Friday, September 30, 2016

Dari Jendela Anny - Kerja Part Time II

Assalamualaikum...


'Anny, jangan lupa esok Dari Jendela Anny'. Lepas tu Anny cakap, 'Ko ni Suraya, time bizi macam ni la ko nak ingatkan aku'. HAHAHAHHA. Padan muka stressed. Sebenarnya semalam petang dari last week on Rabu memang kitorang bizi bizi bizi sampai rasa tak cukup masa. Lepas tu Anny cakap, 'Suraya, baru boleh bernafas kan? Dari last week kita macam tak cukup masa'. Memang pon! Kalau call pon,'Suraya kau jangan cakap apapa, ko dengar je. Okbye'. Takyah respon pon. Dengar lepas tu cancel call. Janji maklumat sampai. Hahahaha. Ada masa bila ada 2 minutes kitorang call sampai berebut-rebut nak bercakap. Last-last dedua cakap dah tu sapa yang nak dengar? Setan? Hahahaha. Tapi dalam pada bizi, pagi ni pukul 7.30am dah dapat email dia. Awal giler ko siap karangan Anny? Nampak sangat stressed kalau berhutang dengan aku. Kah kah kah. Dah jom baca kisah Anny dengan Anuar Jeng dia ni. Boooosan dah aku dengar kisah percintaan dia dengan Anuar Jeng dia ni. Semoga berjodohan ANNESURAYA dengan Anuar Jeng ye one day ye Anny? Sapa tau kan? Amin........

Kerja Part Time Part II

Okay korang sorry otak aku tak berhubung last week so cerita ada tergantung sikit ya..jom kita sambung balik cerita Kerja Part Time Part II

Selain daripada manusia kebanyakan yang datang minum kopi dan teh di Coffee Bean ni ,ada juga artis dan celebrity yang pun suka minum kopi..antaranya ialah Anuar Zeng,Ziana Zeng,Pak Zeng dan Mak Zeng..satu family datang.Masa tu Abang Nuar yang datang kaunter dan order..ceh tetiba bertukar jadi abang.Aku ni jenis takleh tengok artis weh..macam saiko excited terlebih.Aku ingat lagi masa tu pernah la ternampak Abang Nuar ni dekat The Curve..masa aku berjalan dan ternampak tu Abang Nuar tengah minum2 ngan kengkawan dia,sekali dia pun menoleh ke arah ku dan memberi senyuman indah..Aku kaget terasa seperti dalam muzik video dah dan bibir aku terus senget benget agaknya tekejot dan aku terus menelepon kawan aku yang kenal rapat ngan Nuar masa tu..

"Weh Barai ko tolong call Anuar Zeng skang,cakapla kawan ko kim salam..dia baru je lepas senyum kat aku tadi ni!!Dia mesti ingat lagi muka aku!!Cepatt!!Call dia now Barai!!"

Dan permintaan aku ditolak..Barai cakap ko ni Anny tak payah la ko bajet dia ingat ko punya senyuman tu,berjuta orang dia cuba senyum hari-hari haha aku pun ketawa merasa hampa..hoi saiko aku ni padehal bukannya suka sangatt pun kat abang nuar tuuu ecehh

Sebab saiko sangat satu masa tu terserempakla ngan Abang Nuar kat shopping mall dapatla bergambar kahkahkah.



Celebritos lain yang aku ingat ialah Francisca Peter,Ramona Rahman(siap mintak sign kat atas tissue paper),Edry Kru(tetiba suh kim salam kat Kak Erra dah apa kaitannya),Amy Search(aku siap cakap bang,bang,saya minat gila kat abang haha bongok betol aku ni,perangai automatik bertukar) dan paling tak lupa terjumpa Angelina Juling..

Ramaila perangai pelik dan jelik yang kitaorang jumpa bila kerja kat Coffee Bean ni.Ada sekali tu kisahnya sorang pompan datang minum kat kedai,lawo la mcm model camporan jawa..rambut kerintingg gila panjang sampai melepasi pinggang.Cara jalan masuk kedai lenggok pun ala model catwalk utara selatan.Sekali tu dia bangun nak pergi ambik gula kat condiment counter dengan gaya jalan terhuyung hayang dan rambut mengibas-ngibas sekalinya tuuuuu diaaa...toingg tersangkut rambut dia kat jam salah sorang customer yang duduk minum kat2 situ..haha ok ni lawak adoiii dia pun teradoiii nak betulkan rambut dia dari ikatan masa..lain kali jalan tu jangan mengibas sangat Kak Long.Kan dah tersangkut..

Ada pulak cerita sorang laki cina ni bisu,tapi tak pekak.Kadang datang,kadang tak datang.Hidup macam sebatang kara je..kalau datang tu dalam kul 10 malam macam tu nak mintak susu ke air kosong ke..Kadang kesian bagi jelah..yelah seteguk dua je pun dalam cup kecik tu.Dia suka nak ajak aku bersembang tapi kau tahula kan,orang bisu ni macamana gaya becakap je pun yang kita paham.Aku suka la layan dia,buat-buat pahamla apa dia nak cakap.Bersungguh dia nak bagi aku paham apa yang dia cuba sampaikan dengan acah-acah menulis atas angin suh aku eja apa dia nak cerita.Pun aku tak paham abc apa dia guna..Yang peliknya,dia boleh sampai kat semua cawangan Coffee Bean kat KL Selangor ni weh.Kadang aku nampak dia kat Midvalley,Pj,KL area..yang aku ni pun merata hala peginya dah apa yang pelik?Sama je laaa..sukati diala nak pegi manaaa kau dah kenapaaa

Saja iklan pasal Anne Suraya Skincare ni,masa ni kita orang try dah 2minggu,hasilnya make up pun rasa sekata je..ni takde filter so okaylah alhamdulillah!!Tak yah carik skincare lain dah guna senirik punya sudeiii..


Ini Suraya cakap. 'Ko ni kalau pilih gambar semua buruk, melambak lagi muka kita macam Angelina Jolie, yang ni ko pilih? OMG'

Ok sambung..

Bagi aku, layan customer ni kena layan macam raja.Selagi dia hormat kau,selagi dia faham dan boleh tolerate situasi kritikal atau masalah kita masa tu..kau layanlan baik-baik customer kau dengan mesra.Selama aku bekerja bahagian yang memerlukan kita one-to-one dengan customer ni,kadang orang bukan nak sangat beli produk yang kau jual.Keja kedai kopi ke,keja project construction ke..Orang beli banyaknya sebab diri kau..ikhlas,mesra dan sabar.Takde perasaan belagak aku bagus ke apa..Aku ingat lagi la punyala ramai regular customer kat CBTL Subang Parade ni.Antaranya yang datang memang customer yang tinggal berdekatan,tapi pendekatan kita terhadap customer pun membuatkan diaorang seronok dan selesa lepak sebab cara kita greet dan kenal diaorang.Apa orang panggil tu personal touch giteww membuatkan diaorang selalu datang kat tempat yang sama.Customer happy sebab kita layan diaorang mcm VVIP..tak kisah apa pangkat dan background pun semua kita layan sama.Sampai ada satu group family Cina dari Klang ni every week datang semata-mata minum kat situ kadang selang sehari sebab kita kenal dan buat diaorang selesa..tiap kali diaorang balik travel mana-mana selalu la aku dapat souvenier ke angpau ke..yang penting diaorang pun happy..syokkan bagi orang lain happy..

Anyway setiap orang punya kisah dan ini sebahagian pengalaman aku terdahulu yang cukup berharga bagi aku.Pengalaman macam ni kita tak boleh rujuk kat mana-mana buku sejarah tapi ia cukup mematangkan dan membentuk siapa diri kita..

Ya betul..matangnya manusia bukan dinilai dari umur tetapi dari pengalamannya..

Pengalaman anda bagaimana pula ya..?


Love,
Anne Suraya

-eNd-

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...