Friday, December 9, 2016

Dari Jendela Anny : Zaman Belajar

Dari Jendela Anny : Zaman Belajar

Kalau nak cerita zaman paling best dalam life aku,of coz masa time belajar.Walau tak tentu hala hidup tak cukup duit,tapi bahagiaaa je..takde pulak kebulur rasanya..

Masa sambung degree,aku duduk hostel kat dalam MSU tu dulu (dulu Kuptm).2 semester jugakla duduk dalam hostel.Pastu aku pindah luar..tak silap aku kalau kat Shah Alam je ada la dalam 8biji rumah aku berpindah randah.Seksa wei pindah angkat-angkat barang ni..tapi semuaaa angkut sendiri.Kadang kengkawan banyak tolong..nasibla ada kengkawan huhu.

Masa duduk kat Mahligai la paling best.Satu rumah tu sumbat-sumbat 9-10 orang duduk.Housemates semua budak uitm shah alam.Mimi,Mai,Ayu,Syidot,Fadilla,Min,Izan,Nurul,Ayu.


Mimi, Min, Angelina Juling, Siti Nurhalilintar, Mai
Sebahagian dari Mahligai kecuali yang macam Maskot DIGI tu

Ada yang amik course secretary,ada yang course industrial design..

Kalau time exam berteraburla segala mak nenek kertas dan manusia kat living hall.Aku tak selalu dapat melepak ngan mereka-mereka sebab aku buat keja part time.Jadi tak selalu kat rumah.Kalau kat rumah pun memang untuk tidur berehatlah kejanya.Kalau cuti pun ada la sehari dua melepak kat rumah..Habis-habis ikutla kengkawan gi minum air tembikai gelas besar kat ss15,Subang Jaya.Minum sampai kembong.Kau gila air besar jug nak habiskan..memangla habis.

Kat Mahligai ni ada swimming pool,ada club..Kalau aku cuti,suka la kitaorg semua terjun tiruk mcm percutian 3hari 2mlm tempat bapak aku yang punya.Memacam la gaya kuak lentang semua keluar.Yang nak belajar berenang nya la lagi.Lawak betul.Pastu laparrrr,kongsi duit beli mihun singapore kat club..dulu-dulu rm2.50 je wei..punnn kongsi..kakaka

Ada sekali tu pergi Bukit Cherakah.Ada basikal boleh sewa kat situ..apa lagi memasing macam beruk sarkis lah berlumba nak main beskal.Oii rioh kat hutan tu excited kemain la main beskal.Kalau ada orang asli duduk kat situ mau disumpitnya kitaorg bising kemain.Kayuh punya kayuh kat satu selekoh tu konon macam berasa main kat velodrom.Licin okehhh..zasss habisss semua berlanggar brek terbalik bagai..aku je selamat sebab sempat mengelakk haha.Tak silap aku punca accident bertubi-tubi ni ialah dari Izan.Habis yg lain semua cedera..habis kaki luka berdarahnya lagi..tapi kau ingat diaorg surrender ke..takkkk yaaa..lepas tu terjonnn swimming pool plakk macam kanak-kanak ribena..

Itulah zaman belajar.Zaman kenal manusia.Zaman mengejar cita-cita..Now semua dah ada life dan family masing-masing.Ada sejarah masing-masing.

Kalau dah satu rumah ramai-ramai tu,semua lah ada peel memasing.Tipulah kalau takde gaduh,takde terasa hati..Aku ni dah la jenis moody nya ya rabbi.Dulu la teruk..now ok sikit kot haha.Jenis sensitif mestilah aku tak suka orang push dan kacau aku.Aku selalunya bila ada sengketa atau terasa hati aku akan banyak diam.Diam sekali.Diam 50x.Banyak sikap suka mendiamkan diri je dulu.Kalau aku tengah bertenang tu,tetiba kena usik,kena push,kena tanya.Bila aku luahkan selalunya orang tak boleh terima.Last-last suruh aku admit kesalahan aku dah kenapa?Dah mintak maaf pun nak suruh admit lagi..bukan ke sesi luah-admit-maaf tu untuk sama-sama admit salah masing-masing dan forgive each other?Akuuuu jugaklah kena admit.Akuuu jugak yang salahhh..

Suraya je kot faham cerita atas ni haha..anyway,bila kita ada argument dengan kawan..kadang kita iaaa kan aje.Kita admittt je..kita minta maaf je lah.Bukan sebab kita ni loser.Sebabnya lebih baik kita kalah dalam argument daripada kita hilang kawan..kawan yang memberi makna dalam hidup kau.Jadi guys..buang ego.Ego itu perlu sikit dalam attitude kau tapi..kau kikislah.Jangan jadikan ia barah..cegahlah ia sebelum parah.
Cewah.

Love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...