Thursday, July 20, 2017

Happy Birthday Skacuaien

Assalamualaikum..

Happy 30th Birthday Ain! Mungkin ramai yang dah tau and maybe ada jugak yang taktau. Ain is a person behind Blog Chooyaya Secret Garden ni (tukang update entry kalau I busy tapi selalunya dia melawan kalau suruh update. Aje je yang tak puas hati and banyak pulak syarat dia). A person behind ANNESURAYA SKINCARE and House of Corset Instagram. Semua updates and design tu Ain yang buat. Dia ni semua menda pon pandai and bijak orangnya. Masa dekat GF Trip ke Langkawi Dec 2016 dia merangkap Manager I (cecece). Segala flight, hotel, itinerary dia buat termasuklah bawak kereta dan jugak tukang amek gambar. Perasan Boss sekejap I hahahaha. Ain pon banyak tolong handle agent-agent HOC dan jugak merangkap Bodyguard kalau ada sesapa cuba-cuba nak menipu pasal payment business I. Now kita dah sebaya dari segi angka depan. Lepas ni Ain dah tak boleh la nak cakap Kaksu ongtue sebab kita dah sama-sama Three Series. Hehe. Kalau Ain cakap Kaksu ongtue, mesti Kaksu menjawab cakap, ‘Tua takper, yang penting…….?’ Hahahaha. Untuk birthday Ain harini, Kaksu doakan semoga Ain seperti berikut. Kena kasik point sebab banyak sangat.

  1. Panjang umur. Sihat tubuh badan. Jangan sakit perut. Jangan kena allergic. Jangan migraine. Jangan demam dah.
  2. Ain dapat kerja lain yang office yang semua orang melayu dalam dia
  3. Kerja tu kenalah dekat dengan JB/Kulai
  4. Gaji kena la RM5,000.00 keatas
  5. Kalau boleh bukan kawasan jem kalau tak babi berkandang keluar
  6. Kerja kena 5 days sehari 9-5pm





Tu yang major la. Kalau yang minor ada banyak lagi. Antara lain, Kaksu doakan Ain jumpa jodoh yang baik-baik sahaja. Kalau boleh biarlah hensem dan tak gemok. Hitam takper. Sebab hitam kekadang manis jugak untuk dipandang lagipon biar nampak tough. Kalau orang tu putih, takot Ain pulak lagi tough dari dia. Orang tu kena la paham Ain 100% macam Kaksu faham Ain. Dia kena la pandai jaga Ain walaupon Ain jenis paling pandai jaga diri sendiri. Dia kena paham yang Ain 1) Keras 2) Tak romentik 3) Heartless 4) Takde perasaan. Eh bukan sama ke dengan heartless? 5) Tak nanges 6) Tak pandai pujuk 7)Takde face expression macam gembira atau sedih.

Kalau dia boleh faham yang 7 major ni, dia boleh la jadik BF ain. Kalau boleh biarlah dia jenis yang menjaga solat serta tak menyusahkan hidup Ain and kena faham Ain banyak tanggungjawab pada family. OK? Ok ke tak? Ke tak ok? Macam susah je nak dapat ni? Hahahaha. Tapi InsyaAllah ada. Cuma cepat atau lambat je. Itu memang Kaksu doakan untuk Ain. Kalau bakal BF/Suami Ain buli Ain, Ain boleh bagitau Kaksu so that Kaksu boleh tumbuk dia walaupon Kaksu tau Ain boleh tumbuk dia sendiri. Kaksu hope Ain consider untuk belajar mekap dan jugak kuruskan badan. Wangi dah wangi dah. Tengok gambar dia zaman UUM dulu kurus cantik je. Sikit lagi nak sama macam Fazura. Now apa dah jadik? Orang suruh pakai corset, pakai ANNESURAYA SKINCARE pon punyalah seksa. Sanggup dia dengar kita bebel dari buat apa kita suruh.


Untuk Ain, terima kasih sebab sudi jadik a person behind Kaksu and tolong memudahkan urusan Kaksu. Kaksu sangat appreciate friendship kita ni walaupon kita terpisah beribu batu. Ecewah! Cenggitulah fitrahnya hidup kita. Kita mudahkan urusan orang, pusing nanti Allah pulak mudahkan urusan kita. Sejak Ain tolong Kaksu, rasa macam tersusun la sikit jadual Kaksu ni. Al-maklumlah Kaksu always busy. Dah nama pon part time Power Rangers Kuning. Bila ada Ain, rasa macam bernafas sikit nak uruskan business and blog. Tachiuuuuu Ain! Kaksu hope Allah balas yang indah-indah sahaja untuk Ain. Dunia dan akhirat sebab Ain baik J Lobiu Ain! Tenkiu so much for everything... TQ sebab always baik dan faham Kaksu. Nak hadiah kena turun KL ok? Lagipon Kulai ada ke Boat Noodle? Hahahaha.

-eNd-

No comments: