Wednesday, November 25, 2009

Copy dari Cik Epal = I Follow U - U Follow Me


Sebelum I nak cerita pasal topik diatas, I nak cerita dulu pasal owner blog ni. Nama betul I taktau, tapi dia guna nama Cik Epal.

I tengok blog dia ni dari Nadia Bayu (www.nadiabyu.blogspot.com). Pasal ada one day, dia post entry BF dia nama Muncit ker menda ntah yang suka buli dia.. Kesian pulak pasal terang-terang dia ni memang kena buli habes la dengan Bf dia. Ceh, tetiba I rasa gelik jerk sebok-sebok nak tau pasal budak-budak muda remaja riang ria ribena sedangkan I dah tua kerepot.

I rasa dia ni memang open sangat sampai to be honest ada satu masa I rasa weird-weird ayam bila dia macam secara terang terangan bodek Afdlin Shauki nak jadik pelakon ke menda ntah. Tapi bila dia sendiri cakap memang dia giler glamour and sengaja buat macam tu, I rasa ok pulak pasal at least dia berterus terang dan tak hipokrit. Dia berani.

Dalam banyak-banyak entry dia yang suka terjah-terjah and bukak topik macam agak hot dan ala-ala menjerit meminta publisiti itu (taktau la dia nak naikkan traffic dia ker atau apa, I tak peduli pon, blog dia, sukahati dia la kan?) I suka satu entry dia yang nih and I rasa 105% setuju untuk ketama kali dalam banyak-banyak entry dia yang lain.

I perasan dia semakin open dan 'lepas' selepas dia kena banyak hentam dengan Cik/Encik Anon pasal kes ex-bf dia dulu. Mungkin dengan cara tu dia dapat kekuatan ker, saper tau kan? So, suka hati dia jugak la...

Check entry dia ni (sampai skarang pon I tak reti nak buat link) Haha. bodoh aku.


Talking about this. I pon, to be honest, jarang sangat blog hopping. Mana-mana yang I link tu, memang I truely follow, tak sekadar tepek dekat situ and ambik hati pasal the other side dah link I, so I link back. I rasa, kalau macam tu, sama jugak macam tak ikhlas and hipokrit.

Sebenarnya tak payah banyak follower pun takper, asalkan orang suka baca. Mana tau follower ada berjuta, tapi sekadar follow pasal kes, 'I follow U, U follow Me'. Tu macam paksa ker haper eh? Takat klik butang follow tapi tak pernah jengok blog tu pun, tak guna jugak. Tengok macam Filla (
www.kasihaleeya.blogspot.com), I rasa follower dia tak la banyak sangat, tapi viewer tinggi. Meaning that, memang orang suka baca blog dia walau pun orang tak follow dia. Ramai yang jadik silent reader.

Yang jenis blog follower ada 300++ keatas, tapi viewer to-date tak sampai 5,000 jerk. Kan ke nampak pelik and sedikit pathetic?

And yang lagi satu, yang jenis terang-terangan mintak orang klik kat butang Nuffnang. Like, 'tolong klik kat Nufnang I pasal I dah klik Nuffnang U lapan juta kali'. Macam ada unsur-unsur keterpaksaan dan tiada rela hati.

So, itulah ajer yang I nak cakap kat sini. Terpulang la pada penerimaan masing-masing. I cuma memberi pendapat I jerk... Nak terima takper, tak terima pun takper. I sendiri berblog pasal suka merapu dan share tempat-tempat makan sedap jerk. Pastu pasal Yatie kawan baik I (www.lifeisfullofconflictions.blogspot.com) ada blog, maka atas rasa jeles, I pon musti ada blog jugak.

Har har harun.

-End-

2 comments:

BULLET said...

xreti buat link lagi? ceh, lingkaran fumakila tol la kak su ni...xpe2, yang penting terus terang kan. xtau cakap xtau jek...kan kan kan...yang last sekali tu nape ade name harun? sape yang tulis blog ni sebenarnye? kak su ke harun?

Unknown said...

waaaa...baru tahu pasal entri ini..ngeh ngeh...

terima kasih...sila buat lagi pasal saya...weeeeee~


akak memang comel (saja aje bodek..huakakaka) :D