Tuesday, January 16, 2018

Alfatihah Untuk Ahmad Kasyfi Muhamad

Assalamualaikum..

Petang semalam, Sazli tengok handphone dia ada banyak miscalled from Apit and John. Masa tu I dah agak macam ada berita buruk. Then dia tetiba cakap ‘Ya Allah… Ya Allah….’ Terus I pergi dekat dia and tanya siapa meninggal? Dia ketar-ketar tangan tunjuk gambar IC Kasyfi dekat I. Dia cakap ‘Kasyfi dah meninggal Mama… Dia dah takde…’ Sazli cried on off sejak dari petang sampai la tengah malam like really cry. I pon taktau bila dia tido. I bagi dia space although I eager nak tau macam mana Kash meninggal and all. Dalam 8.30pm macam tu maybe John call bagitau arwah accident dekat area Bertam tak jauh pon dari rumah dia on the way nak ke tempat kerja (Shift malam). Dia Enginer dekat Western Digital kalau tak silap I. Luluh rasa hati bila dengar Sazli menanges cakap dengan Apit. Allahu… Kesiannya Kash… Anak pon kecik lagi… Dia pon muda.  I taktau nak calm Sazli macam mana. I hugged him ask him to bersabar but I dapat rasa how sad this news to Saz, Apit, John, Ke’ot, Khairi, Pidaus. Ni semua kawan-kawan dia masa dia Sekolah Menengah Teknik Kulim Batch 1999. I tau dorang memang sayang each other and macam adik-beradik dah. I selalu dengar kisah dia dan kawan-kawan masa sekolah dulu macam mana. Pasal Kasyfi pon. Dia budak baik and dulu zaman sekolah bukan budak senang. Ada sekali Sazli cakap, masa cuti sekolah dia tak balik. Duduk hostel je. Bila Sazli tanya kenapa tak balik, dia cakap dia nak study. Nak study apa? Sekolah/Asrama semua lampu padam. Then only dia cakap, yang dia takdak duit nak buat tambang balik. Saz bagi dia duit tambang… Dia genggam duit tu. Menanges cakap terima kasih dekat Sazli. Maybe dia rasa sedih and terharu. Bila dah abes belajar, dia dah kerja and dah boleh buat rumah yang selesa untuk family dia. Dia cakap dekat Sazli ‘Li, mai la umah aku.. Dulu rumah aku rumah papan, la ni rumah aku dah batu’. Kata Sazli, ‘Alhamdulillah Kash. La ni hang pulak boleh bagi kehidupan selesa kat Mak/Pak hang’.


Arwah Kash yang dalam bulatan tu masa dalam Dorm dekat Teknik Kulim


Takpa la Papa. Kash orang baik. Allah sayang dia sebab tu Allah ambik dia dulu.. Taknak dia lagi banyak dosa. Allah tau apa yang kita taktau. Dekat ‘sana’ tu kekal abadi. InsyaAllah syurga buat Kash sebab dia pon orang baik. Kita doakan semoga roh Kash ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. I takde kekuatan nak cakap dengan you pasal ni sebab I tau you sangat sedih. I pon sama. Bila Sazli tunjuk gambar arwah tepi jalan selepas accident, I sebak rasa seketul dekat dada. Dia cakap, ‘Kash ni ada anak kecik… Kesian dia. Dia baik. Tak pernah marah, muka senyum je. Cakap tak kasar.. Dia baik’. I Cuma mampu mintak Sazli sedekahkan al-fatihah untuk Arwah je. Nanti kita tolong mana yang patut untuk Anak dan Isteri Kash. Itu je cara kita nak tolong Kash and maybe by doing that, you akan rasa a bit relief. Dia cakap, John call nanges, Apit call nanges, dia pon tak tahan. Dia teringat balik memory sama-sama masa sekolah dulu. Susah senang sama-sama. Makan pon sepinggan share and kongsi ramai-ramai makan char kway teow sebungkus so dapat la sorang sikit. Memang betul susah senang lapar sama-sama. Belajar berdikari semua dekat Teknik Kulim lah.

I tau Sazli sangat sayang kawan-kawan dia yang Teknik Kulim. I sendiri nampak macam mana hubungan brotherhood dorang. I tau macam mana excitednya setiap kali Sazli bercerita pasal sekolah, macam mana bercahaya mata dia bila cakap pasal John, Apit… Macam mana dia sayang depa ni. I dapat rasa. Although I takde chance nak kenal Arwah Kash macam kenal John and Apit but Arwah Kash memang dearly close to my heart. Sapa Sazli sayang, itulah jugak yang I sayang, seikhlas hati. Kesian Sazli, tak dapat tengok Kash untuk kali terakhir sebab dia pon jauh dekat Penang. Tapi John dapat tengok semua sampai la selesai. John pon sedih, I tau. Apit pon.. Malam tadi jugak Arwah Kash dikebumikan. Sedih kan? Pagi jumpa anak isteri, malam dah meninggal. Siapa tau, malam semalam ialah malam terakhir dia tido dengan isteri dan anak-anak. Siapa tau, semalam kali terakhir dapat cium dah peluk anak. Siapa tau semalam ialah hari yang terakhir buat Kash dekat dunia ni. Life is precious. Allah nak ambik nyawa bila-bila je yang Dia mahu. Anytime, anywhere sekelip mata. We never know… Untuk Kash, tenanglah di sana. Hang pi dulu, nanti kami semua menyusul kemudian. Hangpa semua betul-betul sahabat sampai syurga. I macam dapat imagine reunion dorang dekat ‘sana’. Untuk Isteri dan keluarga Kasyfi, takziah diucapkan. Untuk Apit, John and Sazli serta kawan-kawan Teknik Kulim lain, redha lah… Ini semua Allah dah tulis. Accident ni cuma asbab je. Nanti ada masa, jumpa la na.. Yang pasti kali ni punya perjumpaan pasti berbeza and mesti lebih banyak air mata yang tumpah sebab tingat kat Arwah Kash. Allah.. Sebaknya. Tak boleh nak taip dah.

For my readers, mintak sedekahkan al-fatihah untuk Arwah Ahmad Kasyfi Muhamad. Semoga ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Alfatihah.

-eNd-

8 comments:

dyba said...

al fatihah..sebak :(

SueGinola said...

Innalillah...semoga roh arwah tenang di sana....

Unknown said...

Sesungguhnya kita adalah milik allah dan kepadanya kita kembali...
Moga rohnya dirahmati...

Bergembira engkau dialam sana...

nadyrah khairy said...

إنالله وإنا اليه راجعون.
اللهم اغفر لها وارحمها وعفه واعف عنها��
Sedihnya kak su.. khairi pun menangis smlm..

nadyrah khairy said...
This comment has been removed by the author.
kenariterbang said...

Innalillahi wa Inna ilaihi raajiun.salam takziah ye.arwah ni jiran Saya.rumah dia belakang rumah saya.kami jiran setaman pun terkejut sgt2 sb minggu ni je 2 org meninggal di tmn kami. Katanya arwah dilanggar lari oleh kereta.sedih Sgt...

Chooyaya! said...

dyba : kalau kaksu mati, dyba sedih lama tak?
sueginola :aminn...
hasan hashim : betul hasan, ko sejak bila baca blog aku? adeh.
nadyrah : tu la, kaksu pon sedih tengok abg saz..
kenariterbang : yerker? innalillah....

Atie said...

Salam kak sue...ha..atie ada.nmpk eksiden nie..otw atie balik keje...katanya langgar lari..kami2 yg dgr nie rasa geram sgt biler dgr langgar lari tue.....semoga roh arwah dicucuri rahmat...aminnn