Monday, May 29, 2017

Buffet Ramadhan Sedap Lagi Murah di 9Kedondong

Assalamualaikum..

SELAMAT BERPUASA SEMUA!! Carik pasal betul la tengok balik gambar-gambar makanan dekat 9Kedondong Ramadhan Buffet ni. Menyesal pulak tengok waktu macam ni sebab rasa macam mengundang sangat especially Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. Kaw giler! Cukup pedas, cukup lemak semua.I memang kasik 5 star. Kuah pekat, siput fresh. Perrrrghhh!! Sebijik rasa macam dekat rumah. Rasa macam nak makan jam ni jugak. Padahal ni tengahari pon belum lagi. Hesh! Haritu I berkesempatan pergi ke Pre-Ramadhan Buffet dekat 9Kedondong. So I dulu la dapat rasa makanan sedap-sedap ‘Citarasa Kampung’ dekat 9Kedondong awal dari korang. Jangan jeles haaaaaa. Hehe. Haritu memang I makan light-light je sebab nak makan puas-puas dekat sana. Macam dijangka, memang PUAS HATI sangat. Dari last year, ramai readers yang puas hati dekat menu dekat 9Kedondong. Dorang suka sebab ‘feel’ suasana kampung tu and of coz jatuh hati dengan Siput Sedut masak Lemak Cili Api dekat sini. Ada meja buffet utama, ada gerai-gerai yang menyediakan pelbagai jenis nasi, mee and masakan panas, ada hiasan ala kampung siap ada congkak and astaka berdaun nipah. Susah la nak dapat tempat bukak puasa yang luas, selesa, offer lebih dari 40 jenis masakan kampung and tempat solat yang selesa siap ada Imam macam dekat 9Kedondong ni. Parking pon senang. Kanak-kanak nak berlari main-main pon selamat sebab gated area. Pendek kata sangat convenient untuk family yang ada anak kecik and most important MURAH you’olls. RM55.00 sahaja untuk Dewasa, RM28 untuk kanak-kanak berusia 6-12 tahun dan Senior Citizent serta PERCUMA untuk kanak-kanak berusia 6 tahun kebawah. Jom check out gambar makanan yang I sempat snap.


Hero 9Kedondong. Siput Sedut Masak Lemak Cili Api. OMG drolling gileeeeeer wei! tengok gambar pon dah tau sedap kan?



Intan dengan Dyba dekat meja utama Buffet. Dia punya makanan dari hujung sini, sampai hujung sinun. Pelbagai lauk, sayur-sayuran, ulam-ulaman. Semua ada. Mak bapak je yang takde. Kah kah kah. Sepanjang-panjang tu penuh dengan masakan melayu. Heaven! I biasa memang rambang mata. Susah nak decide nak makan apa. I bet, korang pon sama. Tengok tu sedap, tengok ni sedap dah tu nak makan apa???? Hahaha.


Ikan Masin pembuka selera. Lawan dengan ulam, sambal belacan and siput tadi. Takyah lauk lain, Confirm bertambah!


Masak Lemak Cili Api Pucuk Paku. Memang reminiscing back memory masa zaman kanak-kanak. Now susah nak dapat pucuk paku dekat KL wei! Dekat 9Kedondong ni sebesen dorang kasik. Nak buat mandi pon boleh. Haha.


I punya all time favorite. Biasa makan ratah je. Sambal Tempe + Kentang. Sedap rasa pedas manis. Sedap! Rasa macam nak tapau bawak balik. Hiks.


Sapa suka makan petai angkat tangan! Ni one of Sazli punya favorite dish. Sambal Udang + Petai. Udang dia actually debab tau? Fresh pulak tu.


Ikan Tenggiri Masak Asam Pedas + Bendi. Makan lauk ni je, lawan dengan kicap manis. OMG.


Gulai Daging ni I makan dengan cekodok ikan bilis yang digoreng fresh depan mata. Sedapnya lahai. Kita ni kekadang bila bulan puasa, masakan kampung macam ni la yang membangkitkan selere. Imagine cekodok ikan bilis panas-panas cicah gulai daging. Tak ke sedap?


Ayam Goreng Berempah dia pon sedap. Ni pon ada melambak lagi makanan lain yang I tak letak dalam ni. Sayur-sayuran pon ada banyak jenis. Ulam kampung + pelbagai jenis sambal belacan dengan kerabu mangga semua. Alahai. 


Nasi kerabu ni ada disediakan di gerai. Gerai ada 8 buah. Ada pelbagai nasi, pelbagai mee, goreng-goreng macam Cekodok Ikan Bilis and Cucur Pisang. Made before your eyes ok? Memang laku keras. 9Kedondong kasik kita makan yang panas-panas punya. Dah taknak makan pon, terpaksa lompat-lompat kasik space makanan lain masuk. Hahaha.


Yang ni Laksa Johor. Kuah dia pekat and sedap!


Tu nampak kuih macam-macam jenis. Goreng Pisang tu panas-panas makan dengan kuah kicap style Johor. Kuah kicap dia pulak pedas terangkat. Cucur ikan bilis tu kuah dia ada, tapi I makan dengan Gulai Daging.


Ni pulak ada ABC and Cendol. Sangat la refreshing rasa.


9Kedondong punya Teh Tarik antara yang tersedap I pernah rasa. Susu cukup and lemak.


Ni pilihan kuih muih and kek. Kek buah dia pon sedap.


Pelbagai jenis buah-buahan.

Kat sini kan, ruang solat dia memang luas. Ada aircond and selesa. Susah kan nak carik Ramadhan Buffet yang provide tempat solat yang luas? Memang susah. Kekadang nak solat pon kena tunggu turn. Dah la sempit. Dekat 9Kedondong takde masalah tu. Jemaah lelaki and jemaah wanita ada tempat solat berasingan yang selesa. Hari-hari ada Imam yang akan mengetuai Solat Maghrib, Isyak and Trawikh siap. While emak-emak makan and jaga anak, kaum bapa boleh la solat dulu. Jangan risau sebab makanan dekat sini pantang luak, dorang akan topap. Untuk bulan puasa ni dorang start dari pukul 6.00pm sampai 10.00pm. So memang sempat nak cover all foods. Sini Shein bebas berlari. I memang tak risau sebab 9Kedondong ni gated area. Setingkat je pulak tu. Kita pon boleh la makan dengan hati yang tenang. I memang sangat rekemen tempat ni untuk family yang ada anak ramai. Nak bawak stroller pon tak susah berangkat semua. 


Syahira Zakaria pon ada. Cantik pakai baju tradisi melayu. Kena dengan tema.


Tengok la Si Shein. Berpeluh-peluh main lari-lari dengan Si Rayyann. Sempat buat peace eh? 


Eddy, Kakyang, Kaklong and Kaseh pon ada.


Yuyu Zulaikha yang comel. Relax je dia ada 2 anak handle suami isteri.


Ko kenapa Kakyang nyorok belakang Titot?


Eh, sama pulak senyuman Julia Ziegler dengan Anny. Sama cantik dan manis. Si Anny biasalah gelabah kalau jumpa artis. Dok push-push I suruh ambik gambar dia dengan Julia. Naseb la Si Julia ni friendly orangnya. Husband dia pon boleh tahan hensem okbye.


Tauke Event4U pon ada datang. Sebelah tu  Abang Kawasan Ampang. Tengok cincin dah tau dia bukan Abang Kawasan biasa-biasa pangkat AJK. (Terbahan suami sendiri pulak. Hehe)


Aini, Atiqah, Fieza, Intan and Dyba pon ada. Dah macam I pulak Mak Pengantin time ni. Hahaha.


Mr David and Ms Shariffah from Building Blocks International. 


Lien Tauke Event4U diapit oleh Intan and Dyba.

Mimy pon ada lah! Sian Mimy. Sakit-sakit perut pon dia datang jugak. Tapi kata dia puas hati la sebab makanan semua pon sedap-sedap.


Lin. Orang kuat ANS Beauty.


Iman, Atita, Opi, Siti Nohaliza and Anny bersama Ayden si debab.

Amacam, nampak meriah kan? Dengan makanan Citarasa Kampung yang sedap-sedap belaka. Kambing Grilled pon ada jugak tau? Lupa nak kasik tau tadi. Yang penting luas + ada tempat solat yang selesa + parking senang + harga yang berpatutan. 9Kedondong tak naik harga eh untuk tahun ni? Sama je harga macam tahun lepas. Bagi I, harga ni sangat berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Satu family pon boleh datang. Imagine now buffet kekadang harga beratus. Mahal. Kalau ada anak 4 orang macam mana? Tak ke cukup bulan pergi kerja pakai sependa? Hahaha. Buffet Ramadhan di 9Kedondong beroperasi setiap hari bermula dari pukul 6.00pm – 10.00pm. Start dari 30th May 2017 (4 Ramadhan)  sehingga 21st Jun 2017 (26 Ramadhan). Dorang pon ada provide untuk Private Iftar Function or Ramadhan Gathering jugak. Untuk info lanjut boleh tengok dekat bawah ni.

Contact Person : 016 – 886 8311 (Miss Rabia) or 017 – 2250705 (Mr Haziq)
Waze : 9Kedondong
Alamat : 9 Jalan Kedondong of Jalan Ampang
55000 Kuala Lumpur

 -eNd-

1 comment:

adda syuhada said...

amboiii...sedapnyer...