Friday, November 4, 2016

Dari Jendela Anny : Syukur

Assalamualaikum..

Wah, hebat Anny harini. Dia send entry untuk I publish harini pukul 1.59am pagi tadi. Punya la malas nak stressed dengar I tanya dia banyak-banyak kali mana entry ‘Dari Jendela Anny’. Hahahahaha. Anny ni, kalau tulisan berbentuk motivasi dia sangat hebat. Sebab jatuh bangun Anny dalam hidup dan perniagaan ni memang sangat-sangat tough. Bukan calang-calang orang boleh face. Jatuh lepas tu bangun. Jatuh terduduk, lepas tu bangun balik. Tak pernah give up and kalau down pon tak lama. Dia ni badan dah la keras, main futsal sepak bola meletop-letop macam lelaki. Memang dia dilahirkan orangnya kuat. Kuat mana fizikal dia, macam tu la kuatnya mental dia. Aku doakan semoga Allah permudahkan urusanmu sahabatku. Macam aku selalu cakap, apapa terjadi tu ada hikmah. Kalau tak sebab business partner nko buat onar dulu maka sekarang kita takkan jadik sahabat and takkan wujud ANNESURAYA SKINCARE ni. So percayalah kadang-kadang Allah bagi ujian sebab dia nak bagi yang lebih baik untuk kita. Ok? Saaaaaayang Awak!


(Business partner eh? Bukan individu. Ni kena bold kan ni. Kang ada je yang nak spekulasi bebukan)

-----------------------------------------------

Dari Jendela Anny : Syukur




Aku ni sejenis manusia yang tak berapa suka exposed atau berkongsi tentang kehidupan diri kepada orang luar. Even yang rapat pun kadang-kadang aku tak pernah beritahu apa yang aku lakukan dalam kehidupan,dimana aku tinggal,apa aku buat. Bukan sebab aku berahsia, tapi aku sudah biasa berjalan seorang diri menempuh duri-duri yang tajam. Aku selesa berjalan kaki walau tanpa sepatu. Aku tahu tiada orang akan menghakimi aku dan orang tidak ingin mengenali siapa aku..



Eh puitis sangat kau mengarang hari ni.



Sejak aku sibukla mempromote AnneSuraya Skincare ni bersama Suraya,aku perasan ramai kawan-kawan aku yang support.Ramai kengkawan yang mencuba,memberi feedback,bertanya,membeli dan ada yang mengrekomen pada kawan-kawan yang lain..aku sangat terharu wei..



Ada yang aku tak pernah kenal pun orang tu,tapi dia kenal aku katanya.Sebab aku pernah berjiran dengannya satu masa dulu. Selepas memberi feedback trial dan berpuashati..beliau langsung membeli..menjadi kawan..dan berkongsi history..ibaratnya dah kenal lama. Bahagianya memiliki hati saat-saat itu bergelak ketawa..



Ada pula tu yang kawan-kawan sekolah,kolej,uni kita kenal semasa belajar dulu. Ada yang pernah tinggal serumah dan meneguk nescafe yang aku bancuh. Ada yang tak berapa rapat,ada yang tak pernah berbual pun..tiba-tiba bertegur di alam maya,mencuba,memberi galakan..hebatnya jiwa mereka ya tuhan. Menjual barang kepada kawan-kawan yang kita kenal kadang-kadang lebih sukar. Tapi nampaknya tidak sukar untuk aku. Allah bagi semuanya indah.



Berhubung pula kawan lama. Bertemu selepas 10 tahun berpisah. Yang mana kita pernah berkongsi kisah,pernah mengadu damba..yang pernah bergelak ketawa sekilas lalu bertegur sapa,tiba-tiba Allah temukan semula. Allah gerakkan hati kita buat sesuatu benda agar kita bertemu. Itulah sebabnya janganlah sesekali kita memandang rendah sesama manusia. Janganlah kita suka memilih bulu untuk dijadikan trench coat mewah. Tak perlu ada kasta kawan-kawan yang kau nak kawan. Sebab nasib manusia semua Allah yang pegang. Sekarang kau mungkin tengok dia tak ada apa-apa,tapi ntahkan lagi 10 tahun akan datang rezeki dipinang sultan negara guatamala langit ke lapan. Masa tu aku rasa kalau selisih bahu pun dia jugak yang tegur kau dulu, betapa kau ni memilih bulu.



Aku suka ingat kata-kata Suraya, Allah kadang temukan kita dengan seseorang semuanya bersebab. Kita takkan faham dan nampak,tapi bila kita perhati dan dalami..indahnya perancangan Dia subhanallah. Walau kau menempuh dugaan hebat tapi hati kau tenang. Cukup Allah beri aku suami yang memahami, aku ada anak-anak yang sihat, sahabat-sahabat yang hebat, Allah bagi rezeki punya mertua dan keluarga yang sangat-sangat baik. Tak terbalas budi aku pada mereka.



Aku tahu mak aku tak putus berdoa untuk kejayaan aku. Aku punya mak yang hebat jiwanya,mak yang tak pernah berasa putus asa dengan anak-anaknya..walau pelbagai kemelut menimpa..



Sungguh ya tuhan aku tak punya apa-apa yang perlu dibanggakan. Dengan bersyukur membuatkan hati aku tenang. Dengan rasa syukur dan dikelilingi orang-orang yang hebat inilah aku bersemangat untuk pergi lebih jauh. Menggapai cita-cita untuk aku berkongsi rasa. Berkongsi bahagia.
Insyaa allah.



Doakan sukses kami bersama AnneSuraya dunia akhirat..



Love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...