Friday, September 23, 2016

DARI JENDELA ANNY - KERJA PART TIME

Assalamualaikum

Tumpang la membebel sekejap dalam entry Anny ni boleh? Boleh ke tak Anny????? Boleh tak boleh la kan? Blog aku, aku punya suka ler....!! Hahahaha. 

Fuiyoooo sangat berdedikasi Anny untuk segmen 'Dari Jendela Anny' ni. Nampak sangat dia ni jenis komited and organize orangnya dan boleh kerja under pressure. I ni dah rasa macam tak cukup masa nak buat semua menda. Isteri/Ibu, office, blogger, business sampai rasa kekadang cakap tu nak nada marah je. Now pulak Sazli admitted dekat ward and kena handle Shein alone. Tak cukup masa sangat dah ni, like seriously. Dengan ANNESURAYA yang akan launch soon. Huwaaaaaa. I lebih excited dengan ANNESURAYA ni sebab formula kitorang memang best giler. Bukan sekadar cong ceng macam sesetengah orang kompang cakap dia punya best padahal pakai product lain. Haaaa. Dia punya cakap nak launch soon macam takde apapa je, padahal ni kalau I interpret dari segi perbuatan kekdahnya dia punya kelam kabut tak cukup masa tu diibaratkan kalau berak, lepas cebok sambil jalan la pakai sependa sebab nak cepat. Takde dah nak berangan dalam jamban sebab sekarang ni, nak berangan pon tak sempat. Huwaaaaaa. Ko ni manusia ke Alien Anny? Why so cool? OMG!! Dah, jom tengok apa Anny nak kongsi harini.


 AnneSuraya baru habis kerja
P/s: Anny, aku tukar gambar lain sebab gambar ni muka aku senonoh sikit. Haha.

Mesti ramai yang pernah buat kerja part time masa zaman belajar dulu kan.Aku adalah diantaranya yang harus bekerja sepanjang pengajian.Habis kelas terus pi kerja.Habis kerja terus pergi kelas..balik umah berdengkorlah apa lagi..


Banyak kenangan kerja part time zaman belajar ni.Walaupun duit yang dapat tu tak seberapa dan cukupla untuk survive nyawa-nyawa ikan sampai hujung bulan tapi happy jerrr aku rasa.Berbanding sekarang kalau nyawa-nyawa ikan tu rasa macam nak jadi ikan kembong terus je..



Paling tak bleh lupa kerja part time kat coffee bean.Macam-macam orang kau jumpa.Dari orang biasa-biasa tapi sebenarnya luar biasa.Ada sorang laki ni humble cool je,selalu datang sengsorang time lepas kerja.Kalau malam sikit bawak la wife ngan anak-anak..sorang anak pompuan dia masa tu kecik lagi,selalula datang coffee bean.Si kecik ni akan terus masuk dalam gourmet ya takpun pegi tempat bancuh kopi mintak cekelat..sekarang dah besar,cantik..ayah dia rupanya chairman syarikat perkapalan kat Klang.Tan Sri ya..tu pun terbaca kat newspaper masa tu..oh Tan Sri senyum sokmo dan cool je orangnya.



Ada jugak yang macam mental.Datang sorang minum hari-hari lepas waktu keje.Selalu lepak sampai kedai tutup.Ntah apa yang dia buat aku tak tau.Main tulis-tulis note,gila kecik note dia.Kitaorg panggil mamat ni Mr Bean.Sebab dia suka buat-buat cakap sengsorang,gelak-gelak sengsorang macam Mr Bean..kadang buat-buat tanya kitaorg something,buat-buat jawab call..ada sekali tu ada la sorang pompan hot cung habes masuk kedai..dia pun buat-buat la cakap telefon hellooo??haa..okay okay..sekali manager aku yang lawak gile time tu terus call dia ntah macamana ada nombor.Tretttttt kat telinga dia tekejut terus gagal misi mengusha awek sebab telinga bedesing hahaha padan kau hello sangatt.Tapi mamat ni keja hebat korang tau,computer engineer kat cyberjaya tak silap sebab ada regular customer lain yang kenal dia pun dok perasan dia selalu kat situ.Yang customer lagi satu ni tau tak,dia pun selalu datang coffee bean ni?Yang kena perasan orang datang coffee bean ni adalah aku.Bukan dia.



Ada lagi regular customer lain,indian guy.Dinner kat coffee bean hampir setiap hari.Kalau sambil tunggu order dia sukala sembang-sembang tunjuk handphone kat kitaorg gambar awek dia.Punyala cun nak mampos awek dia ni.Mamat india ni bukan orang Malaysia.Orang India dari India tapi dok Malaysia ada business kat sini.Sebab selalu sangat kitaorg dah dihidang dengan gambar awek dia yang persis Kajol tu one day kitaorg find out gambar tu sebenarnya memang artis bollywood.Kong jaq gile kena tipu..Kau ingat kau Shah Rukh Khan ke weii deiiiiii cittpoda



Kat coffee bean jugakla aku kenal sorang laki cina ni.Boss aku masa tu yang introduce aku ke dunia construction ni.Memula dia selalu la tanya tarikh lahir aku,masa aku lahir..gila boss aku ni.Nak amik orang kerja kena tengok feng shui ye.Pastu lepas dia dah tau terusla approach aku kerja kat office dia bahagian sales and project.Masa tu aku baru habis belajar,takpe la aku cuba la..dah pastu terjebak sampai 5-6tahun jugakla..Anyway,boss cina aku ni banyakla develope diri aku dan aku banyak belajar cara kerja dari culture dia..Thank you boss!



Banyak lagi cerita ni ikutkan.Itu jelah untuk hari ni.Penat ah otak.



Ok bye.



Love,

AnneSuraya

-eNd-

3 comments:

Fiza Abdul Rahman said...

Salam anny,

Macam tak abis cerita... macam tergantung pun ada.. kena buat part 2 ni... hehehe

Marziah Zakaria said...

adakah company ittew flowcrete?

Miss Moon said...

Anny apa ni cerita tergantung ....org baru syok syok baca...skali kata letih n k bai ....hishhhhhhhhhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...