Friday, December 2, 2016

Dari Jendela Anny : Nervous

Dari Jendela Anny : Nervous.




Masa sekolah rendah,aku sekolah kat ipoh campurla laki pompuan.Tingkatan 1-5 aku bersekolah yang semuanya perempuan.Asalnya sebab masuk asrama sekolah tu.Disebabkan aku tak boleh blend dengan suasana asrama (cakap jela diarahkan keluar) aku pun duduk rumah macam biasa.Lagi tenang hati aku,daripada ngadap warden asrama yang takde sifat penyayang tu..Anyway,masa tu aku telah disoalsiasat sebab ada percubaan menyelinap nak tengok konsert.Belum lagi menyelinap dah kena tangkap..haha bongok gak..baruuuuu je nak merasa terkinja kat konsert wei sudahnya sampai tua la ni tak pernah merasa layan konsert haha


Bila dah sekolah semua perempuan ni,kita rasa comfortable la takde takut bocor ke malu orang laki nampak..baju nipis ke..kalau ada yang lelaki pun hanya satu dua cikgu lelaki.Mampusla jadi rebutan.Rasanya kalau cikgu laki kat sekolah aku ni,lat 2-3bulan dah tukar sekolah kot..tak tahan kena kacau hahaha




Disebabkan aku ni dah biasa dengan perempuan je,kalau keluar nampak laki tu rasa kelam kabut sikit hati.Rasa gabra semacam,rasa macam orang tengok kau manjang.Perasan?Memangla..sebab aku nervous..mula la apa je kau buat tak kena.Nak jalan takut terseradong jatuh..ke aku je yang rasa macam ni dulu?

Ada sekali tu aku keluar ngan kengkawan,tak alih ada la mamat ni beranikan diri nak bercakap ngan aku.Aku dah berpeluh-peluh dah ni.Memula dia main tanya-tanya la ngan aku.Pastu tetiba dia cakap,"eh muka awak ni takde satu tempat pun licin eh?kelopak mata je licin eh?" Agaknya dari jauh nampak la kulit aku flawless,sekalinya dah dekat tengok muka aku macam jalan tak tar berturap lagi .Cilahnat gak kau ni Mat.

Aku kalau gabra memang takleh lah wei..nervous naik hujung-hujung jari tu dah sejuks.Berpeluh wei.Ada sekali tu terpaksa la lalu depan satu group lelaki ni nak balik rumah.Pastunya mulala depa ni bersiul weet weet.Gelabahnya aku nak lalu tu tuhan je tahu.Dalam hati doa-doa janganla ada benda kelakarrr akan terjadi.Punyala laju nak jalan dengan berpeluh dah kaki tundukkk je.Sekali selipar yang aku pakai time tu boleh terlucut tertinggal belakang sebelahnya sebab kaki licin..kaki aku kan berpeluhhhh oiiii lahanat perasaan itu bile bebudak lelaki tu start gelak-gelak kata aku dah sampai rumah keeerrr dah siap tanggal seliparr.Korang boleh imagine?Malu nyeeerrrr

Bila ingat-ingat balik memang kelakar.



Sekarang barula ada kondifen sikit ngadap orang.Makin pelan membesar,bekerja dan berjumpa ramai orang lama-lama benda ni akan membantu kau membina keyakinan diri.Tapi sifat pemalu tu still ada auwww



Okay tu je nak citer hari ni.
Bye.


Love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...