Friday, August 19, 2016

Dari Jendela Anny : Bersusah-susah Dahulu

Assalamualaikum..

Wah Anny, melawan dia ni. Dari Jendela Anny masih mengekalkan momentum sehingga minggu ketiga. Syabas Anny! Dalam pada dia busy dengan our upcoming project ulang alik ke kilang, carik orang buat design and website, jumpa team sana sini semua tapi dia boleh ambik masa untuk tulis entry untuk hari ni. Syabas betta! eh betey. Eh kalau pempuan beta ke betey? Ah lantak la ko kat situ. Haha. Untuk yang kenal Anny sekarang and tengok dia as a businesswoman macam sekarang mesti fikir yang dia ni senang dapat project semua and ada partner yang kaya so senang dia nak jalankan ajer project. Jawapan : Tidak. Anny yang lead the team herself. Ada duit sikit, kita start project dengan apa yang ada je. Rejection jangan cakap la sampai rasa amendaaaa la yang susah sangat ni Anny? But bila I nak give up, dia tiup semangat and cakap dulu masa dia zaman study lagi la suuuusah sebab dia carik duit sendiri. Duit takde nak makan semua pon ada. Sedih pulak I dengar sebab rasa macam amenda la yang susah sangat pon kitorang sekarang ni. Korang baca la dekat bawah ni kisah Anny macam mana masa dia study dulu. Apa yang dia ada sekarang ni, siap dia nak berkongsi dengan keluarga lagi. If one day ko kaya macam Dato' Vida, apa yang boleh aku cakap is, 'You deserve it sayang.. You deserve it'. One strong, independent, smart, funny, pretty friend yang I pernah ada is Anny.. I am so lucky to have you behind me. Lebiu Anny! Good luck to you, eh tak. to us!


BERSUSAH-SUSAH DAHULU…

Wow hebat jugak aku ya selama 3 minggu berturut mengekalkan carta Dari Jendela Anny dan tidak di dropkan lagi.Suraya nampaknya tidak lagi membebel hampir setiap hari sebelum ini dan mengingatkan aku supaya submit entry.Bolehlah skarang kita concludekan yang Suraya semakin percaya dengan kredibiliti penulisan aku dan dia tau aku faham apa erti dateline..hek elehhh tadi pagi dah msg aku tetanya hari ni ada ke tak entry niiiiii hoihhh Suraya oiii stresss oiiii

Jom ni aku nak cerita zaman aku lepas SPM dulu..dengan result yang tak memberangsangkan dengan kelebihan gred disubjek kurang popular akhirnya aku dapat melanjutkan pelajaran peringkat Diploma in Computer Science under UPM..kira mcm kolej luar jugakla.Agaknya Maths aku pun teruk..uni mana je yang nak terima.Uitm pun taknak pandang aku ni ha..punya menangis2 tunggu intake nak masuk uitm omg kesian aku..

Masa zaman aku baru sambung study ni ialah zaman dimana mak abah aku dah takde sumber pendapatan tetap.Abah ada pencen jadi taklah sukar sangat tapi sebab aku ada lagi 2 adik nak ditanggung jadi nampak struggle jugak kalau abah tak meniaga.Abah dpt kontrak2 café sekitar Ipoh dulu. Masa abah meniaga ngan mak dulu aku tengok betapa tabahnya diaorg. Bangun subuh lagi dah pergi cari ikan,sayur semua..Abah kalau pegi pasar beli barang orang ingat abah ni guru besar.Ada yg panggil abah Cikgu sebab abah pegi pasar dress up pun ngalahkan orang main golf..betapa hensemnya abah aku masa tu.Tapi  jangan memain ngan abah ye,kalau dia gerakkan bangun subuh dah macam rumah nak terbakar.Aku yang lena macam naga pun terkejut dan bertukar jadi hamster.Woi nak tercabut jantung den..




Abahku sayang dan Ayah mertuaku yang sangat supportive.
Click read more to continue reading.



Lepas aku dah habis Diploma,dapat la sambung degree..aku cakap kat abah, aku nak sambung study lagi.Abah cakap,kalau kamu nak sambung..abah takde duit nak tanggung kamu.Masa tu mata berkaca-kaca dah, tapi aku tau aku kuat dan abah pun dah tak mampu nak tanggung aku.Aku boleh buat,aku pujuk diri aku..aku cakap kat abah,takpe bah..akak sambung belajar abah tak payah tanggung apa.Akak akan kerja sambil belajar.Abah jangan risau pasal duit..aku pun tekad untuk sambung degree..


Muka sememeh lepas konvo Diploma bersama Natra and adik Natra

Selama aku kat KL, aku baik ngan Natra.Aku kenal dia masa satu kolej buat diploma.Dialah bestfriend aku,ke hulu kehilir ngan dia.Mak Natra siap suruh aku tinggal sekali kat Ampang nun satu keluarga sebab aku pun selalu je kat umah mak dia ngan Natra sebelum ni lepak2 tido2 dan dia rasa kot aku ni susah.Natra dah macam adik beradik aku.Adik-adik Natra dah macam adik-adik aku..Mak bapak Natra dah mcm parents seniri. Sungguh..memang tak terbalas jasa baik orang-orang yang pernah ada masa aku susah. Apa dia org makan,tu lah aku makan.Mak Natra kalau tengok dari tepi pun ada iras-iras mak aku.Tu pasal la kot kalau kemana hala aku pegi orang ingat aku ni twin ngan dia.Semua ingat kitaorg adik beradik. Jenis pakai selipar je jalan kat KL ala2 traveller gitu.. Masa aku buat part time kat kedai Struddles Giant,Shah Alam dulu,ada budak laki mana ntah tetiba datang kat aku tanya..”Eh tadi I nampak u kat Uitm,u bawak Mark 1 kan..?” “oh tu bukan I ye,tu adik i..” “Ohh ye ke..eh patutla sama..” Haa kau dah kenapa kalau tak sama pun..nak beli struddles ke tak nak ni jangan buang masa aku ye ha gitu lagak aku garang semacam..




Hi Natra!Rindu!Skang Natra stylohh wallahhh!

Sepanjang aku mengaji tahun pertama sampai habis Degree aku buat keje part time.Cakap je apa keja aku tak pernah buat. Meniaga chicken chop,keja kat kedai buku,waitress kat manhattan fish market,jurujual spare part keta,keja kat Levi’s,paling best keja kat Cybercafe PTPL masa tu.Aku ngan Natra la jaga.Macam kedai bapak kami yang punya.Cybercafe ni pakcik Natra bukak kat Shah Alam masa tu..dalam kawasan kolej.Memang satu-satunya cybercafé dalam kolej jadi full house all the time.

Tahun akhir degree aku keja kat Coffee Bean,Subang Parade..Balik kelas terus masuk keja sampai tengah malam.Penatnya takyah cakapla..Kalau aku ada exam aku akan pastikan aku lulus semua subjek dan aku taknak fail sebab kalau repeat kang sapa plak nak menanggung aku..Aku ni jenis tak berapa pandai jadi memang aku kena belajar bersungguh2 baru masuk otak.Belajar pun wajib dalam keadaan senyap sunyi.Aku bukan jenis yang dengar2 lagu pastu terus boleh hadam apa aku baca no no no..Masa semester tu pulak kena amik maths computing ngan statistic bagai..tiap kali belajar maths kat kelas, balik je rumah hari-hari aku buat latihan maths tu.Hari-hari ya without fail sebab aku taknak lupa apa aku belajar.Dan hasilnya Maths aku dapat A hahaha .Masa kat sekolah nak dapat C pun susah hahaha lagi sekali.

Selama aku kat KL memang sekali je parents aku hantar aku masa memula nak sambung belajar dulu.Lepas tu,pandai-pandai la aku nak hidup. Pernah weh masa belajar dulu,duit ngam2 ada RM5 nak hidup time tu.Gaji lagi 2 hari..bulan puasa pulak tu.Memerap jelah aku kat rumah.Aku kan jenis pendam,senyap.Mane de aku nak share masalah ke apa ngan budak rumah tetambah pasal duit lagi tak la.Otak ni asyik fikir je apa aku nak makan berbuka.Masa tu budak rumah semua berbuka kat luar.Aku pura-pura kerja je la mlm tu taknak bebudak rumah ajak aku keluar.Aku pun pergi bazaar terdekat,beli kuew teow goreng RM1.50 dan balik berbuka dalam bilik sorang-sorang sambil air mata bertakung memandang kuew teow.. huhu sedih weh kenang balik..

Tapi aku survive..sampai sekarang.Taklah mewah,taklah berharta..tapi Allah bagi je aku hidup sampai sekarang. Tak mati kelaparan pun..Sejak dari kepayahan itu aku bertekad,aku belajar bersungguh-sungguh tamatkan Degree aku tanpa satu pun repeat paper.Aku kerja bersungguh-sungguh untuk earn more dan bagi mak abah aku. Dan aku ada few more wishlist yang belum lagi tercapai untuk parents aku,adik beradik aku dan kaum keluarga yang aku nak share.Doa-doakan aku guys..

Sejak itu dan sehingga ke hari ini aku suka mengingatkan diri aku.Dari banyak orang yang kita temui dalam hidup kita setidaknya kita perlu ingat 3 orang yang Allah hadirkan dalam hidup kita iaitu:
  1. Orang yang hadir ketika kita sedang dalam kesusahan
  2. Orang yang menyeret kita kedalam kesusahan; dan
  3. Orang yang pergi ketika kita dalam kesusahan..


Kau jangan risau Anny..
Allah ada..

Love,

Anny


(^_^)

3 comments:

Amanda Suria said...

Sedih weiii...sama kisahnya ngan SA...cuma dia dapat la buat degree...SA plak x sambung pun sebab kesian mak abah..adik2 yg lain pun nak blajar tinggi gak...ckp je la apa je keja,kilang,7E,kedai kek, kantin kilang, pam minyak semua i buat...kalau citer mmg panjang lebar komen i ni sue..caya la Anny...

yasmine said...

Là. .masa Anny Kat cc la perasan midah style ni zaman seluar engineeRed jeans...masih ingat kha anny..dia style senteng seluar hihi...

yasmine said...

Là. .masa Anny Kat cc la perasan midah style ni zaman seluar engineeRed jeans...masih ingat kha anny..dia style senteng seluar hihi...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...