Friday, December 9, 2016

Assemoga Sheindong - Part I

Assalamualaikum..

Minggu depan of Friday InsyaAllah I nak buat Shein punya Birthday Lunch dekat sekolah dia. Last day before end of Term I. Among schoolmates je. I pon tak join. Sehari sebelum tu ada Year End Concert dekat YAMAHA GE Mall. Kata Shariffah ada a few student yang dah start cuti awal, tapi takper la. Mana-mana yang ada jer la. The reason kenapa nak buat ni sebab I tengok Shein suuukaaaaaaaaa sangat blow candle, belah cake and nyanyi Birthday Song. Last 2 weeks masa vacation dekat Villaku Residence Shein sebok nak blow the candle and potong cake. Padahal bukan birthday dia. Dulu dia nyanyi macam ni, 'Apitay yuyu' maksudnya Happy Birthday To You. That was masa birthday I. Now dah improve lots. Dah bunyi 'Happy Birthday To You.....' Alahai, sedapnya suara anak Mama menyanyi. I dah mintak Shariffah ambik video dia nanti. Untuk makan, goodies bag semua I dah setelkan. Tinggal cake je. BBI memang strict bab makan. No MSG, NO process Foods, NO sugar semua. So makan I order dekat NZ Delicacy my favorite Catering. For teachers I order Nasik Dagang Kelantan lauk Ayam and Ikan and for the kids Spaghetti Carbonara Ayam. Ada buah pisang emas (Shein's favorite) and ada Salad (Lettuce + Cucumber) for all. Simple je kan? Cake pulak is a Fruit Cake. Bukan Kek Buah tau? Tapi Kek yang diperbuat dari buah. Dah mintak Huda buat, dia cakap ok tapi dia lupa yang dia ada dekat London time tu. So sampai sekarang taktau nak order Fruit's Cake ni dekat mana. Huwaaaaa. Sesapa ada suggestion boleh bagitau I. I nak yang macam bawah ni sahaja ok? Bukan fruits bouquet. Yang tu dekat IG ada banyak I tengok. Tapi kek buah macam ni takde.



Kek Buah. Ada Watermelon, strawberry, kiwi and pineapple. I nak macam ni. Sapa boleh buatkan?





Macam ni pon ok. Tapi Apple tu akan oxidant and color dia akan jadik lebam. I prefer banyak grapes sebab that is my favorite jugak. Apple tak payah la. Keras. Malas nak kunyah (macam la Mama punya cake kan?)


Wowwwww yang ni ada 3 tier. Pon lawa jugak. Siap ada artificial candle lagi. 

Semalam I pon dok survey la barang dalam goodies bag Shein. Was thinking nak bagi foods since I memang ada scandal dengan foods but Mr David say, 'NO sugar, NO Process Foods'. Dah tu takkan nak bagi buah and air mineral je? Macam tak syiok. So Shariffah sed, boleh la letak coloring book, pencil color etc. Good Idea Shariffah! I ada tengok dekat Daiso. Satu barang kan dalam RM5.00++ so was thinking nak ambik Crayon atau Color Pencil. Lepas tu coloring book. Paper bag lagi. Kalau satu barang RM5.00 kata la 5 barang nak masukkan dalam tu termasuk paper bag dah jadik RM25.00 x 30 = RM750.00 macam mahal sangat pulak. Kan? I pon call Ellis and tanya dia mana nak carik stationary yang murah, lepas tu kata Ellis, ada dekat Mydin Jalan Masjid India sebab dekat sana wholesale. Set! Lepas shopping barang Shein, I target nak beli Burger sebelah Mydin tu sebab sedap giler! Dulu selalu makan dengan Arwah Kak Tonah, Kak Nini, Ama and Kak Intan. Air Teh Beng pon sedap!

Al-hamdulillah lepas setel barang Shein, dapat makan Burger Daging Special + Cheese. RM3.50 je seketul. Murah and sedap! Burger Stall ni betul-betul sebelah Mydin and satu kedai tu je yang jual burger. So senang nak carik.




Tak tau la kenapa yang Burger Stall sebelah Mydin ni boleh sesedap ni. Rasa macam nak repeat makan pulak. Aje kacau. Jalan Masjid India ni la yang paaaaling I tak suka masuk sebab jem.


Bapak punya sedap! Sazli pon cakap sedap. Makan time panas-panas. Perrrrgggh!!

Ok, berbalik kepada Shein punya goodies bag. I pon survey and tengok ada coloring book yang simple and murah. Satu dalam RM3.60 je macam tu. Lepas tu meroyan sewel sebab barang-barang dekat sini PUNYALAH MURAH! Pensel color yang jenama 1 Malaysia tu size pendek ada yang RM1.50 je wei, lepas tu 10 ruler RM1.00 are you kidding me? SEMUAAAAAAAAAAAAAAAA pon murah! Pensil, pen, buku nota, pemadam, marker, pen, gam semua bekas comel sampai rasa nak pijak and many more! Semua pon murah. I dah jadik macam sawan. Sana pegang letak, sini pegang letak. Lepas tu semua nak. Hahahahha. Korang kalau nak buat birthday party anak-anak for goodies bag beli je dekat sini. I end up beli coloring book, Staedler Colored Pencil size kecik, 1 set Stationary yang dalam dia ada Pencil Box + Pencil + Eraser + Ruler + Sharpener. Letak dalam Paper Bag color and semua ni cuma berharga RM9.96 untuk SEMUA. Murah kan?




Tu tengok Staedler Coloured Pencils cuma RM2.90. Ada yang up sikit jenis LUNA kot dalam RM3.90 and lagi murah pon ada jenis 1 Malaysia and Bistari dalam RM1.50 kalau tak silap. Coloring Book tu dalam dia English and Bahasa. Satu for RM3.60 sahaja.


Macam-macam jenis ada. Panjang, pendek, 12, 24, 36 batang semua la ada. Murah-murah pulak tu


Tu jenama 1 Malaysia 12 batang size panjang cuma RM1.90 sahaja. Magic color pon ada jugak. Harga dalam RM3.50 jer pon. Murah!



Paper Bag yang hijau tu RM1.50 satu and yang purple RM1.00. Yang bawah coklat tu 20 keping cuma RM12.00 tapi beli 1 tu dalam RM2.00 rasanya.

Tapi sedih sebab paper bag color tu ada cuma 15 pcs je so balance I beli la yang coklat tu. Dah macam kenduri kawen pulak. Kah kah kah. Takper la. Janji ada. Teringat beli paper bag dekat KLCC sampai RM7.00. Punya mahal. Tapi dah KLCC kan? Memang la mahal. Korang nanti apa semua beli dekat Mydin ni. Bukan menda ni je yang ada, banyak lagi yang lain macam jam, souvenir and foods. Coklat apa semua tu  punyalah murah! I geram nak beli tapi teringat muka Mr David terus letak balik. Hahaha. Eh seronoknya la Mydin. Whyyyyyyyyyyyyyy selama ni I taktau Mydin ada semua menda ni wei? Kalau tak masa Shein punya Aqiqah dulu dah macam-macam menda I boleh letak dalam goodies bag. 

Cuma pekerja kat sini muka memang stressed manjang. Semalam masa I dekat stationary tu, I tanya la pekerja perempuan Indonesia Lawa ni. I tanya dia, 'Biasa apa lagi ye orang letak dalam Goodies Bag? Boleh suggest tak?' Lepas tu dia dengan muka ketat jawab, 'Suka hati awak la nak letak apa! Terpulang la pada hak masing-masing. Kang saya cakap awak tak suka kang nanti awak salahkan saya'. T___T Ko dah kenapa nak garang-garang? I malas nak layan. So lantaklah dia. Tapi I pulak jenis tak serik, dah tau dah tu dia tak layan, I pergi tanya lagi. 'Paper Bag ni memang ni je ke yang ada?' Lepas tu dia jawab, 'Itu saya taktau. Bahagian saya cuma sini sahaja.'. Ok. Pergi carik orang lain. Nampak sorang Bangla pakai baju MyDin and I tanya dia. Dia jawab, 'Kaka, saya sekarang waktu rehat. Tak boleh jawab'. Huwaaaaaaaaaaaaaaaaa why semua tak helpful?

Last-last ada sorang Mamat Bangla ni nampak I ambik eraser, ruler semua and dia cakap, 'Kaka, bili satu set lagi murah kaka. Itu dalam ada semua'. Lepas tu yang Minah Indon cantik tu cakap tapi I buat tak dengar, 'Merajin sangat nak tolong customer. Dah kena tunjuk dekat mana. Buat jer la kerja kasik siap'. Sambil menghempas-hempas coloured pencil yang dia kena susun tu. Lantak ko laaaaaaaaaaaah Dik. Malas nak layan. Probably penat kot? I malas nak kacau mood I berbahagia carik barang Shein ni dengan mood swing Indonesia cantik tu. So biarlah dia.

Nanti complete Goodies Bag later I tunjuk ok? Semalam masa balik terus bawak masuk bilik. Kang nanti bukak, Shein nampak habes dia mintak semua dah jadik satu hal pulak. Tak sabarnyaaaaaaaaaa nak tunggu Shein potong his own cake. Esok pulak I nak bawak Shein pergi Genting Highland for Ultraman Show. Balik KL semula on his birthday Isnin tu. Seronoknyaaaaaaaaa!! Paling seronok mestilah Sazli jugak. Dia tu dari malam semalam asyik nak muntah. Excited benar nak tengok Ultraman Show. Mengalahkan Shein!

-eNd-

No comments: