Monday, October 31, 2016

Dari Jendela Anny - Birthday Celebration


Assalamualaikum..

Kemain eh Anny sekarang, entry dia nak masuk hari Isnin je. Orang dah pesan 800 kali. Dari Jendela Anny ni keluar hari Jumaat, lepas tu bagi I draf pukul 6.30pm hari Jumaat jugak. Nenek Sedara Ketua Kampung dia la nak tolong masukkan dalam blog I ni agaknya? Haha. I remind Anny setiap masa, stress je Anny. Padahal masa ni buat entry ni dia dekat The Curve, sanggup bukak Laptop taknak dengar I bebel punya pasal. Hahaha. Ni dah hari Isnin kan? Ha, lekas draf terus entry untuk Jumaat ni. Aku kasik in advance 4 hari dah ni. Jangan nak conquer hari Isnin pulak. Paham? - Siti Nurhaliza

Birthday Celebration


Happy Birthday anak Ummi

Last week birthday Muhammad aku yang sulung.Saja aku panggil namanya Muhammad sebab aku memang berangan kalau ada anak laki aku nak panggil namanya Muhammad.Tup tup keluar lagi satu Muhammad.Dah kena panggil kedua-duanya Muhammad.Acaner..

Few weeks sebelum tu dah cakap kat Boss Besar nak buat small party untuk Aaron.Mak abah tak dapat join,adik aku je dapat join lagipun bolehla dia bawak anak perempuan dia si Alanna Nur tu.Hoi geram aku kat Alanna ni.Dia pandai jerit kalau aku No No kat dia.Kalau kata ada anak perempuan ni senang sikit jaga sebab lemah lembut,tapi tidak aku lihat pada Alanna.Dia sejenis budak perempuan kecil yang gagah.


 Alanna terselit

Minggu ni aku join small birthday celebration untuk Intan dalam beberapa hari lepas.Intan ni pemalu jugak orangnya tapi happyla dia orang wish dan nyanyi-nyanyi lagu birthday untuk dia.Pastu paling suka pakai crown macam princess tu.Zaman aku takde okay crown crown ni.Ee rasa dah tua sangat.Intan ni mesej aku pun boleh cakap style whatsapp aku pun macam mak dia.Takde noktah,semua ayat bersambung bagaikan aku je paham.Dahnya,memang aku je paham nak buat macamana haha.Ok Intan pun dah cakap sayang aku.Ellis pun dah cakap sayang aku.Tinggal Dyba je belum cakap sayang aku lagi..minggu depan la tu.


Nah gambar celebrate Birthday Intan


Comel gak Intan ni.


Minggu lepas ada shoot,habis je shoot meeting jap kat madam kwan Klcc.Punyala lapar.Tu Madam Kwang yang kat tengah kitaorg.Ye ke?

Suraya ni dah stok paksa aku keluarkan entry jendela berjela-jela dah skang.Ni dah paksaan ya.Selalu dia sweet reminder lagi.Now takde dah.Siap brief impak kalau aku suka-suka tak ikut schedule dia.Ye larrrrrr...aku ikut balik next week.

Dah bila ayat aku dalam entry dah caca merba bunyik dia,boleh plak dia dan gang-gang dia yang mengedit entry aku untuk blog-blog lain turut mengutuk ayat aku takde noktah bagailah macam kan hidup zaman 60 an dah macamkan ong tua gaya penulisan...Dahnya malas aku nak fikir banyak sangat mengarang ayat bagai noktah koma bertindih dan bertindan kat mana.Lantak ah.

Korang-letak-seniri-la-kalau-nak-noktah-ke-koma-ke-nak-paham-celah-bedah-ke-apa-ke-boleh-tak? Bye.

Love,
Anny

-eNd-

1 comment:

Dyba Dbuh said...

i sayang sis anny..suka bc blog sis..hahaha..nanti boleh jadi blogger hebat mcm chooyaya jugak..sis please baca komen ni ...haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...