Friday, September 16, 2016

Dari Jendela Anny - AnneSuraya

Anne Suraya

Bulan September adalah bulan yang paling sibuk sebab bertungkus-lumus kita orang nak menyiapkan projek AnneSuraya Skincare.Dari bulan August lagi sibuknya macam nak buat projek bina jambatan,jumpa orang sana,jumpa orang sini..nak pastikan semuanya berjalan lancar.Taknak caca merba,nak yang kualiti dan nak yang selamat.Nak orang rasa perubahan kat muka,so dalam sebulan ni both aku dan Suraya dalam progress buat bahan ujikaji kat muka sendiri.Alhamdulillah..kita orang sangat-sangat suka dan sangat-sangat yakin dengan AnneSuraya..

Rata-rata masalah pompan (dan laki juga) yang kita orang survey ialah:

  • Muka nampak kusam.Pakaila make up cantik macamana still tak nampak glowing..tetambah yang takde amalkan supplemen Transgluta ke Transbella..lagila kulit susah nak nampak sihat 😁
  • Jerawat dan bekas-bekas jerawat.Bila jerawat teruk merah dan bekas picit-picit tu berparut..alangkah stressnya nak tutup dengan concealer dan foundation.Nak cari skincare atau treatment cream yang boleh rawat kasik licin balik bukannya senang okay.Dah tentu by recommendation je..kita nak bukti,nak testimonial..jadi dah tentulah muka Lin rakan seoffice aku juga yang menjadi bukti cinta AnneSuraya.Lin mengalami masalah kulit yang berjerawat kadang-kadang jerawat datang tak bagi salam dan pergi pun tak bagitahu nak pergi..tahu-tahu dah hilang tapi masih nak tinggalkan kesan dihati Lin..Lin ada penyakit tidak boleh menelan sebarang ubatan jadi bila munculnya AnneSuraya hatinya gumbira tak semena-mena menawarkan diri juga mencuba.Lin kata treatment cream AnneSuraya paling dia rasa berbeza .Lin dah pakai 2minggu dan Lin sangat positif kulit Lin akan berseri setanding Jenniffer Lopez lepas ni.Jangan risau Lin,lebih dari kueh Lopez seri dia nanti..AnneSuraya ialah untuk semua jenis kulit dari yang tak bermasalah hingga yang paling bermasalah..tunggu sikit lagi kita pos semua tester ya..


Kisah cinta Lin bersama AnneSuraya gitu tajuk gambar ni..


  • Untuk yang mempunyai masalah jeragat yang makin besar diameternya..macam dah boleh buat peta malaysia..tompok sana tompok sinun.Adoi kalau tak rawat ni naya boleh jadi peta benua Eropah..
  • Tak smooth.Tak licin. Ha ni masalah juga.Pakai bedak harus capuk-capuk.Dahi gerutu pipi licin.Boleh gitu.

Jadi nak testimonial daripada customer dah tentu nak sediakan yang terbaik.So banyakla masa aku terpaksa jumpa Suraya tetiap minggu.Pening jugakla sampai Suraya nya tinggal-tinggal barang dalam kereta aku dah kejauhan dia call buat-buat gelabah barang tinggal kat kedai makan.Padahal nak suh patah balik hantar barang..Ikutkan tak kuasala aku nak layan tapi takpe this time aku hantar.Next time barang tu akan jatuh kat tangan pihak berkuasa ya.Bye-bye.

Ikhlas sejujurnya aku rasa bersyukur Allah temukan dengan orang yang baik-baik dan ikhlas dalam dunia ni.Suraya banyak bantu aku,a very good supporter..good listener..Takde ego.Bersemangat.Murahhati dan ikhlas.Rajin,cantik menawan bak Siti Nurhalilintar(berani ke kau tak cakap dia cantik)..Kawan aku yang lain pun semua baik-baik belaka.Kawan Suraya macam Ellis Intan Dyba aku jumpa semua pun baik dan sayang aku.(Yang sayang aku tu aku je lah yang cakap)

Suraya orangnya mungkin nampak sombong sebab kita tak kenal.Tak berpeluang nak kenal mana boleh kita cakap dia sombong ye dak..tapi kau jangan bagi dia bercakapla bila dah bual.Habisla kau ngan polis bantuan pun dia nak buat gurau.Gurau punya gurau dengan polis bantuan bawah office dia tu sampai satu hari sebab bergelak ketawa seronok bagai abang polis tu tak sedar ada VVIP dia kena jaga kat situ..disebabkan Suraya punya penangan sampai kena pecat abang polis tu weh..hahhh..korang percaya ke..takyah lah percaya aku gurau je.Aku cuma nak cerita Suraya ni suka gurau.Macam aku jugakla gurau dia..so abang polis kat bawah office dia tu masih kekal kerja kat situ dan kita orang masih acah-acah takut nak park lama-lama bawah tu..Abang polis i lap you..

Okaylah korang layankan jela gambar-gambar sepanjang sesi perjumpaan kami yang tak de penghujung ni. Tunggu launch AnneSuraya Skincare soon..


Gitu gaya tangkap gambar sekarang


AnneSuraya berlatih gaya bergambar untuk photoshoot akan datang.

.
Bunga-bunga cinta AnneSuraya


Ok bye

Love,
AnneSuraya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...