Friday, December 16, 2016

Dari Jendela Anny : 7 Hari Mencintaiku


Dari Jendela Anny : 7 Hari Mencintaiku

Gila tak kena tajuk dengan cerita aku hari ni.Korang layan ke cerita tu..aku jujurnya dah jarang tengok tv.Memang tak tengoklah senang cerita..habis-habis pun tengok berita.Tu je la kot..

Pernah tak dalam hidup kau,kau rasa frust sangat-sangat dengan orang-orang yang kau tolong..lepas tu diaorg buat kau macam sampah.


So far 4 orang ni tak pernah bagi aku frust. Busuk-busuk pon sakit hati sekejap lepas tu sayang balik. Ni la muka yang sama kalau aku ada kerja perasan artis mekap cecantik each time. Malas nak carik orang lain. Iman mekap aku, Linda mekap Siti Nurhalilintar. Lin jaga wardrobe and penata gaya. Gitchewwww
Contoh A:
Kau bagi pinjam duit sebab kawan kau terdesak,kereta rosak,tayar rosak,life rosak..lepas tu tak nak bayar balik satu sen pun.End up gaduh sebab kau mintak balik macam kau yang meminjam.Dia kutuk-kutuk kau macam kau yang penjenayah,tak tau malu katanya..perangai busuk..tak pun dia claim,bukan dia yang nak pinjam..ngkau yang nak bagi..busuk giler kau ni terhegeh-hegeh bagi pinjam duit kat orang eee

Contoh B:
Kawan lama datang ngadu carik kerja.Kau malas nak tolong sebab nanti ruin the friendship.Last-last nak taknak ko tolong gak dan ajar A-Z kerja dengan dasar tanggungjawab yang melibatkan life orang.End up masa kau susah,sikit pun tak pandang kau.Lagi dia blah sebab tak nak nyusahkan hidup dia lagi ada..Pastu dapat tau dia amik plak projek yang kau penah introduce kat dia..walahh

Contoh C:
Kau kerja macam nak gila,nak hidup senang sama-sama.Apa ko dapat,ko share tak kurang satu sen pun dengan business partner kau..end up partner kau buat keja lain,buat bodo yang kau kerja sengsorang dengan harapan sana kau cekau sini kau cekau..buat projek diam-diam taknak kongsi..gila busuk,sebab last-last Allah memang tunjuk kepincangan hidup yang berat sebelah..

Apa yang kau boleh belajar kat sini.Hadam dan tanam dalam-dalam kat hati.

1.Jangan harap pada manusia.Kerana sebaik-baik pembantu ialah tuhan yang esa.Manusia takkan dapat bantu kau sekalipun kau terjerumus dalam lumpur..tak de manusia yang nak palitkan sekali badan dia orang dengan lumpur.Kau berusahalah sungguh-sungguh,kau doa sungguh-sungguh mintak kat tuhan.Doa kau pasti diperkenan.Cepat atau lambat sahaja.

2.Bila orang nak mintak tolong,kau bagi apa mampu je.Jangan kau gadaikan semuanya konon nak rasa brotherhood sisterhood sangat.Pastu kau bajet orang akan ingat jasa kau.Ingat..kita tolong orang sebab nak pahala tuhan.Bukannya penghargaan manusia.

3.Dalam setiap hubungan,jujur tu paling penting.Duit bukan segalanya.Kalau kau fikir duit je,hubungan apa pun akan gagal.Hubungan keluarga,suami isteri,rakan baik,perniagaan..semuanya melibatkan integrity.Jangan tamak.Rezeki tu luas.Kongsilah sama-sama.Bantu-membantulah menaikkan ahli dalam satu kumpulan.

Integrity is doing the right thing.
Even when no one is watching.

Love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...