Thursday, May 26, 2016

Sembang sembang membawa bimbang

Assalamualaikum..

Pagi ni kita borak-borak kosong jer la eh? Lebih kepada sesi luahan perasaan. Haha. First I nak mengadu yang WhatsApp I crash semalam. Masa tu tengah sebok-sebok buat sale dekat Menara Felda semalam. 2 kali white screen. I tengok dalam FB ramai  iPhone user face problem sama macam ni. Ingat I sorang jer. Tita cakap dia suruh install uninstall balik. Lepas tu memang dapat WhatsApp balik tapi habes semua data customer yang selepas 1st May gone with the wind. Sedih giler. I memang tak delete WhatsApp customer sebab senang nanti nak track sesapa yang repeat order boleh la bagi discount. Manually ada la I tulis tapi kalau dalam henpon kan lagi senang nak detect? Semalam pulak kan hari gaji so banyak la dapat WhatsApp tanya pasal Transgluta/Transbella nak jadik Agent/Dropship nak beli etc and ada a few yang tanya pasal handbag yang nak kirim pada Anny sebab dia nak pergi Paris and Milan malam ni. So, semua yang WhatsApp I tu and I promise untuk quote harga all gone. Pada sesiapa yang berkenaan nanti kena get back I balik ok?


Ni update punya currency ye?


I nak pesan pada sesiapa yang berminat nak kirim beli handbag atau apapa la. Please WhatsApp I direct dekat 012-9184042. Jangan DM dekat Instagram. I bukan perasan sangat. Lagipon ongtuwe dia mana la reti DM ni. Haha. Untuk memudahkan korang and I yang tak berapa tau pasal handbag ni, if korang nak apapa please send I gambar, lepas tu jenis sekali. Harga I tak boleh la nak main letak je time korang tanya berapa. Semuanya Anny akan update pada I masa dekat sana. Harga sebenar and depends on currency masa tu. I akan buat Live Update dalam Instagram I taaaaaapi korang kena always standby sebab time different. Might probably waktu I update dalam IG tu waktu korang tengah besuka ria membuta. Kena selaluuuuu tengok IG I ok? Kan ada apps dalam IG yang korang boleh tengok post I all the time tu? Ha. Make sure korang click situ untuk tengok post I paling atas.

Longchamp ada yang Boutique and ada yang Outlet ok? Korang kalau nak yang murah, choose the Outlet one. Ada banyak jenis. Nanti kalau nak, bagi specific jenis, size, warna, long or short handle. Lepas tu Anny akan bagitau harga and korang memang kena terus buat transaction and tak boleh cakap nak bayar esok lusa. 100% full payment ok? Kita tak buat system kutu pinggan mangkok boleh bayar 3 kali sebab kitorang sejenis Personal Shopper miskin. Hahaha. Jenama lain macam Prada memang murah ya amat. Sebab ada Outlet. Mana-mana yang dekat Outlet memang murah. So korang survey la dulu nak yang mana lepas tu bagi I gambar and model, nanti I update berapa harga dia. Pada yang gelakkan I sebab I don’t speak Designer Handbag lantak leeeeerrr. I bukan buat business PS ni. Ni pon pakkal la Anny nak pergi sana and ramai nak kirim. Asal ada chance je, terus nak mengata. Menyam! Haha.

Lagi lagi lagi nak cerita apa? Ooo pasal Agent Transgluta/Transbella. I banyak dapat inquiry especially dari housewife yang takde pengalaman meniaga online. I tengok je screen lama-lama sebab rasa macam takot nak bagi. Dah la tadek FB/IG dah tu acane nak meniaga? Boleh pulak yang cakap nak jadik Agent, tapi I kena jualkan bagi pihak dia. Mati la naaaaaak. Hahaha. Ni betul punya spoon feed tahap langit ketujuh ni. Jenis kerja taknak buat, goyang tetek lepas tu dapat duhet. Acane? I sakit jantung dapat inquiry yang macam tu, terus call Anny meroyan. Haha. Dalam pada takot-takot nak ambik Agent yang memang nak bermula dari bawah, semalam I dapat Feedback dari Agent Shah Alam yang memang habes belajar terus kawen, tadek FB IG semua tapi setakat semalam dia dah jual 30 botol Gluta and Bella. Kata dia, dia banyak buat offline and lepas ni nak try bukak booth dekat mana-mana bazaar.

Kalah dah dengan Agent yang memang ada Online Shopping punya Account dekat FB/IG. I percaya, meniaga secara offline jugak dapat membantu korang untuk buat sale. Macam I la semalam masa bukak booth dekat Felda ada la rasa nak muntah sebab takot takde sambutan. Felda ni crowd dia orang Felda je. Masa pagi tu, I tengok yang meniaga lagi ramai dari yang membeli. Tapi Alhamdulillah sales kitorang banyak. I pandang Anny, Anny pandang I lepas tu telan ailio. Macam tak sangka offline sales boleh pergi banyak ni. Atita pon kali ni dah improve la skill. I suruh dia datang depan dan beramah mesra dengan peminat-peminat dia. Dia ni selenga sikit. I cakap pada Tita, ‘Tita lekas la nyanyi bagi orang datang’. Lepas tu dia cakap dia nak joget. Hahaha. Ada yang cakap kat dia, ‘Tita, saya minat sangat dekat awak. Hari-hari stalk IG’. Lepas tu dia jawab, ‘Mari la kita berkahwen’. Hahahahahha. Ngek Tita.


H Tita. Marilah kita berkahwen.


Thank you Ira and Ida beli Transgluta. For Ila, I no fwen you.




Gambar-gambar yang Anny sempat snap masa semalam. Thank you orang Felda!

I percaya dengan kerja berkumpulan. Kalau kita kerja sama-sama InsyaAllah kita boleh. Jangan cepat give up. Kena ada strategy macam mana nak berjaya. Macam I dulu, takde der terfikir nak business apa semua ni. Malas. Tak pernah pon terfikir nak terlibat dalam area perniagaan ni. Anny pon tak push. Dia slowly mengorat I sampai la awal tahun haritu, selepas 8 bulan baru la dia berjaya convince I untuk be part of her team. Sale punya trend pon naik dari January sampai la Mei. Alhamdulillah. One thing yang I selalu pesan pada Agent, Supplement ni jualan dia tak laju macam kosmetik and foods. Tak semua orang suka nak spend duit untuk kecantikan dari dalam. Dorang lebih suka tengok kecantikan yang bersifat physical tapi kita kena la educate customer supaya mereka paham fungsi product kita.

Mana-mana Agent yang rasa nak bukak booth, bagitau kat kitorang. Nanti I uruskan. Kitorang memang menggalakkan Agent untuk buat offline sales. Sebab offline sales ni sangat la membantu selain dari online sale. Kekadang hasil dia diluar jangkaan. Contohnya macam semalam. Kalau rasa tak confident and need helps, bagitau je. OK? As for now, I tau ramai dah readers I yang dah ada kesedaran. Yang dah rasa perubahan lepas consume Gluta and Bella. I nak pesan, jangan la rasa ralat untuk keluar RM70/80 sebulan untuk kecantikan dalaman. OK? Start la dari sekarang sebab tak rugi pon. Sehari korang keluar RM2.60 sahaja untuk keep kulit moist. Apa la sangat amount tu kan? Lepas tu kalau makan please consistent supaya kulit sentiasa lembap dan cantik. Jangan la stop terus. Jadikkan routine. Paham? *Teiba garang

Okla, dah tadek apa lagi nak cakap. 24 hours daily rasa macam tak cukup. Anny tu asal nampak muka I je nak cakap pasal business. I nampak kereta dia dari jauh pon dah nak termuntah. Hahaha. Now dah jangkit dengan Atita. Dia pon sama seronok tengok kitorang. InsyaAllah soon kita akan collaborate dengan Atita untuk next project. Atita sendiri akan terlibat dengan project ni dari mula sampai akhir. Bukan setakat Ambassador je tapi dengan operation sekali. Hopefully project ni sempat la kitorang release sebelum raya. Yang Si Anny ni pon satu, orang tengah bizi tak cukup kaki tangan ni, time ni laaaaaaaaaaaaaa dia nak pergi Paris. Menyirap je. 10 HARI PULAK TU!

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...