Friday, January 13, 2017

Dari Jendela Anny : Idola

Dari Jendela Anny : Idola.
.
Last week Jendela aku tutup.Jiwa kacau macam tu lah..nasib baik Suraya ni memahami.Dalam pada memahami sangat akak korang ni, minggu ni dah 2-3x dia remind aku pasal Jendela.Jendol jugak dia ni.


Dalam pada aku sibuk membesarkan diri dan melalui kehidupan zaman belajar hingga bekerja di ibu kota ni(eceh ibu kota),ramai jugakla aku kenal kawan-kawan yang sama susah dan struggle untuk hidup.Ada sorang ni,dulu aku kenali cuma seorang engineer lepasan diploma mencuba nasib menjadi seorang unit trust consultant.Background keluarga sudah tentu bukan dari golongan kaya,orang kampung.Masa bermula tu aku tau,dengan menaiki motor kehulu kehilir berjumpa client.Park jauh-jauh taknak orang nampaknya lagi..Dengan takde duit nak telefon client,ada duit syiling je.Menagih simpati upline untuk meminjam telefon lalu dicampaknya syiling-syiling didepannya..aku tau itu antara salah satu moment yang beliau takkan lupakan dalam hidup.Sekarang beliau bergelar jutawan.Jutawan muda.Bukan sekadar nama jutawan aku namakannya,tapi aku tau figure juta-juta dalam account simpanan beliau di tabung haji dan asb.Kekalnya hidup beliau tanpa facebook,tanpa instagram..tanpa posting melibatkan kehidupan beliau yang selesa untuk menarik minat orang,beliau tetap cool dan berjaya..
.
Seorang lagi yang aku kenali,sangat rajin,bersemangat dan pemurah.Pemurah bukan sebab beliau kaya.Tapi sikap beliau yang aku kenali,beliau memang pemurah sejak tak ada apa-apa lagi.Sanggup sahaja beliau dahulukan duitnya pada aku tatkala aku perlu membayar yuran pengajian semester yang baru dibuka.Aku tahu,itu jelah duit yang beliau ada untuk menampung diri hingga akhir bulan.Kepayahan apa je yang telah aku saksikan pada dirinya,menampung kehidupan sendiri.Memberi duit lagi pada mak ayah di kampung.Dengan belajarnya lagi..Sekarang beliau sedang membina empire yang beliau idamkan suatu ketika dulu.
.
Disini aku tahu,selain Allah yang membenarkan semua kejayaan-kejayaan dicipta hambanya..aku tahu beberapa konsep dan sikap manusia begini dalam mengharungi kehidupan untuk menuju kejayaan.
.
Konsisten
2 idola aku ni aku kenal lebih 10tahun dulu.Mereka cebur bidang yang sama dan tidak pernah berubah.Tahun pertama,tahun kedua,tahun ketiga...banyak up and down dan mungkin tak betul-betul sampai puncak.Tapi pada tahun ke 10,baru Allah bagi kaw-kaw apa yang diaorg nak.Melimpah ruah..apa yang aku nampak diaorg ni konsisten dan tak pernah stop dengan apa yang diaorg buat.Buat sampai jadi.Ini kau baru cuba sehari facebook ads takde orang pm tanya harga kau dah give up.Apatah lagi kalau nak tunggu sampai 10tahun memang merepot la kau.
.
Sedekah
Memang sedekah dan berkongsi rezeki ni buatkan kau lebih tenang dan Allah berkati rezeki kau.Bayarlah zakat.Tiap kali gaji tu terus bayar lagi bagus.Diaorg ni jangan kata sedekah kat manusia,sedekah kat anjing kucing tu pun dah biasa.Siap makanan anjing dan kucing biasa dalam kereta sebab kalau nampak teruslah boleh bagi..Ye kawan aku muslim.Dia nak naik office dahnya selalu anjing tu jaga office dia kat bawah.Senang,tak perlu lah kau hire guard yang silap haribulan dia kautim kawan seniri pecah masuk office kau.
.
Hubungan
Mak bapak confirm no 1.Ada duit ke takde duit ke,memang la ni dah jadi habit diaorg ni berkongsi.Rezeki tu dah tercatit bukan hanya untuk kau sorang.Memang untuk dikongsi.Diaorg ni aku perasan suka meraikan tetamu dan kaum keluarga.Eh masa diaorg hidup tak bape kaya pun,ada masa boleh belanja kat mamak satu meja semua pun dah kira bagus wei.Ini ada yang duit kepok-kepok pun belum tentu nak belanja kau.Nak keluar duit dulu pun takut,tengok kiri kanan sapa keluarkan dulu..ehhh ada yaaa..ramaiii..bukan suh belanja pun.Bayar seniri punya je haha
.
Attitude
Merendah diri antara ini lah sifat terpuji yang aku kagum pada mereka-mereka ini.Kau tahu diaorg ni orang yang segan berkongsi kejayaan.Orangnya senyap je,kejayaan tu kantoi bila kau kerumah ke..atau kau temankan mereka-mereka berjumpa client ke..tumpang kereta mereka yang super wow ke..ada sorang ni aku kenal,naik kapchai je ke kedai beliau diseluruh kl ni.Yelah naik kereta karang jam plak.Tapi kat belakang kedai beliau nahhh Panamera sebijik.Tapi punyala tak sombong,aku nak jumpa berkali-kali pun takde hal.Call pasti angkat kecuali waktu solat,beliau akan berada di mesjid.Ini ada yang call nak buat appoinment pun dah sombong,kena guna orang tengah untuk jumpa dengannya..itu aku tak tau la harta agaknya ada cecah RM2.6b beserta jongkong emas la kot kuengkuengkueng
.
Jadi...apa yang aku dapat simpulkan kat sini.Apa je kau buat,kau kena suka dan bukannya kau suka baru kau buat..Kalau kata kau suka memasak dan kau bukak kedai pun,tak tentu kedai kau laku..bukan sebab kau tak pandai masak atau makanan kau tak sedap..Semua kena ada ilmu dan tindakan..kau kaji dan jangan give up.Kau gagal sekali,2kali..3kali..orang lain beratus kali pun..Kau bangun dan terus lari..yang bangun dan berlari tu kau akan puashati,walaupun kau pernah jatuh berkali-kali..
.
Love
Anny.



2 comments:

Dik Teh said...

nice post. sangat menyentuh hati saya

cikkyra blogspot said...

setuju sangat. setiap apa rezeki kita dapat tu ada rezeki orang lain juga.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...