Friday, November 25, 2016

Dari Jendela Anny : Abah


Assalamualaikum..

Sedih pulak baca entry Anny pagi ni. Pasal Abah. Hujung-hujung Anny pesan suruh hargai Ibu dan Ayah. I dah takde Ayah.... So pada yang masih ada Ibu dan Ayah, selagi ada hayat, ada tenaga, ada masa spend la masa dengan dorang selagi mampu. Kalau takde masa pon, kena jugak bagi ada untuk mereka. Untunglah anak-anak yang Mak Ayah duduk dekat. Macam I, Mak jauh dekat Pahang. Sebulan dua kali je dapat jumpa. Anny pon macam I jugak, jarang dapat spend time sama-sama dengan parents. Untuk yang tinggal jauh dengan Mak Ayah, selalu la call ye? Buat la routine. Macam I. Rasanya selalu bagitau dah yang I memang bercakap dengan Mak hari-hari without failed. Takper la kalau takde menda dah nak tanya, call je. Itu pon hati orang tua dah seronok. Ok? Jom baca kisah Anny and Abah...

---------------------------------------------

Abah.


Korang mesti sayang ayah korangkan.Macam aku juga,alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan bagi aku rasa lagi nikmat kasih sayang seorang ayah.Untuk yang dah tak ada ayah,kita sedekahkan al-fatihah utk mereka ya..



Abah aku dulu seorang Kapten.Ala-ala Kapten Mukhriz gitu segak dan bergaya.Abah bila keluar jejalan atau ke pasar sekalipun mesti hensem-hensem tuck in baju.Abah memang terkenal dikalangan kawan-kawan aku dengan sifat garang beliau bila menjawab telefon.Kalau ada kawan lelaki yg call acah-acah kawan,abah akan jawab cool je..Ada masa yang dia bagi aku jawab panggilan,itu aku terkejut..ada satu masa abah terus letak telefon kengkawan aku yang call tu,tu aku tak terkejut..Kadang kawan sekolah aku call,abah akan tanya.Ni nak ajak ponteng sekolah esok ke apa..kahkahkah



Kalau time raya,kitaorg adik beradik selalula sama-sama pergi Ipoh Parade cari baju raya.Abah selalu tak kisah sangat apa yang aku pilih.Kadang aku tak beli baju raya pun,tapi aku beli bag.Aku ingat lagi,bag sekolah Benetton warna hitam.Abah dengan aku ni banyak tolerate.Dia semacam sayang aku lebeyy tapi tak tunjuk..(aku la rasa haha)


Abah



Cekalnya abah masa berniaga dulu,pagi sebelum subuh dah bangun.Sama-sama dengan mak juga.Dah malam baru balik..Tapi apa-apa pun abah mesti tanya,dah solat ke belum..abah pernah gerakkan aku subuh ketuk pintu bilik macam rumah nak terbakar.Punya berdentam dentum nak tercabut pintu bilik aku wei.Aku masa tu tak dengar sebab pakai earphone dengar lagu dan tido..haha gila wei lepas tu abah panggil sekali je dari luar terus segarrr keluar bilik cecepat..tak sempat kau habiskan mimpi berlari-lari dipersisiran pantai,terus terjelepok.



Kalau aku ada masalah besar,aku selalu duduk dengan abah dan tanya pendapat abah.Aku akan cakap masalah aku dan tindakan aku.Ada satu masa yang aku alami krisis besar dalam hidup..abah dengar dan diam tunduk je.Aku tahu abah frust..sedih pulak aku kenang benda ni.Tapi aku ingat lagi kata-kata abah.."Kakak,kamu buatlah apa yang kamu rasa terbaik untuk kamu.Apa-apapun,abah nak kamu bahagia.." omg airmata..huhu



Now abah dah tak berapa ingat.Sedihnya sebab abah dah tak boleh berkongsi cerita dengan aku.Tapi abah masih boleh drive dan keluar pergi mamak dengan mak setiap hari haha kesian mak,sebab mak cakap dah takde baju nak pakai keluar sebab hari-hari kena paksa keluar..



Rindunya aku kat abah.Bila aku jumpa sedara mara jauh abah,abah kenalkan "Ni lah anak yang paling aku sayang.." katanya..
bukan sebab dia bezakan aku dengan bagi aku wang ringgit lebih ke atau harta ke.Takde pulak aku tengok abah manjakan aku lebih dari adik beradik lain.Tapi itulah ayat abah yang bagi hati aku berbunga-bunga setiap kali dia kenalkan aku kat orang,dengan nada gurau gelak-gelak..setiap anak ada memori terselit bersama mak ayah mereka kan..omg airmata lagi..



So korang..



Bilamana kau masih ada mak dan abah,hargailah mereka.
Masa kau kecil,mak bapak kau lah yang suap kau makan.
Mandikan kau.
Ajar kau ngaji.
Hantar kau pergi balik sekolah.
Bagi duit belanja.
Pergi jumpa guru besar sekolah sebab tak puashati ada budak laki kacau kau..



Bila kau dah bersuami,islam tak larang kau berbakti..
Kau berbaktilah pada orang yang tak pernah ajar kau pun bagaimana nak melalui kehidupan..
Dia hidup dan biarkan kau saksikan sendiri bagaimana dia handle kehidupan..



I love you abah.



Love,
Anny

1 comment:

Afiqah Janani said...

OMG..laju je air mata nih menitik..skrng sy cuma ada kenangan..hanya kenangan :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...