Monday, November 21, 2016

Dari Jendela Anny - Pengalaman

Assalamualaikum..

Maaf, baru publish pagi ni 'Dari Jendela Anny' sebab memberi peluang kepada entry sponsored post dan jugak entry Kakyang kawen. Padahal beria follow up hari Khamis sampai tak tido la orang tu nak siapkan entry. Ni kalau Anny tau I baru publish harini mau berasap telinga dia. Haha. Jom harini kita baca pengalaman Anny masa dia involve dengan dunia construction yang twist 360 darjah dengan apa yang dia buat sekarang. Sangat kental nampaknya Anny, benarlah seperti kata pepatah, 'Tangan yang menghayun buaian juga mampu mengoncang dunia'. Tapi kalau kata la anak memang tak tido buai atau dekat rumah pakai buai electric, acane eh nak kira? #actdumbforattention #sarcastic #sajabuatbuatbodoh

-----------------------------------------

DARI JENDELA ANNY - PENGALAMAN

Yaaaa berjumpa lagi kita hari ni,

Setiap Jumaat berpagi-pagi,
Suraya macam biasa ingatkan lagi,
Oi jangan lupa.. Jendela Anny.



Dulu lepas tamat belajar dan sesambil part time lagi kat Coffee Bean,aku pernahlah kerja bank beberapa tahun dan lepas tu baru aku terjun dunia construction.

Masa first year start kerja dengan boss Cina kat construction ni,aku blur-blur sangat.Selalu tertanya-tanya betul ke apa aku buat ni.Dahla aku je melayu perempuan yang bekerja kat situ.Gang takde apa takde.Yang lelaki melayu adala sorang dua kerja bahagian site.Aku bahagian sales,mencari projek.Dalam pada tak suka,blank dan mencari arah setelah hampir setahun bekerja dapat jugaklah aku mencari projek-projek terkumpul hampir 1.3m untuk company.Target untuk junior macam aku ni dalam 1.2m,jadinya tolak tambah projek ada yang kena tolak sebab tak jadi buat still la tak achieved untuk first year...



Expectation boss aku tinggi.Dia memang ambil melayu sebab nak penetrate GLC dan malay market masa tu.Yang aku nampak masa tu diaorg takde langsung dapat projek GLC.Takde orang bukak pintu..so first projek aku untuk company pun memang link dengan GLC.Masa first year,aku report pada sorang senior ni.Dia pun pass la satu projek refurbish kilang ni kat aku untuk follow up.Tapi owner dia India.So bukan GLC.Boss aku masa tu boleh pulak membantah,suruh aku focus pada malay market je..so nak taknak kena lepaskan projek tu kat senior aku.One day,colleague cina aku pernah tanya boss aku tentang satu projek GLC ni..so dia tanyala pendapat kot-kot aku je yang kena handle sebab GLC kan konon aku yang jaga.Dan-dan katanya siapa pun boleh handle.Ko nampak tak permainan Boss aku kat situ.Kejap boleh,kejap tak boleh.Tang aku je semua tak boleh.Sejak daripada tu,aku memang berazam untuk buktikan kat boss aku ni.Disebabkan dia selalu memperkecilkan kemampuan orang melayu dan suka-suka bagi aku jaga projek mana dia suka jadi aku redah je semua jenis projek.Sikit tak report kat dia projek apa aku follow up.Tau-tau ada je kontrak masuk.Projek tak GLC pun aku belasah.Sebenarnya aku tau..dalam pada dia kutuk-kutuk tu,dia motivate aku sebenarnya.Terpulang kaulah nak bengang ke apa kena kutuk.Aku selalu ambik positif je sebab nak taknak aku kena jugak deliver kerja untuk dia.Sampai second year,third year dan seterusnya year aku bagi 3-8m kontrak untuk company.

Pencapaian taklah dasyat sangat ikutkan tapi paling top la sales aku masa tu.Senyum dia lebar adalah sampai langit capai dia.Suka benar dia dengan aku masa tu.Malangnya,aku tak boleh nak suka-suka menyukai dia sebab dia main-main dengan komisen aku.Biasala wei,manusia ni bila bab duit dia jadi tamak.Nak bagi kat aku banyak macam tu dia rasa tak worth it pulak tiba-tiba agaknya.Terkira-kira berapa aku earn kot masa tu.Terasa aku nak beli handbag ke menda ntah haha..tu yang boleh cut-cut nak tak nak bagi.Tak fahamlah aku manusia macam ni..yang boleh pulak tu mengira-ngira berapa orang dapat.Sakit hati kot kalau aku dapat 20k tetiap bulan?Memang tak dapatla jugak masa tu,bukan senang pun nak collect payment..macam-macam nak kena tempuh dan hadap dengan manusia ni.Mencabar.

Banyak aku belajar dari boss aku ni sepanjang bekerja dengan dia.Kalau nak cakap pasal pening handle company,dia tu lagila pening handle material,projek,cash flow,hal pekerja permit and all memangla dasyat.Tapi aku percaya,up and down ni la buat dia berjaya mencapai dari tahun ke tahun.Tak pernah satu hari pun aku nampak dia lemah semangat.Tak pernah mc,tak pernah sakit.Memang Allah bagi dia sihat all the time plak aku tengok.Tapi sebenarnya rutin dia dah memang ikut nabi kita buat.Bangun sebelum subuh,dah jenis exercise hari-hari.Pukul 7pagi dah terpacak kat office.Never fail.Not even one day.Tu pasal dia pelik kenapa orang muda ni selsema la,demam la..dia takleh terima.Sebab aku tau,rutin dia je dah membuatkan dia sihat.Yang tak sihat tu adalah kau sebab bangun lepas matahari tegak atas kepala.Subuh kemana apa kemana kahkahkah

Dia selalu motivate aku jadi orang yang ada nilai katanya.Kau kena create value untuk diri kau.Kita semua bukan lahir dalam kilang berlian,jadi kitalah yang kena lahir sebagai berlian..gilapkan hingga orang nampak kilauannya..gitu

Aku bersyukur,walau komisen masih tak dapat sehingga hari ini..satu yang aku tak boleh cari dan ganti ialah pengalaman.Pengalaman adalah guru yang terbaik.Samada pengalaman dengan kerja kau,life dan juga dalam hubungan.Kalau kau ulangi kesilapan yang kau dah pernah buat,itu adalah pilihan.Kau yang memilih untuk jadi lebih bagus atau sebaliknya..



Yang penting apa je kau buat..



Be brave.Take risks.
Nothing can substitute experience.


Love,

Anny

1 comment:

Liyana said...

terbaik sis!

"Pengalaman adalah guru yang terbaik.Samada pengalaman dengan kerja kau,life dan juga dalam hubungan.Kalau kau ulangi kesilapan yang kau dah pernah buat,itu adalah pilihan.Kau yang memilih untuk jadi lebih bagus atau sebaliknya.." <--- suka ayat ni :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...