Friday, February 17, 2017

Anny, King Coco and Absolute Thai.

Assalamualaikum..

Selamat Hari Jumaat semua! Harini nak makan apa for lunch? Kalau takde idea nak makan apa today I share tempat makan sedap yang nkorang patut cuba sebab kedai makan ni memang best giler. Coca memang tak tipu. Coco sendiri dah cuba and Coco puas hati sangat. Tempat makan tu nama dia Absolute Thai. I love Absolute Thai. Mmmuuuaaah! - Baca style King Coco. Hahahah. Dah tetiba King Coco pulak. Si Anny la ni hari-hari remind I pasal Si Coco ni, sayang betul dia dekat Coco ni. Marah betul dia kalau baca ada yang beria nak troll or mengutuk Coco. I tanya Anny, kenapa ko macam sayang sangat dengan Coco ni, kata dia 'Suraya, aku rasa dia ni baik la wei. Aku kesian dia. Asyik kena troll and orang macam  nak bodoh-bodohkan dia aje. Sian wei!' Yeeeee memang kesian. I pon ada tengok video yang dia dengan Mat Dan dijemput sebagai artis jemputan untuk program Sepahtu ke apa entah. Kan ada yang dia rasa sambal belacan, tempoyak, cencalok semua tu lepas tu dia tak boleh teka and end up mcm nak muntah and I was like T______T. Dah tu pulak Mat Dan pandang slack je kot? Sian pulak I tengok Coco macam di perbodohkan like that and dia pon redha pulak diperbodohkan sampai up to that level. Kesian and I terfikir jugak, budak ni memang hati kental sungguh. Dia watlek watpis je kalau orang nak cakap apa. Peduli apa dia. Lagi banyak orang troll lagi la tinggi populariti dia and free je dapat publicity. Memang hati kental budak ni. Memang la dia popular by cara macam ni sebab dia pon bawak character bimbo tapi at the bright side apa yang dia dapat? Fame. Lepas tu dapat pulak generate income by that. Dah tu bila dia cari duit dengan buat review keluar pulak fakta dari Ustaz mana entah cakap siapa yang buat review dengan Coco ni haram. Wow. Senang je nak jatuhkan hukuman macam tu. 


Sebelum mengulas lanjut pasal Si Coco ni kita share dulu I gambar. Yang ni  I punya favorite. Nama dia ialah Meang Kam. Daun kaduk makan dengan isi sampah sarap macam kacang, kelapa goreng, lime, cili padi, halia muda, bawang dengan shrimp lepas tu kuah special. Sedap! Kata Anny ni Sirih. Hek dia sirih?


Ok sambung pasal Coco.

Mana yang tak suka dia tu akan mulalah cari bahan/keburukan untuk share sebab tu habes segala gambar dia yang menari tekangkang dalam club ada dlm IG troll dia ni. Orang ambik kesempatan. Share gambar dia, print screen segala mala twit dia dekat tweeter lepas tu kumpul follower. Disebarkan aib si Coco ni sampai dia lupa 'Kita jaga aib orang, Allah jaga aib kita'z Korek habis info pasal dia sampai boleh tahu flat mana dia duduk, belajar dekat mana, cari gambar masa dia sekolah and the detective job list goes on. Dah dapat follower 50k bukak pulak slot IG Review. Hahaha. Lepas tu ko beria nak benci si Coco ni padahal by IG troll tu ko buat duit. Orang follow sebab nak tau dark-side Si Pembaris ni lepas tu ko take advantage buat iklan. Tau macam mana ko dapat generate income? By mengutuk Si Coco. Takde ke sedikit rasa malu? Cuba fikir balik. At least malu la dekat Coco ni and kena la berterima kasih dekat dia sebab kalau tak IG Troll dia ni maka nko tak dapat lah follower ramai macam ni and lepas tu tak la dapat buat duit. Terfikir tak? Selagi ada masalah hati dalam diri, mula la nak dengki dekat orang tak tentu hala. Padahal kalau ikutkan amenda la yang nko nak benci sangat dekat Coco ni? Apa dia dah kacau nko? Takde kan? Dari troll tak tentu hala, baiklah tegur dia dengan cara baik. PM dia ke? Lebih baik macam tu dari terus menerus memalukan dan menyebarkan aib dia.

And typical melayu tak boleh tengok orang senang sikit and famous lepas tu mulalah sakit hati lepas tu ungkit pasal bab keturunan dia. Duduk Flat la, sekolah bodoh la, tak sedar diri asal orang kampung Felda lepas tu kawen dengan orang kaya lepas tu nak belagak and kononnya berkongsi senang orang, ewah cara dia cakap macam kenal rapat sangat kan? Eh macam pernah dengar pulak statement ni. Hahaha. Yang kelakarnya, orang yang beria kaji asal keturunan dia ni macamkan sempurna sangat hidup dia. Entah yang mengata tu lagi teruk agaknya (you know better what is your weaknesses). Tapi takde pulak dia sedar diri masa nak cakap keburukan/kelemahan orang kan? Ada tak orang nak siasat dia punya kekurangan/kesilapan yang dia pernah buat dalam hidup dia? Takde kan? Tapi dia punya masalah hati nak attack persenel orang bukan main lagi macamkan hidup dia tu perfect sangat. Haaaaaa. 

So dekat sini senang je. If ada rasa nak cari keburukan orang, nak tag team suruh benci that particular person (dalam kes ni si Coco la) cuba tengok balik diri kita. Sempurna ke kita? Cukup baik ke kita? Kalau rasa tak, lebih baik kita diam. Muhasabah diri balik and doa je yang baik-baik. Tak suka, jangan ambik tau, jangan follow dia punya perkembangan so takde la sakit hati and takde la tambah dosa sebab mengata orang.  Ok? Move on. Ni dah taktau suka lagi nak stalk, follow lepas tu sakit hati sorang-sorang. Bila dah sakit hati cari geng nak mengata and nak mengaibkan orang. Tak pepasal tambah dosa. Haaaa tetiba panjang pulak tazkirah hari Jumaat pasal Coco. Hehe. Ok lah, moh sambung tengok gambar makanan. Kasik sejuk sikit hati tu.

Kangkung Goreng Belacan. Balik rumah bedal angin satu badan sendawa tak lepas sebab makan kangkung.



Yang ni telur dadar. If dekat Thai restaurant I suka telur dadar yang letak seafood macam clam and udang lepas tu letak thai basil. Sedap!


Yang ni Anny order. Dia minah ayam. Ayam pandan.



Ok la belanja gambar satu. Si Anny I paksa pakai lipstick kaler macam ni. Hahaha. Lain terus nampak muka.

Absolute Thai ni sedap jugak. Lebih kurang macam Sri Ayuthia jugak cuma restoran dia tak la fancy sangat. Sebab tu harga dia lebih murah. Yang ni kitorang makan ni dekat Bangsar Village. Time kitorang makan ni dah lepas waktu lunch so orang tak ramai sangat. Bebudak dekat sini pon peramah bukan main. Orang nak basuh tangan pon escort sampai sinki lepas tu tunggu je nak hulur sabun. Dah siap basuh tangan dia bagi pulak tissue lepas tu hantar balik sampai dekat meja. Kata budak tu, 'Akak dua orang ni artist ke?' Hahahhahaha. Kata Anny, ni mesti sebab pakai lipstick kaler ni sebab tu orang cakap artist. Nak kena pakai hari-hari ke acane ni? Haha. So sekianlah sahaja entry kali ni. Harap mana yang baik dalam entry ni kita ambik and fikirkan. Mana yang rasa tak bersetuju boleh email I and share pendapat atau nak bagitau tak puas hati dengan opinion I ke, I free to discuss. No problem. Cecece macam rancangan Bersama Atiqah dah. One thing I ingat Sazli cakap, 'Orang yang tak puas hati lepas tu attack personal/fizikal orang tu show yang dia dah tak boleh nak handle dia punya mind. Kurang bijak sebab dia rasa by attack personal buat dia puas tapi sebenarnya show yang dia tu sebenarnya dah koyak dari segi mental and low intellectual'. Fikir-fikirkan dan selamat berhujung minggu. Assalamualaikum.

-eNd-



1 comment:

Miss Moon said...

aku bab dia punya video kat IG mmg kadang aku berbulu . Tapi laku aku kata dia pandai la sebab dia tahu mana nak cucuk netizen . XOXO jd zokzo bagai ....kecoh kan. glamer IG org tu

tp bab kat dlm meja bulat aku kesian giler weyyyyyyyyy mcm jd bahan sgt ....so aku mmg kesian kat dia

netizen tak suka dia tapi netizen gak asyik up kan dia gitewwwww