Friday, February 10, 2017

Dari Jendela Anny : Aunty Jamilah


Dari Jendela Anny : Aunty Jamilah



Beberapa hari lepas selepas balik meeting dengan Suraya,aku terus ke Empire Mall niat untuk membasuh kereta yang dah berkeladak.Sesambil menunggu another appoinment selepas lunch dan takut terlepas Zohor nanti,jadi aku pun ke surau.Nanti dah sibukkan sangat appoinment solat pun gagal.Lepas siap solat,aku pun touch uplah sikit muka kasik semenggah.Takdelah macam pompuan kena rasuk kot rupa aku nanti..tiba-tiba aku disapa..

"Assalamualaikum.."
Aku pun memandang orang tu..
"Waalaikumussalam.."
Aku jawab.

Terkebil-kebil seorang aunty cina mendongak memandang aku lalu terus memandang penuh dengan senyuman seperti mengenali aku..

"Cantik" katanya..
"Haaa cantik?" aku membalas gelak-gelak cemas..sebenarnya terkejut disapa begitu..

Aku pun mengalihkan bag diatas kerusi memberi laluan aunty untuk duduk..dan aku pun teruslah touch touch touch up muka aku kasik jadik macam Angelina Julin..dari tepi..

"Kaki aunty sakit" keluhnya..
Dalam hati aku terdengar perbualan aunty tadi menyapa orang-orang di surau yang bekerja di mall tu.Bunyi dan rupanya memang macam cina.Dalam hati nak bertanya,dah berapa lama masuk islam.Aku padamkan niat..ahh kau kenapa kalau dia masuk islam semalam pun,sibok nak tanya.Sebenarnya,aku nak mulakan perbualan tak tau nak tanya apa..

Aku ternampak jari kakinya berbalut seperti luka.
"Kaki kenapa aunty?"
"Luka..luka lambat baik sebab ada kencing manis.."
"Aunty hari-hari kena cuci tau,tukar balut ni.." kata aku..
"Ya,aunty ada ubat cuci hari-hari.."

Kalau dah pakai kasut semasa bekerja,mestilah sakit.Katanya,tak boleh pakai selipar.Nanti boss marah.Aunty bekerja sebagai tukang masak di Madam Kwan,pekerja kontrak dan akan tamat dalam bulan 6 nanti.Sudah 4 tahun aunty berkhidmat disana.

"Aunty tak dpt bonus,sebab aunty pekerja kontrak."

Masa ni perbualan aunty dah agak beremosi.Aku taknak memandangnya sebab nanti takut beremosi sama,aku kan spesies emo.Aunty tinggal di asrama yang disediakan tempat kerja,suami dah lama meninggal dunia.Anak-anak semua dah berkahwin dan menetap jauh-jauh seluruh Malaysia.Kadang-kadang adalah yang hulur duit katanya.Aku dah mula sedih.Terkenangkan mak abah.

"Anak bongsu aunty adalah juga tinggal di KL ni.Hari tu dah berhenti,aunty juga kena bantu.Hari ni ada interview.Aunty sangat-sangat doa mintak biarlah dia dapat kerja tu.."

Masa ni air mata aunty dah mengalir dan dikesat-kesatnya.Aku mintak nombor telefon  Aunty Jamilah ni,dan aku hulur dia apa yang aku mampu.Berkali-kali dia mengucapkan salam dan terima kasih..

"Aunty jangan sedih ya"

Kau bayangkan kawan.Umur aunty dah 70 tahun.Sangat uzur dan nampak sangat dah tak larat nak bekerja.Tua begini ikutkan dah banyak berehat.Kerja kedai makan memang memenatkan.Dengan terpaksa berdiri sepanjang masa.Tambahan yang ada sakit semua.Kita yang muda dan sihat ni pun tak larat nak berdiri lama-lama.Apatah lagi kudrat baya abah aku.Sesambil aku berjalan menuju ke kereta,berderai juga air mata.Tak sanggup kenangkan kepayahan aunty atas desakan hidupnya.

Kita rasa kita dah cukup susah.Kita punya 1001 masalah.Kita bayangkan apalah akan jadi dengan kita dalam tempoh sekian sekian dengan masalah kita yang tak berpenghujung.Tapi Allah tu bagi segala nikmat,kau bangun tidur kau sedar..kau masih lagi berpeluang meneruskan kehidupan.Dan masalah-masalah yang menghantui hidup kau selama ni,kau masih boleh harung dan tempuh.Kau masih boleh survive!!!

Kita tak tahu tentang keperitan hidup orang lain.Yang mana benar-benar susah seperti aunty ini,yang bekerja pada usia begini..kita pandanglah,kita selamilah..sebab hati kau dan jiwa kau pasti lembut.Ini kita sikit-sikit risau dan sikit-sikit gaduhkan sangat tentang duit.

Aku anggap ini jelah cara kita boleh bantu-membantu sesama ummah.

Biarlah kita tak berduit sekalipun sebab asyik memberi,daripada kita kaya dan kedekut kerna takut memberi.

Kau rajin-rajinlah pandang orang yang susah,nescaya hati ego kau jadi lemah..

Love,
Anny

P/s : Sesapa yang nak hulurkan bantuan pada Aunty Jamilah boleh email surayasulatin@gmail.com nanti I bagi detail bank account semua ok? TQ - Suraya

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...