Friday, August 26, 2016

Selamat Pengantin Baru Dr. Fareena Zahari and Dr. Asyiq Raffali

Assalamualaikum..

Selamat Pengantin Baru untuk Dr. Fareena Zahari and suami, Dr. Asyiq Raffali. Semoga berbahagia sampai ke jannah. InsyaAllah…. Feena ni anak saudara Abang Long I. Anak kepada abang sulong Abang Long. Muka dia masa kecik sama sebijik macam si Kaseh. Kata Sazli, nanti kalau Kaseh dah besar, muka macam Feena la. Sebijik copy! So nanti kalau Kaseh dah besar mesti lawa la macam Kak Feena eh? Tall and slim. Teringat Kaklong cakap, dalam adik beradik Abang Long, Let say la ada 4 orang anak, nanti salah sorang mesti rambut kerinting curl. Yang lain rambut lurus. Si Feena and Kaseh ni la ambik gene rambut curl. Comel! Dah la suara pon lebih kurang sama je kalau yang lelaki. I tengok Izzy (Abang Feena) tu pon iras suara Abang Long jugak. Among cousin pon muka, body size tak jauh beza. Dah nama pon sepupu. Ye dak? Kot tetiba muka macam Shah Rukh Khan yang tu kena check balik. Haha.

Dulu masa kecik-kecik I ada la ikut Abang Long balik kampung dia dekat Endau, Johor. Yang I ingat, bila semua adik-beradik dia balik rumah memang penuh. Belonggok-longgok la tido sebab bilik dah penuh. Bebudak semua dah la bising main. Ada sekali, dorang bakar pokok kelapa ok? Punya la nakal. Kalau masak nasik, sekawah terus sebab ramai. Kaklong memang kontrak duduk dapur je la. Masak cekodok takde der sepinggan, sebesen terus sebab ramai. Angkat dari kuali habes. Makan macam piranha masing-masing. Haha. Sapa yang ada anak, memang anak hilang sebab bizi main. Masa bila jumpa? Time dah nak balik. Kalau tido pulak, mana dan je. Kekadang anak orang tu tido dengan mak orang ni. Bebudak ni bukan peduli pon, aci ada space nak masuk bontot tido je la. Nanti esok pagi baru carik mana anak masing-masing. Hahahaha. But now, bila Mak Abang Long dah meninggal, I dah takde datang sana dah. Tapi I still ada memory rumah Arwah Mak Abang Long dekat Endau macam mana.



Pengantin dengan Family belah perempuan. Dari kiri : Wawan, Dr. Izzy (dukong anak dia Darris), Papa Feena, Asyiq, Feena, Mama Feena, Farah and Fiza wife Izzy. Now tengah pregnant 5 months.



Adik-beradik Abang Long dan family. Kira family group belah Papa Feena la. Tapi ni pon ada yang tak boleh datang.


Yang ni kawan-kawan Feena. Semua doktor. I ambik dalam FB dia.


Pengantin Baru Dr. Fareena Zahari and suami, Dr. Asyiq Raffali.


Gambar snap dari meja kitorang. Lawa baju and pelamin.


Papa Feena, Brigedier Jeneral Dato’ (Dr) Zahari Jusoh and Mama Feena Dato’ Dr Aishah Ahmad Makinuddin.

Last time I ada letak gambar family dalam Blog and FB lepas tu ada readers yang kerja Hospital Ampang tanya, tu Puan Pengarah Hospital Ampang ke? I pon taktau masa tu. Lepas tanya Kaklong, dia cakap ha a betul la tu. I pon dengar Kaklong cakap ‘Kak Chah’ jer . Yang I tau Kak Chah memang doktor tapi taktau dekat mana. Sekali Pengarah Hospital Ampang rupanya.


Shein ni memang susah betul nak bagi kerjasama bila ambik gambar tau? 


Shein and Atok. Tapi Shein kalau panggil bunyi ‘Ato’ je. Dia pepandai buang k dekat belakang. Jadiklaaa asal ada bunyi.


Kak Chah, Kaklong and Mak. Congrats Kak Chah sebab majlis berjalan lancar dari mula sampai akhir. Siap Papa pengantin nyanyi lagi berduet dengan Ana Raffali, permintaan dari Pengantin katanya. Bak kata Bah masa speech, ‘Semua isteri yang uruskan, dia cuma sign and approve budget je’. Haha.


Shein dia pelik sebab masa live pengantin masuk kan dia tayang dekat screen. So kejap dia tengok pengantin, lepas tu tengok screen. Haha. Ni masa Bah bagi speech, Shein muka kusyu’ macamkan paham.


Along and Mimi. Anak Kak Ana, adik perempuan bongsu Abang Long.


Kaklong la ketua posing merapu ni. Macam-macam gaya dia suruh buat. Dia sedar tak dia dah ada cucu yang nak buat perangai macam ni? Haha.


Ni Fiza, wife Izzy abang si Feena. Lawa baju dia. Baju masa dia pakai time nikah Feena pon cantik sangat.


Cantik kan? Baju cantik and mekap pon cantik.


Close up. Baju ni Fiza tempah dari @azmirgafar


Anah buah-buahan. Atin, Ayang and Eddy. Tetiba je jadik anak buah I. E! Haha. Eddy, call me ‘Su’, don’t call me Makcik. I sound too old. Kbye.


Atin, Kaseh, Along and Auliyya


Kaklong, Siti Nurhaliza dengan Jeniper Lopes.


Masa dekat wedding ni, Ana Raffali menyanyi. Sedap suara dia. Ana Raffali ni kakak kepada suami Feena, Asyiq Raffali. Ramai adik beradik Asyiq ni. Tak silap I 12 orang kot? Meriah ni kalau raya. I kalau ada anak 12, memang tarzan je la all the time. 


Amboi


Terjumpa pulak dengan kawan kampung I, Ithnin. I panggil Nin je. Now Nin pon dah dapat Dr (pendidikan), tak lama lagi Professor la pulak Nin ni. Dia lecturer tapi I tak sure dekat mana. 

Last but not least, tahniah kepada Feena and husband. Semoga dapat mengharungi alam rumah tangga and kekal jodoh sampai ke akhir hayat. Nasihat dari otai yang dah 7 tahun kawen ni (cecece), dalam rumah tangga memang kena banyak tolak ansur. Kena banyak bersabar. Terima kebaikan dan kelemahan pasangan seadanya. Merajuk manja gaduh manja tu memang bagus tapi jangan la selalu sebab takot fade-up pulak nanti. Hahaha. Banyak lagi sebenarnya nak cakap tapi what I can conclude here is, ‘Learn to love what we have’. Sebab selagi namanya manusia, kita tak sempurna dan kita takkan dapat 100% apa yang kita nak dari pasangan. Tak a k a n. Jangan terpengaruh dengan drama Akasia TV3 tu. Tu semua tipuuuuuuuuuuu. Mr Perfect la, Kapten Mukriz la apa la. Tipu semua tu. Yang penting kena selalu semarakkan rumahtangga and jangan berada dalam comfort zone forever. Manja-manjakan isteri selalu ok? Make them happy. Eh ni pesanan kat Feena ke kat sapa ni? Hahaha.


-eNd-

Photo credit to Dr Fareena, Kakyang and Fiza

2 comments:

aisha said...

eh eh kecik nya dunia... panggil "nin"? hahahaha.. kitorang panggil dia mad je.. satu batch masa kat UUM.. skarang dia kat UPSI...
mad tipu... gambar kat fb nampak perut kotak.. kat sini terserlah...

Mommy Cici said...

cantiknya pengantin. selamat pengantin baru doc :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...