Friday, September 2, 2016

dari jendela anny - kawan

Kawan


Aku ada banyak kawan.Yang consider rapat,boleh ajak kopi-kopi bila free.

Kawan kolej,uni.
Kawan kat sekolah.3 group.
Kawan masa keja kat coffee bean.
Kawan masa keja bank.
Kawan futsal.
Kawan keja construction.
Kawan dok serumah kat Mahligai.
Now tambah sorang lagi kawan mengawan..Surayawan..
Aku dan Siti Nurhaliza




Kau tau tak kawan...
Tak semua kawan tu faham kau macamana. Kau tak boleh expect kawan kau sayang kau tolong kau macamana yang kau bagi. Kau tak boleh expect diaorg sayang kau sampai mati. Sebab akhirnya yang masuk kubur kau sorang,amalan kau,sedekah jariah kau dan doa anak-anak yang soleh..ada ke list kawan kat sini?Tak ada,tapi sedekah jariah yang ada ni kemungkinan kau banyak memberi pertolongan..tak kirala pada kawan ke,keluarga ke,anak yatim walma orang yang kau tak kenal pun..kau tolong..tu inshaa allah ada bahagiannya..


Ada sesetengah kawan lantang bersuara.Itu sifat dia.Jenis mulut longkang tapi jenis tak simpan dalam hati.Pastu buat drama,minta maaf sebab hati kau terluka start buat tajuk lagu,menang la anugerah juara lagu tv3 yang tetiap tahun kita hadap.Ada jenis kawan tak boleh terima,sentap..walau benar tapi pahit ku luahkan sudahnya bertahunla tak bertegur sapa..kononnya kata maaf buatmu dan kau tidak ada lagi dalam diari hidupku pun menang anugerah juara lagu tv3 mengatasi lagu yang memula tadi..sudahnya tetiap tahunla keluar lagu baru..


Kau tau kawan..

Kita tak tau pun kita pergi bila. Kita pun nak fokus sangat soal kehidupan tanpa ikhsan kat orang sekeliling pun susah juga.Kau sibuk apa keadaan sekalipun,jemah call ajak jumpa..jom aje.Leha whatsapp beri kata semangat nista..kita hargai..Banyak mana sangat kawan ke keluarga kau hari-hari mintak tolong pun yang kau nak tekankan sangat soal Terma syarat dan kondisi kau.Ha kang mulala kengkawan yang tukang cucuk dok tag tag kengkawan memasing..kasik bakar kasik panas..orang tu dah memang panas.Yang tengah cool pun boleh panas..dahnya kawan yang elok tu bukan ke tugasnya mendamaikan.Eh boleh aje yang tak kenal tak tau hujung pangkal pun sibuk menyucuk..ni takde kena mengena ni ya..saje orang kata kasik bakar..yang panas akan response.Yang ignore tu soalnya dalam hati.Hati dan fikiran negatif memang selalu fikir bukan-bukan..kau tulis makan eskrem wah sedapnya pun orang ingat perli dahnya semua yang dibuat nak dikaitkan dengan dirinya.Kau kena ingat kawan..tak baik otak dok fikir gitu..Let it go..let it go..bak kata elsa..kang elsa nyanyi kau marah pula..



Kawan..
Kalau aku ada menyinggung hati kau..
Kalau bual bicara aku melangkaui batas susila rukun negara Najibin,maafkanlah aku.. Yang lepas biarkanlah lepas.. Kau katalah apa sahaja aku pura-pura baik kah..berlagak baik kah..dan perangai budak-budak sekalipun aku accept.Perangai aku memang buruk itu aku pun tau..Aku cakap benda yang betul,tidak boleh juga menidakkan..aku tak kata semua kata aku betul,kalau tak boleh accept tak apa.Itu sebab lah ada drama akasia petang-petang.Selalu babak gaduh kemudian kan ada babak pujuk.Cairkan ego kau seperti Kapten Mukhriz.Lembutkan lidahmu menyebut maaf..damaikan hati dengan suasana baru.Walaupun aku tak tau drama Kapten Mukhriz tu berkisar apa,aku suka gak nengok dia.Tapi cek abei aku lagi general muka dia.Kau duduk diam-diam kapten.Kau tak best..



Kawan-kawan..
Aku pohon maaf sekali lagi atas keterlanjuran kata.
Aku manusia biasa,tak punya apa-apa nak dibanggakan..
Aku tengah sibuk mengusahakan Skincare baru yang mampu menyinarkan dengan kilauan emas di muka..
Aku dan Suraya lah pengasasnya.Gitu.
Siapa nak try bolehlah pm Suraya.
Nak kasik free je nak testimonial.
Kalau dia kata dia Siti Nurhaliza tu kau layankan ajela,berbunga hati dia dek sukanya kau panggil dia Siti tu..aku je tau..
Kita keluar packaging baru dengan nama baru..Dari muka tak bermasalah dan muka penuh masalah semua boleh pakai.Selain daripada itu,air wudhuk juga mendatangkan seri kat muka kita..gitu
Salam Jumaat ye korang

Assalamualaikum..
AnneSuraya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...