Friday, April 29, 2016

Mc Donald Happy Meal Angry Birds

STICKY POST
 *Please scroll down for new entry*


Assalamualaikum..

Setiap kali McDonald’s keluarkan Happy Meal dengan toys yang baru memang I menggelupur la collect. I mesti nak dapatkan complete set toy baru puas hati. Dulu masa takde Shein pon seronok collect Happy Meal toys, ni dah ada Shein lagi la seronok. Shein pulak dah tau, If I nampak McDonald’s punya packaging, memang dia serbu kotak Happy Meal la. Haha. Untuk kali ni, bermula dari 25 April 2016 – 1 Jun 2016 McDonald’s offer 10 favorite Angry Birds termasuk Chuck. Untuk period 25 April – 1 May ada double dose Red Angry Bird. I mestilah dah dapatkan kedua-dua collection ni. Korang kalau nak yang sama macam Shein punya ni, kena dapatkan di McDonald’s restaurant yang berhampiran ok? 



Sambil makan Chicken McNuggets, tangan tak lepas dia punya Angry Bird.





Shein memang dia punya favorite Chicken McNuggets ni. Kalau 6 pcs tu, memang dia punya sorang. Tak boleh share. Ni dia makan dengan French Cheese sauce, lagi la berselera.




Cantik kan kotak Angry Birds Happy Meal McDonald's ni.



Yang ni Light-up Red Angry Birds. Amboi garangnya muka. So fierce.




Yang ni pulak Light-up Red dengan Red.


Ni 10 Angry Birds yang boleh dikumpulkan dari 25 April - 1 June. Kena dapatkan kesemua koleksi ni. Sebab semua comel-comel.

Untuk dinner kali ni kitorang SHARE SHARE Chicken McNuggets yang 9 pcs dengan Bubur Ayam McD Family size. Kenyang! Bubur ayam tu portion dia memang just nice untuk kitorang bertiga. Makan rebut-rebut macam ni memang la seronok. Shein tu menganga je kena suap dengan Abah dia. Korang kena try tau Chicken McNuggets ni sebab now ada 2 new sauce iaitu French Cheese dengan Black Pepper Mayo. Sauce yang lama jenis masam manis and BBq. Pon sedap jugak. Shein suka sangat French Cheese sauce ni. I perhatikan dia makan, memang nampak berselera. Budak-budak memang suka la cheese flavor ni. Chicken McNuggets ni ada jugak yang 20 pcs. Kalau nak lagi puas makan, boleh ambik yang tu la.




9 pcs Chicken McNuggets punya kotak.




Chicken McNuggets. Nyummmmmm!!




2 jenis sauce yang terbaru. Black Pepper Mayo and French Cheese Sauce.




Berebut-rebut nak cicah dengan Shein. Sedap sangat French Cheese Sauce ni.




I suka Black Pepper Mayo. Tak la pedas sangat sebab ada Mayo. Rasa dia bagi I just nice. Lemak-lemak pedas sikit-sikit je. 




Mama and Shein moment with Chicken McNuggets.



We share ok?

Lepas Sazli balik dari surau, kita share pulak makan Bubur Ayam McD Family size. Makan panas-panas memang sedap! Seronok share makan macam ni. Lepas kau suap aku, aku suap kau. Baru la mesra. Hahahaha. Bubur Ayam McD Family size ni memang cukup untuk kitorang bertiga. Memang kenyang sebab makan sekali dengan Chicken McNuggets. Shein pon seronok. Sambil main dengan Angry Birds Toy, Abah suap dia makan. Shein pun sebok la nak suap kitorang makan jugak… Sabar ajer la.


Bubur Ayam McD Family Size




Shein and Sazli enjoy their Bubur Ayam McD




Abah suap Shein bubur



Shein suap Abah nugget.


Jangan lupa dapatkan Happy Meal, Bubur Ayam McD Family size dengan Chicken McNuggets with their new sauce ok? Untuk info yang lebih lanjut sila layari laman web sini dan sini!

-eNd-

4 comments:

Suria Amanda said...

Ok...harus cari after this for my lovely niece...

yusrina said...

singgah la kat blog saya pulak

http://albumretro.blogspot.my

Yatimah Razimin said...

McD memang kegemaranku..
yatieraz.blogspot.my

kak gojes said...

nugget tu sgt menggoda