Friday, November 11, 2016

Dari Jendela Anny : Masak

Assalamualaikum..

Ooo kisahnya harini Anny share pasal masak. Tahniah Anny for your first entry pasal masak ni. Gigih betul dia buat Shell Out. Nampak macam berjaya tapi tak tapau sikit dekat tukang share resepi pon tak ok jugak. Hehe. Anny pon hangen je bila dia Google resepi 'Homemade Shell Out Sedap' Result keluar paling atas tu ialah orang yang I pernah deal. Tukang original resepi (Aku lettew) pon bersungguh la nak share resepi dengan Pakar Masak Internet yang pageview tapau puluh juta. Berbayar ye? Just untuk dapatkan link. Tiba masa naaaaaah lepas close deal, satu hapah Email/whatsapp/PM dia tak layan bila apa yang I expect dia buat, tapi lain yang dia buat. Original resepi kita bagi, credit dia taknak bagi hatta backlink pon tak include. Subhanallah hati manusia memang tak boleh nak jangka. Dia punya kedekut orang datang blog kita dari link dia tu sampai macam tu dia buat. Nak je cakap 'aku tak halalkan resepi aku yang nko tak credit tu' tapi takper la. Masyur dunia ni takat mana la kan? Saya HALAL kan la Kak. Tapi tak baik aniaya orang. Tu je saya nak cakap. Anny pon dah pesan banyak kali, 'Suraya, tak semua orang baik dalam dunia ni macam yang nko expect. Next time hati-hati'. Dah jom tengok apa Anny share experience dia kali ni.

------------------------------------------------

Masak

Aku bukan jenis kategori pandai masak.

Kalau orang tanya apa je yg aku terror masak,ha apalagi nasik putihlah.Sebab tu je yang aku buat confirm jadik..Pastunya aku kan masih tinggal bersama mentua jadinya adala sedikit segan nak masak beriya-iya. Nak makan pun segan wei kengkadang, padehal bertahun juga tinggal bersama. Tambah plak mak mentua aku kalau masak dah ala-ala Sri Mersing Cafe bertuankan Chef Wan Two Three haa kauuu sedapnyaa..Tapi memang mak mentua aku sangat baik orangnya.Beliau selalu memberikan galakan dan memberi kebebasan kepada aku untuk meng conquer dapur. Sebab dia tau kot aku ni jenis penyegan dan gelabah kalau ada orang lain memerhati kahkahkah. Kalau aku tanya nak potong sayur ni macam ni ke macam tu, mak mentua aku mesti cakap..ala macamana pun takpe Annyyyyy..masuk perut jugakk..ala suwitt tau..suka bagi aku rasa selesaaa..huhu

Cumanya aku akan pastikan jenis masakan yang aku masak lain sikitla dari mak mentua aku masak.Jadinya,Chef Ramsay yang telah menjadi juri tetap sepanjang hayat aku akan selalu memberikan komen-komen membina (membina?) supaya aku meningkatkan prestasi dari masa ke semasa gitu. Komen chef aku ni kadang tak agak-agak. 

Huiyoh macam rasa kat kedai la! 
Ni memangla berasa tapi apsal banyak rasa hampas? 
Bolehlaaa ni tapi tak boleh challenge kedai Thai Pok Nek Mung.

So semalam beriya la balik kerja nak buat Shell Out.Barang semua dah ready,jadi lepas maghrib aku pun start masak mengikut masa yang ditetapkan.Dah rasa macam kat program realiti sebab kejap-kejap Chef Ramsay aku masuk dapur check. Sikit-sikit jengok. Oi berpeloh makencik. Aku dah refer sebelum ni resepi Shell Out Suraya sebab dia pernah buat sebelum ni kat sini. Tak alih-alih aku perasan ada satu blog yang referkan resepi shell out ni dan mereferkan pada nama Suraya. Aku rasa Suraya pernah kot cerita pasal blogger ni yang dia ada buat sekian-sekian bayaran dan deal untuk bekerjasama. Aku baca balik blog resepi dia referkan pada Suraya alahaiii..macam nak tak nak mention jerkk..Letak link pun takde..padehal dah explain,dah janji nak letak link,referkan semua visi dan misi..omg aku malas nak ulas lelebih. Sebab kang kalau aku mengulas lelebih jadi menyumpah pulak..Tak ramai wei orang ikhlas dalam dunia ni.Masalahnya dah kena banyak kali kottt.Yang dah bagi barang setuju nak review tapi sampai sudah mesej tak balas,yang announce mintak produk dia promotekan untuk followers last2 macam2 pulak alasan dia bagi lepas dapat barang,yang kenal tapi cakap tak kenal.Manusia ni ada sejenis perangai yang dia takut pada persaingan sihat.Mungkin rasa tercabar ke..rasa dengki ke..rasa orang tu lebih dari dia ke..tak perlu okay ada perasaan macam ni.Tak paham la aku perangai-perangai orang yang rasa insecure tak tentu pasal ni. Tapi korang,aku taklah terror bab agama tapi yang ni Allah dah cakap dalam Surah Al-An'am ayat 160,


Barang siapa membawa amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya, 
dan barangsiapa membawa perbuatan yang jahat,maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedangkan mereka sedikit pun tidak dianiaya (dirugikan)

Allah yang balas setiap perbuatan kita, jadi pujuklah hati setiap kali berlaku ujian..
Kita teruskan berbuat amal..
Sabar ya Suraya sayang..

Okay kita sambung balik cerita aku.Selepas berperang dengan segala jenis haiwan dan perkakasan akhirnya aku selesai jugak buat shell out.Tapi ikutkan dalam pertandingan tu aku dah kena buang dah dari program Master Chef Wok ni sebab terlebihlah sangat masa yang ditetapkan.Dalam pada tu nak jugak mesej Suraya tanya bape sudu letak itu ini.Sebelum tu Suraya dah explain kena gorengkan sotong tu dulu untuk matikan air. Ah kau nak guna bahasa pro ngan aku mati mati air. Explain je la air sotong tu kena buat gitu gini cara dia gini gini nak keluarkan air kalau tak berair dan bertaufan. Mati air.Mati air. Mementangla.

Sementara Suraya tak balas mesej, aku call Emil kawan sekolah aku yang memang kaki masak sejak dia keluar dari perut mak dia lagi. Ni pun satu perangai membahan aku. Dia suh aku letak shampoo,takpe katanya asal berasa.Kong jaq.



Tadaaa.Shell out non color tajuk dia.


Bila aku bagi Chef Ramsay food testing sebelum hidang,dengan mata yang terkebil-kebil beliau menyusun ayat yang sesuai dan dengan tenang beliau berkata..

"Bolehlah ni rasa ala-ala Shell out kedai cina murah kat area Pj"

Kedai cina murah??

Aku membayangkan kedai cina yang hanya ada kipas laju kat ceiling,takde tv,meja plastik tapi bising kemain congcengcongceng penuh orang..

Persoalannya,bila masa Chef aku ni pernah pergi kedai makan cina kat Pj???

Hmmmmmmm🤔

Love,
Anny

2 comments:

Attiey Mohamad said...

orang macam ni makin ramai ye skarang...even yang ambik post orang letak kat blog dia pun takde mintak izin..papepun..nampak sedap weyyy makanan tu.

Dyba Dbuh said...

good job sis..nanti kite pegi makan shell out yg betul ok..kikiki

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...