Friday, October 7, 2016

Dari Jendela Anny - Kopi dan Dr Azizang


Assalamualaikum..

Anny ni cakap dah tak payah bincang dah pasal Dr Azizan dia ni, tapi ni dia buat entry. Ko aperhal??? Haha. Tapi now I dah cool la sikit sebab rasa macam tak worth it nak gaduh dengan Anny pasal Azizan ni. Lagipon Anny cakap dia sayang I lebih dari Azizan ni so kira close case. Tu je yang penting sebab cara dia membela Azizan ni kemain boleh tahan menyirap. Haha. I cakap pada Anny, ‘Ape ni? Takde Title Dr letak title. Ni kira dia tipu la. Bagi motivasi tapi tipu. Macam mana?’ Lepas tu Anny cakap lebih kurang macam ni la. Dia datang motivasi yang Azizan ni buat dia tak pandang pon pada title. Berapa banyak dah orang yang dia tolong untuk berjaya by dia punya motivasi? Lepas tu I cakap, ‘Tapi niat tak menghalalkan cara. Ni sama la macam Mak aku ni. Kak Ros beli handbag Hermes harga BMW M Sport lepas tu bangle pon juta-juta, mana dapat duit? Rakyat diperahnya bayar cukai’. Lepas tu GF jawab : ‘Biarlah, tu antara dia dengan Allah. Kita nak sebok dengki kenapa?’ Dah kita pulak yang dikatanya dengki. Dah tu semua orang buat je la jahat. Sebab tu antara dia dengan Allah. Banyak cantik????? Eeeeee menyirapnya. Semalam dah keluar dah statement Dari Azizan ni cakap dia dapat Title Dr tu dari University of Hertfordshire UK. Pulaaaaaaaaak. Yang kes Phd UM tu sebab diperdaya oleh mereka yang bukan dari UM. Kesahnyaaaaaaaa. **Mata keatas, tangan di bahu..Bak kata Anny, ‘Ko nak suruh Dr Azizan ni explain kan? Memang dia kena explain dekat orang yang macam nko ni’. Hahaha. Ni kalau Azizan ni tau Anny macam ni, terus dia ajak jadik business partner. Confirm. Sama macam GF la. Kalau la Najibun tau GF bela dia sampai tegang urat leher, memang confirm terus dilantik jadik Senator. Haha. Dah jom baca apa Anny tulis kalini.


Kopi dan Dr Azizang

Faveret tempat aku minum kopi selalunya kat kedai bakeri kat Kota Damansara.Pepagi sebelum masuk office minum sekopi,roti dan air suam sambil-sambil go tru apa kena siapkan hari tu..Kadang tambah lagi satu air..Honey lemon.Ye 3 air..aku kan unta.



Kalau hala tempat lain aku suka breakfast kat Coffee Bean tak abis-abis.Tempat jatuh lagi dikenang.Memang takde lain la menunya pun,tentunya eggs ben free coffee or tea.Pastu aku akan buat latte perasa seniri..mintak barista bagi warm milk ngan extra cup..sebab nak tuang kopi jadi setengah cawan,campur susu panas dan masukkan vanilla powder ke,mocha powder ke kopi anda..tapi jangan selalu buat seniri nanti orang perasan kau buat latte seniri amik powder kat condiment counter haha..kataaa bekas baristassss haruslah air rasa ikut tekak seniri!


Condiment counter kat CBTL.Kau pilihlah nak vanilla ke mocha kat sini..cara buat mocha/vanilla latte ialah korang pegi kat condiment counter ni sambil mata tengok atas 🙄 macam ni,pastu tengok kiri kanan baca bismillah pastu doa-doa mintak takde orang buat-buat lap meja ke sebab nak tengok kau buat apa, pastu amik cup yang color silver tu bukak penutup dan cedokla powder ikut kesukaan tahap rasa tekak korang..jangan sampai habis powder-powder tu dahla korang kerjakan sebab kalau aku je mau setengah habis haha


"Vanilla latte buat senirik tapi takut-takut" tajuk air ni.


Eggs Ben dah makan setengah terlupa nak snap gamba,stop makan dan snap.
"Jom sambung makan" tajuk gamba ni.

Kecoh kan cerita Doctor Azizang yang takde doktor tu.Ahh dah masuk cerita doctor plak.Anyway aku ngan Suraya tak terlepas daripada membincangkan isu ini.Sampai bergaduh beremosi lah dah nak putus cinta dah sebab aku lebih utamakan Dr Azizang daripada dia..rasa nak tampar-tampar bila dia tanya lagi dan lagi pasal penipuan title doctor ni.Nak jugak Azizang ni call dia seniri bagitahu ye memang dia salah.Sampai aku call seniri Azizang,suh dia clarify ngan orang-orang macam Suraya ni.Jangan risau Suraya kau tetap no 1 hingga 10 dalam hati aku.No 11 baru Zizang.

Anyway,kisah dia takde Phd ni dah lama okay.Dulu pernah sekali dah kecoh dan secara tak langsung membuatkan kita semua kenal dia.Yang pasti kisah takde Phd ni membuatkan orang start tahu apa yang
dia buat.Dari yang tak tahu,dan dah tahu..yang cuba-cuba nak tahu lebih lanjut tentang kelas dia sebab masa tu pulak dah berkecimpung dalam bisnes.Mesti nakkan guide,mentor..Disebabkan marketing berterusanlah orang tahu tentang motivation kelas dari Azizang,sampai sudah aku rasa takde pun Dr lain yang bebetul Dr atau takde Dr beriya promote kelas motivation..akhirnya yang teringin nak naikkan semangat atau mencari-cari erti kehidupan,pergi jugak attend kelas Zizang..

Bila yang pergi pulak tu pun bersemangat gila dan bila ada yang dah kena gaya langkah bisnesnya,cuma petik sikit je dalam kelas motivation beliau terus zassss cargass sales mencanak.Terbuktilah Azizang mampu mengubah dan meningkatkan prestasi kerja.Tu pasal dia suka invite student dia bagi talk kat stage.Share kisah kejayaan.Pembuktian.Testimoni yang kelas-kelas dia berjaya create another success story.Dah tentu orang teruja.Kitakan suka testimoni..Jadi orang mesti nak pegi lagi kelas-kelas beliau yang lain kerana teruja dengan perubahan orang-orang yang share testimoni tu.Kelas Azizang tak dinafikan banyak menaikkan kehidupan seseorang dari banyak segi.Dan membuatkan orang ingin menyertai kelas beliau yang lain dan lagi dan lain dan lagi dan lagi..

Anyway aku antaranya yang pernah attend IMKK awal tahun hari tu.Ticket free,depannn plak tu.Semua ikhsan rakan yang aku baru kenal masa tu yang menasihatkan aku untuk at least dengar pengisian kelas-kelas Azizang,dia pun bagi free je kat aku.Dia memang anak murid zizang,masa tu dia ada event somewhere so tak dapat attend jadi dia pun bagila aku pergi menggantikan dia.Terima kasih tak terhingga,dah la tak kenal mana.Boleh plak bagi macam tu je kat aku.Allah balas budi ko ya kawan.Dan dia memang jutawan..tak sombong walau berada di puncak awan.Kena ingat tu..

Tak dinafikan kelas yang Zizang conduct sangat bersemangat,sekaligus memperbaiki mutu hidup,hubungan dengan Allah,dengan orang sekeliling kemudian barulah kepada misi bisnes kita.Dalam banyak kelas motivasi yang aku pergi,tak dinafikan aura Zizang ni lain macam.Penuh energi.Semangat kau akan jadi meluap-luap.Aku pergi bukan sebab title Doctor dia,tak berasa pun dia doctor ada title then only aku nak attend kelas dia.Tapi sebab marketing yang dia buat tentang kelas motivasi yang dia anjurkan ni memang kaw kaw.Dia nak orang kenal dia.Kisahnya takde Phd ni daripada orang tak kenal,terus jadi kenal.Pulak tu ada yang kondem,tak payah nak guna sangat title Dr ni la apa la kemudian masuk Kak Kiah back up pulak Zizang so orang akan pelik kenapa dia "menipu" tapi ada orang tak kisah.Kelas yang Zizang anjurkan kebanyakannya menyuntik semangat.Tentang hubungan dengan Allah,dengan manusia..Kelas-kelas lain yang pernah aku attend memang tentang bisnes tapi alahai dunia semata..dan speaker tu gaya lembut je penerangannya,dah macam masuk kelas belajar kat sekolah.Ada orang suka lemah lembut,ada orang akan tersedar bila diajar cara luar biasa.Manusia ni kalau nak berubah dengan cara orang bagitahu dia kena buat apa,dia tak boleh orang datang kat dia cakap dik,malam kang kau bangun tahajjud ya.Buatla seminggu sekali dulu ke..slow-slow takpe..ahhh memang tak bangunlaa sampai esok malam 365 hari dan seterusnya.Ayat kasar macam dik non,kau rasa bangun kul 7 baru nak subuh dah suku-suku cahaya pastu kau mintak kat Allah sesuka hati kau,kau ingat Allah nak kasik kau?? Ha ayat gitu kan tertusuk sikit..Samala konsep Zizang ni.Isi sama je,kau boleh baca kat buku motivasi Robin Sharma sekalipun tapi cara penyampaian tu..terkesan ke tak kat hati kau yang buatkan ia berbeza.

Apa-apapun,terpulang pada diri masing-masing untuk ambil yang baik dan tolak yang mana buruk.Dia mungkin salah pada awal kemunculan tanpa ada inisiatif untuk baiki percaturan.Selama berkecimpung dalam bidang ni,sudah tentu Zizang aware tentang issue dan masalah besar akan datang yang bakal menimpa.Beliau mesti telah bersedia secara mental dan fizikal.Yelah orang akan kutuk kau memperjudikan title untuk menarik minat orang.Yang penat belajar ambik Phd susah-susah nak letak Dr kat depan nama,kau lekk je letak lepas mandi wangi-wangi terus ada title Dr.Tapi aku belum baca lagi yang Doctor Phd yang kondem.Adala kot maybe tak baca lagi..Yang takde title ni yang banyak kondem Zizang kebanyakannya haha Suraya i lap you

Kita boleh kondem cara orang tak betul bla bla dan apa saja,kita boleh cakap dia tipu title doctor dan berdosa tak berkat..kita buang title tu tapi kita tengok yang memberi manfaat..apa sahaja persepsi kita terhadap orang,jangan lupa orang juga boleh menilai kita apa sahaja..kita takkan dapat memuaskan hati semua pihak kerana akan ada segelintir orang yang akan tidak puashati dengan kita tanpa sebab.Samada kita dengar-dengar sahaja berita,baca sekilas lalu,atau orang menyampaikan..tanpa dengar penjelasan dari tuan empunya diri.Kita pasti akan lalui semua itu jadi biar kita bersederhana dari segala segi agar tidak memudaratkan kita kemudian hari..


Love,
Anne Suraya
-eNd-

1 comment:

Hamizon Hasan said...

Deli Cafe?? Tempat favourite to have curry laksa & Portuguese fish..yum!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...