Friday, August 5, 2016

Dari Jendela Anny

Assalamualaikum..

I mintak Anny jadik penulis undangan untuk blog ni. Asyik la bebel 'Suraya susah sangat ke ko buat advertorial Nuffnang tu? Cerita je kan? Apa yang sebok sampai sehari?' Ni soalan yang Anny biasa tanya I kalau dia pagi-pagi dah call/whatsapp suruh I layan dia. Tapi I cakap I bizi so jangan kacau sehari. Haha. Giler punya pempuan. Kekadang I ni kena buat 2 advert in a row siap review lagi lepas tu tanya susah ke nak buat entry. So I came out with this idea, I mintak dia jadik Penulis Undangan untuk blog ni. Mintak hari Jumaat last week, Jumaat ni dekat pukul 4.00pm baru siap apa keeeessss??? Kata senang? Hahahahha Baru ko tau. Ni ko dah kena draf untuk entry next week pulak eh?

Tapi baca apa Anny tulis sebak pon ada. Ni semuaaa 100% dari Anny punya tulisan. I takde repair apa pon. Cuma perenggan dengan alignment je ada adjust skek. Sakit hati pulak tengok caption tak center. I is OCD like that ok?

So start dari minggu ni, seminggu sekali on Friday, Anny akan tulis 1 entry dalam blog ni. Kita tengok dapat sambutan ke tak. Kalau view 3 hari takat 500 je, aku terpaksa dropkan entry 'Dari Jendela Anny'. HAHAHAHHAHAHA. Jom kita baca apa Anny bebelkan ok? - CHooyaya

TRANSGLUTA TRANSBELLA ANNY SURAYA

Aku sebenarnya tak tau nak cerita apa. Sebab tetiba Suraya bagi idea untuk dia keluarkan entry khas dari aku (bukan bagi idea,lebih kepada paksa) tapi dengan cara lembut..sebab dia tau..tanya sekali..tanya 2x,tanya 3x..jawapan aku OK OK OK boleh suraya tapi ntahnya bila nak bagi pun tak pasti hehehe..

Anyway,bagi yang selalu follow Suraya..readers dan semua kesayangan beliau,dan acah-acah sayang dia,jom la aku kenalkan dulu sapa aku supaya aku pun dikenali,kalau boleh over shadow la Suraya ni terus..korang takyah follow dia lagi.Follow aku je lepas ni..



               
Akulah Anny.(Gambar ehsan Suraya haha)


 Aku kenal Suraya ni masa nak promote produk Transgluta. Aku mulakan kehidupan berbisnes ni start dgn bidang construction.Lari gila dengan apa aku buat sekarang. Pejam celik dah 7-8 tahun in construction. Very tough I can say…tapi itu yg buatkan kita kuat. Aku plan masuk industry Beauty and Health ni asalnya risik-risik bagi idea nak start sejenis skincare dengan seorang rakan lama..adala approach beliau but end up dia pun tak nak buat ngan aku. Dah dapat idea lari buat dengan orang lain tapi tak nak aku join..kahkahkah padan muka
                                       


Masa pelancaran Transbella hari tu 

Pejam celik lagi sekali, dah masuk tahun kedua dengan ZN Team yakni Transbella dan Transgluta beauty supplement for skin. Mula-mula rasa mustahil nak buat benda mcm ni. Aku biasanya buat projek,kehulu kehilir jumpa orang.Masuk site keluar site..now if takde projek atau kena jumpa clients aku banyak memerap kat office atau habis-habis pun jumpa la Suraya kat KLCC sebab nak discuss itu ini during lunch time je pun,takpun call call tapi kalau masing-masing banyak sangat nak kena settle kerja memang tak becakap terus sampai petang but after work memang wajib la menelepon..teringat masa mula-mula nak mintak tolong Suraya masukkan dalam blog haha kelakar. Sebab aku cakap nama aku Fasha Sandha,sekali nak deal dengan dia officemate aku call dia ke mcmana ntah tetiba kantoi aku ni Anny.eh..haha anyway thank you sebab percaya aku. Thank you sebab terima aku seadanya Suraya..kiranya ko kenal la aku eh haha



Buat bisnes online Beauty and Health Industry ni aku ingatkan lebih mudah.Tapi tak ya..selagi namanya BUSINESS selagi tu lah kita akan kena harung apa je cabaran dunia business ni. Kita nak capai satu-satu kejayaan bukan mudah. Kita kena terima rejection,kita kena tebalkan muka,buat research,pergi kelas,balik dan cuba..try sana try sini..kumpul modal,buat lagi,jaga cash flow,jaga stok,jaga promosi marketing,buat R&D,tanya sana sini harga and all.. 9/10 punca rezeki memang daripada perniagaan tapi usahanya pun 9/10 juga..senang cerita kena usaha bersungguh-sungguh la mandi tak basah tido tak kenyang mcm tu asyik terbayang apa lagi apa lagi..mula-mula Suraya pun pening agaknya layan aku. Tak habis pagi petang nak cerita psl kerja. But now oii dia dah melampaui batas. Lebih bersemangat dan penuh dengan idea gitu Suraya kita..

Dalam dunia business ni kita perlukan networking..kenal sana kenal sini.Berbuat baik dengan semua orang. Being nice to someone kita tak suka doesn’t mean kita fake. Maknanya kita dah cukup matang nak tolerate dengan keadaan mcm ni.Mula-mula rasa sedih atau tak suka tu biasala dan lama-lama pujuk hati.. hilangkan ego..yang penting redha Allah so stay humble and cool sayang!

Aku ingatkan dunia construction ni je banyak orang menipu damba,rupanya sini  pun sama.Kita pun tak tau siapa yang suka dengan kita,depan baik belakang mengata..haha Ada la satu kes ni Suraya yang berhati waja dan bersemangat semenjak berkecimpung dunia business ni,terbaca la salah satu post status hamba Allah yang baik dimata dekat dihati ni. Nak mencari sponsor untuk readersnya..so dia akan post kan satu entry untuk war-warkan produk kita kat dlm blog dia. Aku mula-mula ada rasa tak sedap hati tapi sebab Suraya pun dah communicate dengan dia dan setuju..kita pun proceed bagi 10 set produk untuk dia bagi pada customernya. Aku yang agak skeptical dengan deal begini pun fikir positif jelah..lepas seminggu,2 minggu,sebulan,2 bulan..haha memang takde la apa-apa dia nak bertanya khabar ke apa tentang buat review nak war-warkan dalam blog dia pun.Ada sesaat yang Suraya meghoyan psl hapa ntah..awek ni pun msg la Suraya tanya-tanya nak masukkan apa.

Sebelum ni Suraya msg mcm2 info pun langsung tak dilayan dengan seribu alasan..bila dah meghoyan mcm ni baru nak tanya-tanya.Yang bestnya,bukan sorang je dok terasa,ada lagi yang berasa makan Ramen Noodle ni rupanya..terus dok msg2 si Suraya. Buat-buat lupa atau sengaja dilupain kita fikir positif je lah..aku selalu pesan Suraya. Ni baru sekelumit..jauh lagi perjalanan kita. Tak apa..now orang buat kita dan kita pun tak tau Allah akan bagi kita apa disebabkan kita bersabar dengan ujian Allah mcm ni. Takpelah..readers kau dpt benefit makan Transbella tu pun kitaorg bersyukur..alhamdulillahhh
  
Dear Suraya,
Thank you Suraya ko banyak tolong aku naikkan @transgluta.
Now kita dah ada Transbella,House of Corsett and Transcare Skin Treatment ye Suraya.
Business dengan Suraya ni bukan tak fikir risiko,kecil hati la,gaduh la..mestila ada.
Tapi dengan Suraya aku jadi diri sendiri.
Aku tak perlu sorok-sorok perangai buruk aku.Apa yang aku tak betul dia bagitau..kalau aku mengamuk dia accept. Dia mood mcm putting beliung pun aku hadap..ok Suraya bye.
Kitaorg gaduh pun mostly pasal kerja bertelagah pastu kejap lepas tu tak aku dia dah sibuk tanya-tanya tengah buat apa. Yang pastinya,aku tau dia tak boleh senyap seharian dan dia pun tak boleh bagi aku senyap seharian..haha mcm bercinta puihh
Aku yakin,apa je kita buat even business dengan strangers sekalipun..kita perlu hormat pada perjanjian. Jujur dan komunikasi yang baik perlu ada dalam setiap hubungan.
Allah akan terus bagi ujian. Ujian bila kita ada sikit, ada banyak, kat mana kita berada dulu,sekarang dan akan datang kita tak pernah tahu. Semua tu rahsia Allah.
Dan satu kita perlu tahu..

ALLAH AKAN BAGI APA YANG KITA PERLUKAN..BUKAN APA YANG KITA MAHUKAN..
Love,
Anny



6 comments:

norasiahnasir said...

wow..anny kalau u ada blog sendiri i follow..n mayle lupakan chooyaya secret garden dia...hahahahaha

btw, best anny..


p.s :

dear choo yaya,

i lap u more...

Atie said...

Good luck both of u..jaga ukhwah elok2:)
p/s: pandai Anny menulis..love to read..can't wait next week..haha Suraya jgn jeles.

Mommy Cici said...

okay Anny - I follow youuuuu. hehehehe

psst. jangan marah naa kaksu ;D

Mimy Hamid said...

annysuraya rtw bergabung..eh..good luck uols...eh anny ko kena buat blog sendiri ni..

Hani said...

Apeni font tak sama???
Su, edit please ..

Hehe anyway good luck.

Ni korset i mana ni? Mana???

happy2gether said...

Anny...teruskan...never give up...ko wanita kental yg aku kenal...low profile n humble...we always support you. Apa je yg berlaku tu perancangan Allah...Allah Ya Baari...DIA pilih org yg sesuai jd business partner ko bkn yg ko pilih...


Moga berjaya dunia & akhirat Anny...Cayang Anny😙

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...