Friday, December 30, 2016

Dari Jendela Anny : Sehari di Dotty


Dari Jendela Anny : Sehari di Dotty


Hari tu lepas lama bercuti,kena la meeting dengan akak Siti kesayangan ramai.Biasanya memang selalu berjumpa di Dotty.Dekat dengan office Felda akak Siti.Dulu nama Dotty ni Doppio.Aku perasan masa dulu Doppio ni tak semeriah sekarang.Takde pastries and all.Now la baru banyak pilihan makanan,nak kopi-kopi sambil kudap-kudap benda manis pun syok.Aku suka manis-manis,tapi sebab aku minum kopi jadi dia ada lawan kat situ.Akak Siti ngan Lin tak layan kopi.Minum hot choc nak layan benda manis mana la masuk.Harusla korang montah kat situ.Lin ngan akak Siti kau kalau aku makan manis-manis ni,boleh sound lagi 8tahun aku dapatla kencing manis.Choiii sangat mulut.Adik-adik jangan lupa minum air kosong bebanyak okay.




Kengkawan diabetes.



Aku perati balik gamba-gamba dalam phone aku ni,banyakla Lin sibok ngambekkan gambar.Aku kan tak suka gamba proper.Biar candid takpe,lagi aku suka.Dulu-dulu masa kawan aku berblog,nak masuk gamba aku sikit pun aku tak suka.Bukanla tak suka apa.Pemalu la konon.Pastunya masa memula orang tak kenal,tetiba tegur,aku dok confuse juga.Eh mana orang kenal ni.Bila dah sampai main futsal pun orang tanya,aku dah tak keruan.Apa itu blog??Mengapa ramai orang menonton blog?Kenapa orang tegur aku ni?Wahhh ketinggalan sangat ni aku ni takyah la merasa pames anny nii..rupanya dah banyak sangat ni muka ni dalam blog ni..Now ni terpaksa la expose muka,dah tuntutan kerja.Akak Siti kita kalau aku tak update apa-apa kang takut juga aku kalau dia meroyan.Siapa lagi yang nak buat kalau bukan kitaorg sendiri.Ada la satu video ni,memang boleh tahan burok la jugak gaya jalan.Cara jalan akak Siti nampakla kemas sikit.Aku memang betul la wei nampak maskulin.Kenapa gagah sangat bersepah gaya jalan kau ni Anny?


video


Tapi gaya jalan ni boleh menggambarkan karakter korang tau tak?Contoh macam ni.





Gaya jalan sambil pejam mata



Orangnya suka membayangkan makan sedap-sedap dimasa hadapannya.Kalau pegi mana-mana,nak meeting ke apa,lepas kerja ke sikit-sikit carik makanan atau kopi.Orang macam ni lebih sayangkan makanan dan minuman daripada kawan-kawan.Jangan kawan ngan orang begini sangat.Orang macam ni pentingkan makan.




Gaya jalan sambil menunjukkan gigi



Yang ni selalu ada gaya konfiden kalau berjalan tunjuk gigi.Tambah-tambah akak Siti korang,taring tu mahal.Pemanis.Gaya jalan orang macam ni ada hala tuju.Dia nampak benda elok-elok je untuk masa depan dia kahkahkah



Gaya berjalan terbongkok dan sedikit menunduk



Ini gaya jalan dah tua tapi tak sedar diri.Kalau rasa bongkok tu amikla supplemen kalsium lebih sikit ke apa.Collagen Transbella pun okay sebab mambantu menguatkan ligamen,otot,tulang,mata,gusi,saluran darah,kulit,rambut,kuku,tendon..gaya jalan kalau yang menunduk sikit tu okay lagi sebab dia ada berasa sedar diri kahkahkah



Korang bolehlah kaji gaya jalan korang nanti.



Love love love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...