazli mintak. Kalau I, I nak medium rare. Tapi ni dia punya kan? Pesal kalau I pulak? Haha. Sazli masuk first mouth, terus menyandar sebab dia cakap seeeeedap.


Hero of the day. Jambalaya. RM32.00

Jambalaya ni kitorang order 2 kali. Actually it’s Mr David punya, tapi Sazli and Rayyan pon makan jugak. End up order lagi satu. Rupa dia nampak macam Nasi Goreng kan? But this one is different. Texture dia lembik sikit macam Risotto tapi takde la mushy sangat. Nak order ni dapat after 20 minutes sebab kata Chef, Jambalaya ni everything semua dimasak from scratch. Nak bagi nampak likat, dorang tak guna corn starch or any bahan lain untuk memekatkan kuah. Dia guna ubi kayu betul instead. Ubi kayu ke keledek eh? Haha. I pon dah lupa. 

Mr David ni memang jaga apa yang dia makan, so dia mintak supaya no soy sauce added tp korang tengok macam letak soy sos kan? Jawapan dia No. Memang tak letak. Taktau la macam mana Chef ni masak tapi Jambalaya ni punya laaaaaa sedap. Rasa dia masa masuk mulut macam ada tangy and spicy tapi once telan, the tangy taste disappeared. Sebenarnya bukan tangy. Entah la. Taktau I nak explen macam mana. Yang penting, korang kalau datang sini please try Jambalaya ni Ok?


Siti Nurhaliza dan suami. Mr Sazli.


Shariffah. Look younger dengan new haircut. Bila I cakap macam tu Shariffah cakap, ‘Ooo so I tua la?’ Hahahaha.

.

Mr. David and Rayyan. Before this they both and Shariffah is a stranger for me. Orang yang selalu I jumpa masa dekat GE Mall sampai 10 kali ada kot? End up berborak. Lepas tu Mr David cakap dia ada sekolah. Lepas tu I dengan Sazli cari sekolah Shein, satu pon tak berkenan and finally kitorang pergi Building Blocks International (BBI) and decided untuk hantar Shein dekat sana and now become our friend and now Shein become Rayyan’s favorite and they love Shein. Ni nama dia jodoh.


Shein hugged Shariffah. Mama jealous. Kata Shariffah Shein memang suka peluk dia. Masa sampai pon, Shein macam pelik je muka. Tadi kat sekolah dah jumpa and now why are you here? Hahaha.


Ni second plate Jambalaya. Sharing. I dah tak boleh masuk dah. Mr D pelawa Shariffah lepas tu Shariffah cakap, ‘Gemok la I macam ni. I dah makan banyak dah. Bak sini!’ Tadi kata gemok tapi cakap bak sini. Hahahaha.

Mr D is not a local tau? Dia Chinese from Hong Kong. Sedara dengan Aaron Kwok and Jackie Chan (Acah mak enon). Tapi I tak pernah pulak dengar Mr D cakap Chinese. Dia memang cakap English all the time tapi ada masa I buli dia, ask him to speak in Malay. Dia boleh cakap la Melayu merangkak-rangkak taaaaaaaaaapi Indonesian slang. Dulu Mr David kerja dekat sana lama. OMG Too much info. Anyway I nak cerita, kata Mr David dia dulu tak paham erti ‘pelawa’. Shariffah dulu selalu la pelawa dia makan. Macam contohnya, if Shariffah makan mee goreng ke nanti dia pelawa la Mr D. Lepas tu Mr D habeskan semua makanan dia sebab dia ingat Shariffah offer. Dia ingat, kalau orang pelawa maksudnya dia boleh makan sampai habes. Dia tak berapa paham budi bahasa orang melayu. Apa eh nak sebut budi bahasa in English?


Sebab Jambalaya tu sedap sangat so kitorang panggil chef and interview. Tak ingat apa nama Chef ni tapi if macam ni punya quality makanan yang dia serve, memang dia deserve bonus dari boss dia.


While the rest finish their foods, Rayyan bawak I naik tingkat atas. Dekat sini ada small stage. Soon aka nada live band. Kalau nak buat soft launch product ke, boleh buat dekat sini. Perfect space. 


Kata Shariffah, nanti I kena try breakfast dekat sini. Best sebab atap dia yang jenis lutsinar tu. Amenda ntah term dalam architecture. Next time kena try.


Dessert Time! Kitorang order Cark Chocolate Soufflé dari bakery dekat first floor. BAPAK LA SEDAP WOI. Shein kan, dia pandai ok? Mula-mula makan dengan I. Bila dah habes tetiba menyeberang dekat Shariffah. Lepas tu dia tunjuk la gambar deer dekat dinding. Lepa kitorang, tengok garpu dah dekat kek. Hahahahah.


Penutup kitorang order tea. Happy Bithday Tea ni memang sedap. Ada rasa masam-masam manis. So refreshing. Ko dah kenapa macam iklan teh dah ni? 


Time to go home! Cantik pulak Green House punya lighting waktu malam. To Rayyan, than you very much sebab jaga Shein at school. The both memang close. Rayyan is like a brother to Shein J


All boys. Sazli, Mr David, Shein and Rayyan.


Siti Nurhaliza, Shariffah and Shein.

Hoi! Gila panjang entry ni. Macam novel dah. Padahal nak cerita pasal makan jer. Hahahaha. Korang kena try ok makan dekat sini. Memang sedap. I love the ambience, the foods, the waiter, the chef and everything. I love the company that night. Nanti nak ajak Mak and Bapak makan dekat sini pulak la. Nak ajak Ellis jugak dengan Anny. Dorang kena cuba makan dekat sini. Lagipon dekat dengan Ampang. Sebab tu I suka Ampang. Sini banyak kedai makan sedap. Cuma korang la kena rajin discover. If ada any café/restaurant yang I tak pernah try dekat Ampang ni, korang share la eh? I suka try makan dekat new place. Sebenarnya I suka makan. New place tu alasan je. Kah kah kah.

BRYCG @ Greenhouse By Muir
No.1, Off Jalan Ampang,
Jalan Nipah, Kampung Berembang, 
55000 Kampung Berembang, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia
Hours: 10AM–10PM

-eNd-

2 comments:

Nana said...

budi bahasa maksud nya courtesy kan kak su

May said...

This cuisine looks delicious and healthy to eat...