Sunday, October 16, 2016

Dari Jendela Anny - Suraya dan Hari Jadinya

Suraya dan Hari Jadinya


Seperti yang semua sedia maklum, Kak Siti kita baru saja meniup lilin keknya yang ke 25 tahun,baru-baru ini.Cik Kiah tak terlepas untuk menyaksikan air mata beliau menitis-nitis dek terharunya beliau dengan kejutan-kejutan dari orang sekeliling yang amat menyayangi beliau..


Kak Siti tampak sangat berseri,menggayakan office attire yang kasual dengan melangkah masuk penuh yakin ke tempat makan dibawa oleh Intan yang comel(dia kata)..dan lagi terharu peminat-peminat Kak Siti semua bersembunyi dan menjerit "Surprise!!" dari belakang beliau dan disambut pula dengan jeritan kecil pelanggan restoran yang lain kerana terkejut dengan jeritan peminat-peminat Kak Siti..ahh sungguh ceria dan terharu beliau hingga Kak Long juga menitis-nitis air matanya pada masa tersebut.Yelah..masa tu agaknya terdetik rasa sayanggg sangat kat adik dia yang sorang ni(walaupun takla best sangat ye Kak Long hehe gurau je)..sehingga Kak Siti duduk tiup lilin pun tak habis bercakap,tak berhenti dan tak lekang dengan senyumannya yang lebar hingga ke langit ketujuh pun,beliau masih juga tidak menyanyikan lagu "Jerat Percintaan" yang fofular satu ketika dulu.Ternyata beliau bukan Siti Nurhaliza yang sebenar.Beliau ialah Siti Nurhalilintar..

Siti,
Aku tau dari masa ke semasa kita akan selalu bertelingkah,tak setuju pendapat dan bersifat ketegak.Walaupun begitu selepas beberapa jam kau call aku,aku call kau macam takde apa-apa jadi.Sikit aku tak terasa ngan kau.Kau pun sikit tak terasa ngan aku.Sebab kita tau,hal dunia ni takkan drag kita bermusuhan pun sebab misi kita bukan disini.Kau mempunyai banyak misi-misi akhirat.Yang tak nampak,dan taknak nampak pun..kita masing-masing remind each other.Kita tahu,kawan yang betul akan mengarahkan kita ke tujuan yang betul..sikit-sikit,nampak tak nampak,naik turun iman,kita tetap buat..Kita sayang Allah dulu,pasti kau dan aku pun saling sayang menyayang itu kita tahu..

Aku pernah down satu ketika dulu sikit aku tak suka nak share ngan orang.Sebab aku pun jenis tengok orang juga nak share.Aku mungkin nampak kasar,nampak garang,tegas tapi aku sebenarnya sangat sensitif,senang approach dan lembik..dan so far kau yang tahu handle aku macamana.Tiada ego,tiada berasa ahh aku taknak minta maaf,ahh lantak kau la mintak maaf sampai sudah aku takkan maafkan kau..tu semua bisikan-bisikan syaitan mengajak kita memutuskan hubungan.Kau dan aku tak lekang kata maaf kalau kata-kata bersifat menyinggung hati. Aku banyak je kawan,tapi aku senang nak bawak kau ke kelompok kawan-kawan aku.Kau pun selalu heret aku ke kawan-kawan kau supaya kita tahu,kita ada dunia lain sebelum mengenali each other.Kau orang yang memiliki hati yang besar,pemurah dan ikhlas.Sentiasa menjaga perhubungan dengan keluarga dan rakan-rakan sebab kau jenisnya yang menghargai orang yang bersungguh-sungguh dengan kau.Kalau kata orang tu lapkan meja kau kotor pun kau dah berasa besarrr sangat dah orang tu buat kau.Kadang sebab ini orang suka mengambil kesempatan,tapi..kita sama-sama tahu..kita buat semua sebab Allah.Allah yang bagi ganjaran tu..jadi soal yang lain,biar Allah yang uruskan.

Dikesempatan ini,dengan hari jadi kau yang ke 25 tahun 10 tahun dahulu,aku ucapkan Selamat Hari Jadi dan semoga kau panjang umur.Aku doa sangat-sangat Allah jangan tarik nyawa semua orang yang aku sayang lagi,panjangkanlah usia kami..bagilah aku kesempatan berkongsi apa yang aku ada dan aku nak buat dengan korang semua.Syukurnya aku pada Allah,dengan rezeki sikit-sikit ini,dengan ada kau Suraya dan kawan-kawan sekeliling yang baik dan memberi sokongan,dengan kaum keluarga,suami dan team kerja yang sungguh-sungguh menjayakan apa sahaja..dan kepada readers Suraya yang semuanya baik-baik belaka dan terpalit membaca Dari Jendela Anny yang tak seberapa ini,terima kasih sebab bagi sokongan kepada AnneSuraya dan menyayangi Suraya seperti satu kemestian dalam kehidupan kita pulakknyaa sekaranggg..

Semoga Suraya Sukses dan enjoy with "Anne Suraya"!!
Happy birthday sayang!!



Love,
Anny.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...