Monday, November 20, 2017

Boat Noodle With Kakyang Yang Mengandung

Assalamualaikum..

Haritu kitorang makan dekat Boat Noodle Avenue K. Lepas tu ada menu baru la wei. Nama dia ialah Fried Songtam. Dia Songtam tapi dia goreng. Paham? Sedap hoi! Ni sebenarnya menu baru atau menu dah lama tapi I yang dah lama tak datang sini? Hahaha. One more, chicken wings dia pon dah besar sikit. Last time alahai macam anorexia chicken je. Seiring dengan size dah besar, I tengok harga pon macam ada peningkatan jugak - bagus. Overall for visit kali ni Nora kasik 5 bintang! Selera kitorang makan sama naik dengan Mak Buyong. Next time I nak order Pad Kra Pow la pulak. Tengok Kakyang punya macam sedap jeeeeeeee. Nak mintak segan sebab member mengandung sure tingin nak makan banyak. Macam Intan tu lain la dia. Kesah pulak dia kan? Kakyang tanya ‘Kak Intan nak?’ Intan jawab ‘Makan dulu, tak habes nanti Kak Intan makan’. E! I paling pantang kalau orang jawab makan dulu, tak abes nanti baru makan kalau I pelawa. Sebab korang tau kan, kita kalau makan mesti yang best tu tinggal last. Tingat dulu masa I makan Maggie Korea dekat Pavilion. Simpan la kuning telur tu nak makan last. Seeeeekali Sazli ambik sudu, makan telur I takde tanya. Kata dia ‘Laaaa, nape tak makan? Meh I makan’. Zaaaap korek kuning dia lepas tu ngap. I rasa macam nak ambik pisau tikam je dada I. Hahahaha. Terkulat-kulat je I. Macam Ayang haritu, dia simpan kuning telur dia sekali Kaklong makan. Nak marah kang jatuh derhaka tapi bab makan kekadang jangan cari pasal wooo. Dulu masa sekolah, I pernah merajuk dengan Makcik Kentin sampai I tak makan. I dah queue lama lepas tu dia bagi orang lain dulu. Seharian moody. Eh tak sangka bab merajuk bab makan ni perangai dari zaman sekolah rupanya. Adeh. Perangai I banyak turun dekat Shein ni. Tapi Shein I tengok makan selera je. Debab je takde masalah. Haha. Takde lagi dia merajuk bab makan. Eh, ada! Masa dia merajuk pasal eskrem, lepas tu Sazli suap and dia sanggup tak telan walaupon dah dalam mulut dia. HAHAHAHA. Ikut perangai Mama rupanya!



Tasty Chicken Wing RM9.90 sepinggan ada 5 ketul. Apeni chicken wing tak kasik sampai ketiak dia? Hahaha.



Naseb baik ada. Time tak teringin sangat, ada pulak dia. Yang ni Sangkaya Steam Bread. RM6.90. Kitorang ambik 1 je. Makan rebut-rebut baru best. Pernah ambik 2, tak abes. Seperti peribahasa ‘Orang tamak Selalu Rugi’. Sapa pernah tengok dulu ada filem pendek Sang Kancil dan rambutan yang satu dua tiga lekuk, jantan betina aku ketuk. (Apa kena mengena)


Makan rebut-rebut sedap ni. Kerabu Maggie dekat Boat Noodle bagi I the best la. Cukup pedas, cukup masam. Tak over power yet sangat tasty. RM8.50


Ni la Kakyang order. Kra Pow Chicken. Sedap ni. RM11.90 je.


Wajib Order setiap kali datang. Ni Thai Popoye’s Tempura. RM6.90. Popoye sebab ni sebenarnya daun bayam.


Hero of the day. Fried Som Tam. RM8.50


Mix semua kuah dia. Sedap seriousssssssss!


Kaklong and Kakyang ni dah macam kawan pulak. Kitorang dok berangan. Kalau Kakyang kerja sama dengan kitorang sure masuk geng sekali. Lepas tu kalau adik Intan Zati pon kerja sini, ponnnn masuk geng jugak. Bertambah la ahli I Will Survive. Tapi makan kat kentin je la sebab kereta tak muat OR I kena beli van. Van pulak Van Vanette je hahahahha. Tak pon Van Juara. Macam roti je, bila kona terbalik king king king sebab tak boleh balance. Hahahahhaha.


I berdiri atas kerusi tau amek gambar ni?


Siti Nohaliza conquer Fried Somtam


Amboi Amboi belakang sana gembira sangat tu?


Kakyang is 5 months pregnant. Dah nampak dah baby bump. Dia dapat bebi girl laaaaaaaaaaaa. Bestnya! Nanti boleh pakai comel-comel. Macam mana la Kakyang tu nanti dengan anak dia sebab dia sejenis pandai main dengan bebudak kecik. Anak orang pon dia beria sayang, anak sendiri apatah lagi.

Tachiu to Kakyang sebab tolong queue kan masa nak makan haritu. Sampai-sampai terus duduk order je. Mesti bengkak je orang yang dah beratur lama tengok kitorang. Tapi Boat Noodle ni letak la dekat mana pon semua long queue kan? Orang memang suka la. Dekat Ampang Point tu pon tak pernah yang tak beratur. Each time I datang sana sure beratur panjang. Haritu kitorang order banyak-banyak macam tu + air thai green tea kena RM110.00++ include tax. Bagi I Ok dah tu harga dia. Cuma yang tak ok, dekat Avenue K ni tak boleh bayar guna Debit Card. Semua urusan pembayaran guna cash. Zaman sekarang if transaction tak boleh guna debit or credit card, bagi I agak leceh la. Mana ada orang suka bawak cash banyak-banyak kecuali Ongtue macam Bapak. Hhahaha. Tetiba Bapak masuk dalam cerita ni. Okla Bye. Boring pulak harini. Isnin kan?

-eNd-

4 comments:

Suria Amanda said...

Okeh nak pi Boat Noodle dgn anak dara i...

mama tisya said...

Fried somtam menu baru.. Sodap.. Aritu dh mkn.. Nasi krawpow tu slalu gk order tp tgk outlet juga yg sdap.. Ms mkn kt Berjaya times square xsedap, kt aeon shah alam sedap, sangkaya wajib order

Unknown said...

Kak su, Kra pow chicken dekat Johnny's sedap kak su

Chooyaya! said...

suria amanda : ok, malam ni jugak u pergi ok?

mama tisya : lain outlet lain ke rasa dia? ingat kalau franchise semua rasa sama je.

ayu Mns : johnys eh? ok nanti kaksu try.