Monday, September 28, 2015

Resepi Mee Suah Yang Sedap

Assalamualaikum..

Kisahnya I nak update entry lain, tapi bila tengok gambar Mee Suah ni, terus telan ailio and tak menahan. Rasa macam balik ni kena repeat buat lagi sebab sedap giler kot Mee Suah ni? Korang pernah makan tak? Jap lagi I share recipe so korang boleh try sebab Mee Suah ni nak buat dia bapak la senang. Bahan sikit and tak consume time yang banyak. Maknanya kalo ada orang nak datang rumah, hidangkan ajer Mee Suah ni sebab nak buat dia sama macam nak masak Mee Maggie je. Sekejap dah siap and yang paling penting ialah SEDAP. Kalau I cakap sedap tu, makanya korang kena percaya. OK? Kaklong yang ajar I buat Mee Suah ni tapi I improvise kasik nampak poyo lagi sikit. So yang ni version upgrade la sebab original recipe guna dada ayam and tadek chicken ball.

Bahan-bahan

  • Mee Suah
  • Bawang merah 6 ulas + bawang putih 2 ulas + lada hitam 2 sudu besar (ditumbuk)
  • Ayam
  • Chicken Ball
  • Cendawan Tiram
  • Cube Ayam Knorr
  • Minyak untuk menumis
  • Garam
  • Air
  • Daun Sup & Bawang Goreng
  • Sambal Kicap (Lada kecik + bawang putih + kicap manis + gula + sehiris limau nipis)

Cara Membuatnya

  1. Memula panaskan minyak and tumis bahan tumbuk. Kasik sampai naik bau and bawang tu garing. Waktu ni bau dia perrrrghhhhhh menyirap ok?
  2. Lepas tu masukkan ayam. I guna tight hari kelmarin. If korang suka, boleh guna dada ayam. Tunggu sampai air ayam kering baru masukkan air. Tu rahsia nak bagi masakan tak bau hanyir.
  3. Lepas tu masukkan la air and cuba ayam. Untuk 3 peket Mee Suah, I masukkan 4 cube ayam. 3 peket tu cukup untuk 8 orang makan.
  4. Nak cepat masak, air tu korang guna la yang dah siap jerang awal-awal. Kalau tak bercinta nak tunggu air menggegelak.
  5. Masukkan la chicken ball and cendawan tiram
  6. Perasakan dengan garam
  7. Masukkan Mee Suah and last sekali tabur daun sup and bawang goreng. Siap!
  8. Jangan lupa sambal kicap.


Note : Mee Suah ni macam Mee Maggie. Dia absorb air and cepat kembang. I suggest, if korang nak makan, ambik sedikit kuah and letak dalam periuk lain baru masukkan Mee Suah. Sebab Mee Suah ni nak makan dia, kena makan panas-panas and kena on the spot. Kalau tak dia kembang dah tak sedap. Jangan masukkan 3 peket sekaligus. And if buat Mee ni, air kena banyak. If korang buat sup biasa, kuantiti air tambah half dari yang biasa korang buat sup. Ok?


Mee Suah sup, perghhh bapak la sedap! I suka kalau kuah banyak sebab I suka hirup sup :)


Yang ni without sambal kicap. Hoi! Tengok gambar pon I dah telan ailio

Yang ni I masak kat rumah Cik Kiah and Cik Mie dekat Kajang. Cik Kiah and Cik Mie ni Apis WakDan punya Parents. Sian Cik Kiah, dia cakap Maksu dah lama tak mai visit dia. So I pon datang la dengan Sazli and Shein. Masa kitorang sampai, Apis tak sampai lagi dari rumah Mertua dia. Lepas tu Apis balik dulu, kitorang stay sampai lepas Isyak. Dah macam kitorang Tuan Rumah, Apis pulak yang tetamu. Haha. Sazli cakap, kalau datang rumah Cik Kiah, jangan susahkan dia. Nanti Sazli suruh I masak.

Kitorang beli dulu bahan dekat Giant, lepas tu baru masak. Nak masak pon sekejap je siap sebab ada pembantu tukang masak. Cik Kiah and Kak Cik pembantu, I pulak Ketua gila kuasa. Kak Cik tu adik Apis. Nanti tengah masak I cakap kat Cik Kiah, ‘Kiah, you tolong sediakan sambal kicap boleh?’ Terus You – I dengan Cik Kiah sebab bajet dalam rancangan masakan la. Hahaha. Cik Kiah pon time I masak kemain puji. Malas la nak share dekat sini nanti korang muntah pulak. Haha.


Tu sambal kicap, Cik kiah blender je. Dia malas nak tumbuk. Sorry la, pembantu I kerja nak senang je. LOL. Naseb Apis sempat makan. 2 kali tambah. Tu maksudnya sedap la tu kan? Baik ngaku.


Kak Cik pon suka. Kakcik pembantu tukang masak merangkap waiter. Mati la dia sorang je perempuan dalam adik beradik. Selamba kena buli dengan Abang and Adik. Bebudak ni pon main order je dekat Kak Cik. Naseb ko la Kakcik. Hahaha.


 Si Haziq ni memula eksyen. Orang ajak makan taknak. Sekali dah makan, 3 kali tambah. Lepas tu bila next round Cik Kiah makan, dia tumpang lagi. Tadi belagak sangat. Terus request kat Cik Kiah masak Mee Suah ni hari-hari. 'Mama ni la, asyik masak nasik je. Esok Mama buat Mee Suah lagi. Masak hari-hari'. Melampau. Hahah.

Cik Mi pulak cakap, 'Mak Su pasai apa chicken ball letak seketui macam ni? Rugi la kalau meniaga’. Hahaha. Cik Mi, ni kan kiter nak makan-makan je? Sapa pulak nak meniaga. Cik Mi pon suka Mee Suah ni. Dorang ni cara makan macam sedap sangat. Nak ambik hati I la tu. Hahaha. Sian Cik Mi, Shein tak layan dia pon haritu. Dok mengadap iPad tengok surprise egg tak habes-habes. Umah Apis ada Unifi, tu yang Shein mengadap iPad tu. Not good Shein. Jangan jadi anti sosial sangat next time ok?


BTW ni la rupa Mee Suah - FLour Vermicelli. Dijamin Halal InsyaAllah.

Si Sazli tak makan pon sebab dia dah kenyang. Bebudak ni kalau datang umah Cik Kiah, memang buat macam rumah sendiri je. Sampai-sampai terus bukak tudung saji. Sazli dah setel makan nasik + ikan pekasam + sambal tumis ikan bilis. Lepas tu Haris adik Apis pulak makan dengan kawan dia. Cukup pulak tu nasik Cik Kiah. Hahaha. Azfar ada datang, tapi dia tak sempat makan Mee Suah I sebab dia dah tinggal Ijah and anak-anak dia kebuluran dekat rumah. Si Apai sembang nak kencang je. Cakap tak ajak la apa la. Bukan nak datang pooooon. Blah la Apai!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...