Friday, January 20, 2017

Dari Jendela Anny - Jangan Sombong


Jangan sombong.



Aku ada 15minit je nak kena siapkan entry hari ni untuk Suraya eee takott.

Aku nak cerita pasal orang sombong.

Dulu aku selalu kena perli dengan satu kaum yang agak memandang rendah pada aku.Aku bukan cakap saja ni atau perasaan aku yang buruk sangka ke apa..tapi dari cara layanan dan bahasa yang kaum ni tuturkan bila berurusan dengan aku sangat mendukacitakan..contohnya bila ada kes-kes tertentu,tiba-tiba kaum ni menghentam aku contohnya

"Kalau dah tau takde duit,buat cara takde duit.Tak payah nak poyo beli kereta!"

"Kita kalau nak berurusan dengan orang,nak bawak masuk dalam kaum kita..kita kena tengok orang tu siapa.."

"Anny,yang datang kat sini semua Vvip,Vip..tak sama dekat sana.So please behave.."

Bagi aku..ayat-ayat macam ni cukup sombong.Tapi,aku sikit tak pernah lawan.Buat muka.Buat muka menyampah ke.Senyummm je..tapi hati bengkekk.

Benda ni dah makan tahun.Tapi memang tersemat di hati aku.Bukan sebab dendam.Tapi bekas luka yang dalam.Banyak lagi ayat-ayat pedas yang tersemat tapi biarlah aku simpan kemas-kemas.

Mungkin itu dulu.Mereka-mereka pun dah lama dulu aku kenal.Mungkin sekarang mereka sudah berubah.Menjadi orang yang lebih baik.

Tapi satu kita kena ingat.Langit tak selalu cerah.Dengan siapa kita berurusan,tolongla jangan sombong.Jangan sangka buruk.Jangan fikir keupayaan seseorang tu kurang bagus dari kita.Amalan dia,baik buruk dia..kita tak tahu nasib masing-masing macamana.Kita tak tahu mungkin akan datang,orang tu yang tolong kau..kemain kau nak sombong-sombong.Tak bagus wei..

Biarlah kita dipandang orang yang kita ni tak baik pun,bukan alim,tak berharta sekalipun..kita je tau kita macamana..

Tapi,budi bahasa dan hormat kita pada orang lain lebih penting.
Bila orang hormat kau,kau balas hormat semula pada dia..
Bila orang tak hormat dan caci kau macamana pun..kau balas berganda hormat kau pada dia..


They represent their ideology,
You represent yours.


Love,
Anny

1 comment:

Amanda Suria said...

Setuju dengan Anny dan entry di atas..indeed

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...