Friday, September 9, 2016

Dari Jendela Anny - Istiqomah

Istiqomah



Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan berita tentang selebriti dan usahawan jutawan yang mengundang kontroversi dengan tindakan yang tidak lagi bertudung dan seorang lagi kembali kepada jelmaan awal..saja ku terpanggil untuk berkongsi pendapat.
Istiqomah membawa kata yang mudah dan sedap didengari..tetapi amat payah untuk dilaksanakan.Bila kita berbicara tentang istiqomah,ia dikaitkan dengan hidayah.Tak mungkin seseorang boleh istiqomah tanpa diberi hidayah oleh Allah…

Click read more to continue reading


Aku bagi contoh akulah senang..sebab aku ni banyak sangat kekurangan.Ilmu agama kurang.Masih lagi kadang terkapai-kapai mencari pengertian bacaan dalam solat.Masih kurang kusyuk..masih tak kemas hafazan surah.Doa-doa solat sunat semua berpandukan bacaan internet…korang tau tak struggle sebenarnya nak mencari hidayah tu.Tambah-tambah kita ni dulu sejak azali memang tak pakai tudung.Takde plak tu rasa nak join kelas agama ke.Kalau ada pun ceramah kat TV1.Khamis malam Jumaat (kannn...)

Aku ni kalau ikutkan sukalah sangat tengok rambut aku dulu.Rasa konon tak pakai tudung tu cantiknya hari-hari blow dan buat curl curl..attractivenya rasa wekk..wooha tapi seriously..kita sorang je tahu amalan kita macamana.Rasa setiap kali solat masa kerja kat luar,dengan pakai skirt bagai tetiba nak masuk surau mata-mata memandang..ahh pedulikkan..kalau aku fikir orang sampai bila aku tak solat.Masa tu dalam proses training untuk penuhkan solat 5 waktu..pastu ada kesempatan cuba pula buat solat sunat lain,dhuha ke..tahajjud ke..korang rasa salah tak orang macam aku masa tu nak buat semua benda ni..tau tak struggle gila kita nak ubah dari satu zaman jahil ke satu zaman “baik” yang kita bukan belajar basic isi pengertian bacaan solat pun lagi..alquran yang kita dok baca dah siap terjemahan pun tak tentu kita faham..Inilah yang aku nak tekankan..

Perubahan diri seseorang memerlukan kesabaran yang amat tinggi.Kita sedang melalui fasa membetulkan diri.Kita nak belajar satu-satu benda perlu berguru.Baca alquran yang tak betul tajwid,belajar cara solat dengan lebih kusyuk,mendengar ceramah..semua ni adalah proses untuk membentuk akhlak yang lebih baik..benar kadang-kadang manusia tewas.Sebab kita semua tak sempurna.Mungkin dia tewas sekarang,tetapi akan datang tak mustahil boleh menjadi muhajiddin hebat dan berjihad di jalan Allah..Perubahan kita membentuk diri kadang tak perlu dikongsi umum.Sebab kelak ia menjerat diri..kita nampaknya lebih kepada apa orang kata.Daripada kita takut apa Allah kata..

Aku masih cetek ilmu agama.Terlampau banyak.Iman naik iman turun itu biasa.

Pakaian aku masih tak betul.High heel memang kemestian,rasa tak konfiden takde kasut tinggi.
Akhlak aku masih berlubang.Kadang panas juga kalau dijentik,tapi inshaa allah cepat cool down.

Amalan aku paras buku lali..seriously..banyak gilerr yang tak tau kot..

Tapi itu tidak bererti kita perlu tewas dengan aliran zaman yang makin mencabar ini.Sejauh mana kehidupan,apa yang patut kita tinggalkan,pasti kita tinggalkan.Apa yang perlu diperbetulkan,pasti kita betulkan..sebab kita tahu,yang nak mengadap kat sana semua akan ditanya.Especially solat kita..

Perubahan yang sedikit tetapi berterusan itu lebih baik dengan focus pada kekuatan iman dalam diri kita,daripada perubahan mendadak yang akhirnya terhenti di tengah jalan.. Kita doakan semuanya akan kembali seperti biasa.Kita doakan kita juga akan berubah dari hari kehari.Kerana aku tahu..hijrah memerlukan pengorbanan dan kesabaran yang amat-amat tinggi.
Jangan jatuhkan hukuman,sebab kita bukannya tuhan..

Love,
AnneSuraya
Transbella Transgluta



1 comment:

Eray Majid said...

Tulah terperasan hari tu ada yang tulis, bila dia kembali jadi pondan, ramai pula orang jadi tuhan. huhuhu, we are human..tak lari dari salah. moga kita semua mati khusnul khatimah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...