Friday, August 12, 2016

Dari Jendela Anny - Manan oh Manan

Assalamualaikum..

Macam biasa, kena dengar la dulu ulasan Tuan Rumah. Haha. Kali ni Anny cerita pasal Manan. Setiap kali Anny cerita pasal Manan memang I gelak sampai meleleh air mata sebab rasa macam kelakar. Kesian pon ada, nak gelak pon ada. Tu yang I gabung meleleh air mata sebab rasa kesian and lawak. Anny pulak kalau bercerita jenis bersungguh! Hahaha. Anny ni memang spesis bangang ok? Ultimate bangang punya orang. Dah la gagap kalau gelabah. Hahaha. I selalu panggil dia Manan sebab dengan Si Anny ni ko takyah la sorok apapa kang nanti dia tau je or kita akan kantoi. Tak pon korang wish la nak jumpa sapa-sapa or kantoikan sapa-sapa nanti Anny akan jumpa la dekat mana-mana. Contoh : Dr A punya kes kantoi dekat Chicken Rice Shop. HAHAHAHA. Yang tu tak boleh la cerita sebab confidential maaaa. Dari situ la I menggelarkan Anny sebagai 'Ko ni memang sejenis Manan!' Nak tau macam mana timbul gelaran tu, sila baca cerita Anny dibawah. Enjoy! Sila sediakan tissue ye? Kompem keluar air mata sebab sedeeeeey sangat cerita ni. HAHAHAHAHA

MANAN OH MANAN

Semenjak bersiaran dari Jendela Anny dan sampailah malam tadi,terngiang-ngiang suara Suraya kat telinga aku ni.Sampai nak tidor tertidor dan terjaga tidor aku diingatkan supaya submit entry untuk Jemaat..Dah macam bekerja kat Karangkraf dah aku rasa..

Oklah hari ni aku nak citer pasal Manan.Aku rasa korang mesti selalu dengar cerita Manan oh Manan dari Suraya kan.”Anny sejenis Mananla..” “Anny ni Eman Manan la...” Jadi aku sharela ya apa itu Manan yang menghantui hidup Suraya selama ni..yang pernah membuatkan Suraya menitiskan air mata bila mendengar cerita Manan. Airmata gembira ke duka ke aku pun tak pasti..sebab ni kisah yang menyayat hati sebenarnya. Aku share dengan few orang yang rapat ngan aku je sebelum ni. Kat sini aku share dengan korang untuk kita ambil ikhtibar dan hati-hati dengan penipuan maknusiyo ni..huiyo mcm saspen cerita Manan ni dengggg!

Masa zaman aku baru start meniaga kecik-kecik ni,dalam tahun ketiga kot..adala simpanan sikit.Simpanla kot2 nak buat benda lain.Nak rolling2 lagi start projek baru..nak dijadikan cerita,aku dikenalkanla dengan seorang Forex Trader. Adala niat dihati nak mencuba, manala tau kot2 duit ada sikit2 ni nak dilaburkan kearah yang betul..bolehla tambah2 kononnya.. Bolehla kot  beli jet peribadi,pastu gi London ke minum kopi jap pastu balik..ha gitu kalah rusmah mancur gaya aku

Mamat ni nama dia Manan.Dok present la hasil kerja beliau,ala-ala korporat.Present kat kedai mamak je pun.Tunjuk account seniri trade,pastu trade account orang..kenal sana kenal sini..aku ni bukan senang sgt nak percaya orang. Kiranya aku buatla beberapa percubaan untuk lihat hasil Manan ni.Semuanya lulus..sampai satu tahap aku dah habis percaya,aku dan partner masa tu bagi satu amount yang agak besarla untuk di tradekan.Besar bagi akula yang bisnes kecik2 ni.Disebabkan percaya kat Manan,kitaorg pun gunala akaun dia yg di tradekan masa tu..dan kat situlah drama pun bermula..adehh

Aku rasa tak sedap hati terus lepas bagi duit tu.Aku tak tau apsal..esok bila aku try call Manan,Manan masih jawab call aku. Aku selidik semua info yang dia bagi. Pastu Manan gagap nak menjawab. Esok-esok aku try call lagi nak mintak explaination,bleh plak dia menyamar jadi PA Manan bunyik loghat utagha. Malangnya loghat utagha kau kalau dah gagap, nama kau tetap Manan Gagap ye.Bukan Eman Manan.

Hari ke 3,4 dan seterusnya aku termenung. Aku rasa lost. Tapi aku tak pernah share masalah kerja ke, apa-apa pun dengan sesiapa. Aku diam,lama aku diam..aku cuma berkomunikasi sesama seniri dengan partner aku je tentang ni. Lama-lama aku redha. Nasib baiklah projek-projek yang on going semua dapat settle tanpa hutang. Slowly..Allah duga kat sini tapi Allah permudahkan juga sebelah lain..

One day, aku terjumpa Manan weh.Perjumpaan pertama ni aku tak bersedia..jadi nak bawak Manan ke polis ke apa aku takde apa-apa dokumen.Dapatla pergi masuk balai bukak kes Manan. Tapi Manan lepas..selepas dia disoalsiasat.Tak taula apa dia kencing Polis tu..dengan janji dia nak bayar duit aku..esok tu dia bayar sikitla mcm lepas celah gigi dia..kong jaq ko ni Manan.Penat weh aku kerja..pastu Manan hilang semula..


Aku makin redha.Setiap malam lepas aku Isya,aku mengadu menangis semahu-mahunya kat Allah.Aku hidup seniri,susah aku senang aku memang Allah je tau. Siapa pun tak tau masalah aku,keluarga pun tak tau..aku memang tak suka bercerita. Yang aku tau lepas habis futsal tengah malam balik kul bape sekalipun,sebelum nak tido ke apa aku duduk kat sejadah tu sangat lama. Sampai dah takde fikir langsung pasal Manan ni..redha gile dengan ujian ni..lantakla..duit je pun..


Ye,aku futsal sampai hari ni.Kawan-kawan futsal ni pun sampai ada yg 10 tahun aku kenal masa futsal. Tapi kulit kena jaga ya,amal supplemen je.Konsisten sampai skang.(Tetiba iklan haha) - Klik read more untuk baca selanjutnya


Ok sambung..

Nak dijadikan cerita,aku ke gym hari tu..sambil-sambil jogging tu aku pun gugel la offer-offer umrah bulan Ramadhan tahun tu. Hmm mahal gak,nak cekau mana duit kalau nak pergi ni.Tapi dah pasang niat..takpelah kalau aku bagi sikit nak daftar ni,by the time lagi 2-3bln nak dekat bulan puasa aku dah boleh langsaikan semua bayar sikit-sikit..okayla..tetiba terasa nak daftar pakej umrah tu.

Lepas habis jog terus set lunch ngan kwn kat Bangsar masa tu. Dah sampai tunggu order,sekali aku nampak kelibat Manan si mamat korporat macam ku kenal masuk nak lunch kat kedai aku makan jugak ni..Dia datang nak lunch dengan family.Ramai family die ye..aku dan kawan aku start drama dah ngan dia.Dia dah cuak..nak tak nak memang dia tak boleh lari.Sebesar-besar alam ni aku jumpa lagi dia kali kedua.Memang kali ni tak boleh bagi lepas Manan ni..kau jangan buat-buat gagap lagi Manan aku cepok ko kang..

Aku dah bersedia this time,aku roger kawan-kawan yg mana laki suh bawak kawan-kawan laki yang lain haha dan seorang bodyguard yang aku baru kenal seminggu.Si Manan buat gelak-gelak perlekeh aku konon aku tak berlagak professionalla,katanya nak duit ke apa suh aku datang office dia esok..takde maknanya Manan.Esok aku nak keje Manan..takde masa aku nak ke office ko yg ntah wujud ke tidak tu..ehhh

Kawan-kawan aku semua dah sampai lepak mcm kat bukit kepong dan kepong Manan.Lepak2 sambil tunggu bodyguard Kamal namanya.Seminggu sebelum tu ada la aku cerita kat Kamal pasal Manan,mana tau Kamal kenal Manan. Kitaorg semua tunggu si Kamal sampai kat kedai makan ni sebab nak suh Kamal seniri berbincang ngan Manan, sekali Kamal call aku cakap dah sampai.

“Anny aku dah sampai, ko kat mana?”
“Aku kat dalam,ko masuk dalam”
“Ha,mana satu Manan?”
“Ni ha Manan”
“Ni Manan???!!”

KECEPOKKK sekali jari jemari Kamal yang gebu hinggap kat pipi Manan nan kering dan Manan hampirr terpelanting.Omagad. Kamal sangat kuat..saya tak kuatt awaaa..kesemua askar bukit kepong pun tak kuattt awaa.. omagadd..

Kamal start membebel.Katanya dia tak paham kenapa ada maknusiyo mcm Manan ni keje nak menipu orang.Kamal bawak Manan ke balai dan aku pun buat laporan. Kamal ckp kat polis,dia nak pegang kereta Evoque milik Manan.Selagi Manan tak pulangkan duit aku,Kamal pegang keta ni..hahaha ok Kamal.Kau bijak..bagi aku test drive jap pusing-pusing KL kakaka

Esok tu,tepat pada masa yang dijanjikan,Manan pulangkan kesemua duit aku.Masa tu aku tak rasa apa-apa lagi..lepas settle Manan dah dapat balik keta dia semua,aku ajak Kamal dan gang-gang dia yang membantu aku semua lepak kedai makan.Masa tu partner aku sampai dan kitaorang tetiba menangis berpelukan..subhanallah..Aku tak percaya langsung aku boleh dapat balik duit-duit aku meniaga ni.Kat situ jugak aku kongsi duit yg dpt balik tu bagi sorang sikit kat semua yang membantu aku..dan pada hari yang sama jugak..aku terus pergi mendaftar Umrah Ramadhan..

Aku just nak kongsi dengan korang cerita ni.Aku ni banyak dosa.Aku jahil.Aku tak cukup pun solat satu ketika dulu dan sampai sekarang masih berusaha membetulkan diri.Tapi yang pasti aku doa hari-hari lepas Isya,lepas Subuh.Aku tau masa tu je aku banyak masa nak bercakap ngan Allah nan pencipta.Bersungguh-sungguh aku mintak Allah pulangkan jika benar itu hak aku.Dan sejak itu juga aku terus memperbaiki diri dan meningkatkan amalan walau kadang Iman kita up ada down.Aku tau..Allah sayang semua hambanya.Allah terima je aku jejak kaki ke tanah suci.Aku sampai terfikir dan aku takut..layakkah aku jejak kaki ditanah haram mu.Sampai rasa tak percaya,nak turun bas masa kat Mekah tu..rasa nak test campak IC nak tengok terbakar ke tak punya takut dosa aku ni..biarla IC terbakar dulu sebelum aku turun bas tu huaaa

Guys..
WALAU SIAPA PUN KITA DULU..
WALAU TERUK MANA PUN MASA SILAM MU..
WALAU SEMUA ORANG BERTANGGAPAN BURUK TENTANG KITA YANG ALLAH TAKKAN AMPUNKAN DOSA-DOSA KITA..

TAPI QURAN KATA..ALLAH KATA..
BAGITAHU HAMBA-HAMBAKU..YANG MEREKA ITU TELAH KECEWA TERHADAP DIRI MEREKA..JANGAN MEREKA PUTUS ASA DENGAN RAHMAT ALLAH
JANGAN MEREKA KECEWA DENGAN RAHMAT ALLAH

ALLAH MENGAMPUNKAN SEGALA DOSA-DOSA HAMBANYA..


3 comments:

Maie Maizah said...

Memula rasa xsabar nk baca psl manan tu, lps tu makin brdebor pastu tros mcm mata masuk habuk.. Ikhtibar n peringatan juga pd sy :)

aziekz said...

ALLAHUAKHBAR!HEBATNYA KUASAMU..
SEMOGA TERUS DIPERMUDAHKAN URUSAN kamu.ameen

Mimy Hamid said...

anny sobss...such a good entry...aku insan.pendosa...insaf sgt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...