Friday, January 27, 2017

Dari Jendela Anny : Aku Pilih Bahagia


Dari Jendela Anny : Aku Pilih Bahagia

Dah tua sangat rasanya aku sekarang ni.Bila tengok orang lain yang baru habis study,baru start kerja..teringat apala aku buat masa zaman tu.Apa tindakan aku,pemikiran aku,lifestyle aku..character..terejal sangat kau kiah oii time tu..



Dulu kita semua punya berbeza penceritaan.Dunia lain,kelompok manusia pun lain.Kisah suka duka yang kita kongsi dengan orang pun dah berbeza-beza.Bila ingat-ingat balik,siapalah orang yang maintain bersama kita sekarang compare dengan 10tahun dulu.Semua dah lain okay!

Kadang tanpa sedar kau telah pun buat pilihan.Kau tukar kerja ke,kau nak masuk kelas swimming ke,kau belajar main tennis ke gym ke,kau tukar boyfriend ke..tukar laki ke..tukar bini ke..tambah bini ke jengjengjeng

Yang pasti kadang nampak macam kau terpaksa buat pilihan untuk teruskan kehidupan.Kadang dipaksa pula tu.Tanpa sedar atas apa sahaja yang terjadi dalam kehidupan kau,walaupun kau susah macamana pun..kau tetap survive.Kau tak pulak mati sebab lapar ke,kau bankrap sekalipun..kau hidup je sampai sekarang.Kadang orang yang banyak masalah agaknya fikir sangat apalah nak jadi dengan aku ni..habislah punah kehidupan aku nanti..tapi tup tup hidup lagi dan boleh je survive sampai sekarang.Siap sihat lagi tubuh badan naik 10kilos kauuu

Itulah kuasa syukur.Nikmat bahagia yang diberi oleh tuhan.Allah tak bagi kau rasa lagi nikmat yang kau pinta-pinta.Tapi dia bagi tang lain.Kau ada kawan yang baik-baik.Kau dikelilingi keluarga yang memahami dan tak mengganggu kehidupan kau.Semuanya berlaku dengan tenang walau teruk badai melanda..hati dan perasaan itu semua Allah yang cipta.Kau syukur dan kau pilih bahagia.

Apa sahaja kau buat dalam hidup ini,kau memang kena tanya Dia.Kau susah kau cakap dengan Dia.Percayalah..ada satu masa aku susah dan tak tahu nak buat apa..aku tanya Dia dan berjurai-jurai air mata.Kau tak dapat jawapan dalam mimpi pun tapi memang tiba-tiba kau tahu nak buat apa.Tiba-tiba kau ada kekuatan buat itu ini,tak tahu mana datangnya kekuatan tu..Allah lah yang bantu.Itulah pilihan kau sebenarnya..

Teringat pada kawan yang sorang ni,pilih untuk tukar kerja sebab gaji 3x ganda tinggi naiknya.Tapi kena bangun awal,kena kelam kabut pagi-pagi which is lari dengan life dia yang tenang sebelum ni.Banyak kali call dan refer aku tanya pendapat.Aku yang kenal dia memang dah bagitau dia awal-awal,tak payahlah sebabnya memang tak sesuailah dengan gaya hidup dia yang tak suka runsing-runsing,tambah boss baru lahnat dia kau kena hadap lagi..dan aku suh dia tanyalah Allah..kau akan dapat jawapan..hindustan betul ingat balik kawan aku ni,siap call nangis-nangis dalam LRT haha

Sekarang beliau bahagia dengan pilihan yang telah beliau lakukan.Tinggalkan kerjaya gaji berganda,untuk lakukan rutin yang lebih bahagia.

Kita yang menentukan kehidupan kita.
Samada kau pilih derita atau bahagia,itulah pilihan..

Love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...