Monday, October 24, 2016

Dari Jendela Anny : Gambar Lama Yang Seram

Assalamualaikum..

Maafkan Anny sebab dia lambat update pasal Dari Jendela Anny. Dia bizi buat article untuk masukkan dalam Viral Page FB. Yang korang baca ni is raw dari Anny, tu pon I ada la edit sikit-sikit. Korang baca je la apa dia dah share ni tapi untuk Viral FB nanti, I akan edit sikit kasik seronok nak baca. Orang kita ni kalau article berilmiah tak berapa gemar nak baca sampai habes. Asal nampak macam pendidikan je, scroll sampai habes masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Termasuk lah aku. Wakakaka. Ko cuba kasik gossip pasal Fatah Amin dengan Neelofa lajuuuu je nak baca kan? Ok dah. Meanwhile baca je apa Anny bebelkan ni ok? (This one is edited already)

GAMBAR LAMA YANG SERAM

Berkongsi minat dalam permainan Futsal semenjak 10 tahun dahulu yang rata-rata dipelopori oleh kaum lelaki ini tidak pernah membantutkan minat 2 sahabat baik ini bagi melibatkan diri mereka dalam bidang kecantikan walaupon sudah berkahwin dan masing-masing sudah bergelar Ibu. Bertitik tolak daripada menyahut cabaran rakan-rakan yang sering menggelar mereka ‘Perempuan ganas yang tidak akan berkahwin’ serta ‘Perempuan yang aktif dengan futsal ganas dan tidak cantik’ maka pemilik blog ChooyayaSecret Garden ini iaitu Suraya Sulatin dan sahabat beliau Anny Ariffin yang juga merupakan rakan kongsi perniagaan ini telah menyahut cabaran bagi membuktikan bahawa pemain Futsal juga mampu untuk kelihatan cantik (dengan usaha semestinya) dan telah bersama-sama mengusahakan produk kosmetik dan kesihatan semenjak 2 tahun yang lepas.

Walaupon sibuk dengan perniagaan, mereka sering kali mencuri masa untuk bermain Futsal sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu kerana mereka tahu bersenam dan bersukan dapat memberi kesan yang baik bukan sahaja pada kesihatan malahan terhadap kulit kerana ia membantu meningkatkan aliran darah sekaligus menjadikan kulit sihat dan kelihatan segar. Mengusahakan produk kosmetik AnneSuraya Skincare sudah tentu memerlukan banyak masa mereka untuk mengemaskini Blog, Facebook Page dan juga Instagram di samping tugasan lain di bahagian Operasi di Syarikat milik mereka, ANS Beauty Sdn Bhd. Selain daripada aktiviti-aktiviti lain yang agak padat, Suraya dan Anny masih kelihatan tenang bila beraksi di gelanggang Futsal kerana minat yang mendalam semenjak 10 tahun yang lepas tidak membataskan prestasi mereka walaupon sudah bergelar Ibu dan Usahawan.


Satu yang kelihatan sangat ketara semenjak membabitkan diri dalam dunia kecantikan beberapa tahun kebelakangan ini ialah perubahan ketara pada kulit wajah serta penampilan mereka yang ternyata tampak kulit semakin cerah, penampilan yang bergaya serta muda dan  juga sihat. Berbanding dengan waktu dahulu kalau tengok rupa mereka sangatlah sedih. Kalau sekali tenung boleh kena strok bila melihat rupa mereka. Memang tak percaya mereka berdua boleh berubah dari Ugly Duckling kepada Beautiful Swan! Benarlah kata orang, dahulu kulit kusam dan tak bermaya mungkin disebabkan faktor kewangan yang tidak mencukupi untuk memanjakan diri dengan merawat kulit wajah atau mengamalkan suplemen kesihatan yang konsisten. Sebab tu lah kalau kita tengok, artis pon sebelum melibatkan diri dalam dunia glamor ramai yang sendu dan berkerak sangat. Sekarang bila dah ada duit banyak nah kau, kalah Ms Universe masing-masing. Itu memang tidak dapat dinafikan kerana terbukti dengan rawatan yang betul dan berterusan dapat membantu kita mengekalkan kesihatan dan kecantikan dalaman dan juga luaran. Lihat sahajalah contoh gambar terdahulu 2 sahabat ini beberapa tahun lepas. Menangis Ok? 



GAMBAR DULU² YANG SCARY. ANNY DAN SURAYA SATU KETIKA DAHULU 



SURAYA MASIH JELITA KERANA GAMBAR TERBURUK BELIAU TIDAK DAPAT DIKESAN UNTUK DIPAPARKAN. TIDAK ADIL UNTUK ANNY TAPI TIDAK MENGAPA KERANA TENGOKLAH SEKARANG, ANNY PUNYALAH CANTIK!


Anny Ariffin Sekarang

Suraya Sulatin Sekarang

Sebenarnya kita dah terlampau banyak disajikan dengan lambakan produk-produk kecantikan di pasaran baik produk tempatan mahupun dari luar negara. Dan kita selalu membaca dan terdengar kekalutan pengguna setelah memakai produk-produk tertentu menyebabkan kulit mereka menggelupas, berjerawat dan ada yang seolah-olah terbakar akibat produk tersebut tidak sesuai dengan kulit serta mengandungi bahan terlarang yang tidak diluluskan oleh KKM. Disini ada beberapa panduan untuk mengenalpasti produk tersebut samada sesuai atau tidak dengan kulit anda. Fahami kulit kita sendiri barulah kita tahu apa yang sesuai dengan kita. Bukan salah produk semata-mata.  Korang boleh check dulu kulit korang yang mana dan bagaimana cara membelai dan merawat kulit wajah.. 


Jom baca beberapa tips dari Suraya dan Anny untuk mengenalpasti jenis kulit anda. Setiap dari kita dilahirkan berbeza dengan pelbagai jenis kulit. Yang penting, understand your skin, then only lepas tu anda tahu anda punya kulit muka jatuh kategori mana dan mudahlah bagi anda mengenalpasti bagaimana cara regim rawatan harian kulit anda dengan menggunakan product kecantikan yang ada pilih. Ni saja nak bagitau. AnneSuraya Skincare memang ‘tapau’ untuk semua jenis kulit. Semuaaaaaa boleh pakai termasuklah yang paling sensitive. 
  • Kulit normal - Kulit jenis ini jarang bermasalah untuk mencuba apa juga jenis produk skincare. Kulit normal bermakna tahan lasak, lembab dan tidak kering. Kalau pakai sabun Fab sekalipun muka akan kelihatan seolah-olah mengeluarkan warna pelangi yang tahan lama. Selalunya jenis muka macam ni agak tebal, tak tahu malu dan kalau berhutang memang orang yang memberi hutang pulak yang segan nak mintak hutang dengan dia. Kah kah kah. Dia akan update makan sedap-sedap dan menikmati percutian 7 hari 7 malam tak siang-siang di Istanbul, Kau tunggu aku datang tapi hutang orang dia tak bayar, kisah pulak dia kan?
  • Kulit berminyak - Kulit muka berminyak akan kelihatan berkilat-kilat dan sering mempunyai masalah jerawat. Selalunya jenis kulit berminyak memerlukan penyegar (toner) selepas membersihkan wajah dan sebelum mengenakan sebarang krim malam atau siang untuk menyegarkan kulit dan kulit akan jadi lebih bersih. Jika produk yang berkesan merawat jerawat dan jeragat sekalipun, kulit jenis ini perlu selalu dibersihkan. Kurangkan pengambilan makanan berminyak. Kulit jenis berminyak selalu dikaitkan dengan statement dapat menggoreng ikan kerana kulit yang terlampau berminyak. Tanpa perlu merespon pada mereka, kita cuba kumpul minyak tersebut dan gorengkan ikan tersebut. Bagi saja pada yang membuat jenaka minyak itu untuk makan ikan tersebut tanpa diberitahu perencahnya. Baru kau tahu??
  • Kulit muka kering - Tekstur kulit kering akan dilihat seperti berkerak dan bersisik apabila terlampau kering. Ia akan membuatkan kulit cepat berkedut dan nampak tua. Kulit jenis kering dapat dirawati cukup dengan penggunaan set skincare yang dapat mencuci wajah 2x sehari, menyegarkan kulit dengan toner dan meletakkan krim malam untuk melembabkan dan merawat kulit ketika tidur. Kalau terlepas pakai krim malam sekali sekala tidak mengapa.Tapi kalau terlepas pakai krim malam sampai setahun dan cuba pakai semula pada tahun hadapannya jangan terkejut jika terlihat kulit buaya apabila mencuci muka anda sesekali diwaktu pagi. Ni namanya bukan salah Ibu Mengandung tapi salah Bapa Menyorong. Paham?
  • Kulit sensitive -  Bila menggunakan sebarang produk, kulit jenis sensitif akan terlihat seperti biji-biji halus jerawat atau kemerahan menunjukkan kulit tak sesuai dengan produk tersebut. Dalam masa 3-4 hari penggunaan anda dah boleh tahu produk tersebut sesuai atau tak. Ada yang sensitif pada krim siang, tapi pencucinya sangat sesuai dan dapat terlihat muka semakin glowing. Ada yang sebaliknya. Tapi kalau hati sensitif asyik nak sentap macamkan kita tulis semua pon pasal dia (termasuklah entry ni) gunalah set apa pun, hati tu bernanahlah sentiasa merintih-rintih tak boleh buat kerja maka muka pun makin tua asyik beremosi tiada emoticon gembira dan kenyit mata. Jomla jumpa kitaorang ni ha, kita ceriakan hidupmu dik.. Sedeh akak tengok kau asyik makan hati. Serious ni.
  • Kulit kombinasi - Kulit jenis ini selalunya mempunyai warna kulit yang tak sekata. Kat dahi kadang ada yang kering, kat pipi pulak minyak. Kan selalu orang cakap T-Zone berminyak tapi dahi kerak? Jadi, gunalah produk skincare yang dapat membersihkan seluruh wajah dengan bersih. Gunakan penyegar, krim malam dan krim siang untuk meratakan keseluruhan wajah. Cuci-cuci juga. Sambil cuci muka apakata ambil air wuduk sekali dan solat pulak. Kerna solat mencegah kita dari perbuatan keji dan mungkar. Jangan pulak nanti kalau orang tanya macam mana boleh cantik, Kau jawab ‘Dengan Wudhu’ sahaja. Sama macam Anita Sarawak jawab. Tu pon dah dosa sebab tipu. Share la dengan kawan-kawan cakap, ‘Saya guna AnneSuraya Skincare sebab tu la now kulit makin cantik’. Paham?

Akhir sekali tips untuk kekal cantik dan sihat dari luaran dan dalaman ialah jangan tunggu lama-lama serta berlengah untuk mencuba dan menjaga kecantikan dan kesihatan. Kalau bukan sekarang, bila lagi? Jangan terlambat. Kalau tidak kerana beberapa tahun kebelakangan ini kami tidak beriya-iya menjaga kulit muka dan kesihatan dalaman badan, manakan dapat mengekalkannya lagi 5 tahun akan datang? Benar kita akan tua juga.. Tapi tak salah untuk kita semai kebahagiaan hidup dengan rutin disiplin diri, menjaga kulit wajah dan penjagaan makanan yang sihat untuk melambatkan proses penuaan. Selebihnya…Tenangkan hati dengan berlapang dada, bersedekah dan tingkatkan amal ibadat kita.. Insyaa allah nanti muka akan kekal jelita. Macam kitorang la. Ecewah!
1.    

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...