Friday, February 3, 2017

Dari Jendela Anny : Kawan Lagi?


Kawan lagi?
 


Dulu hidup kat KL ni,aku membesar dengan Atta.Aku tinggal dengan Atta beberapa tahun.Kadang dah pindah kampus,balik kampung pun masih ke rumah keluarga Atta.Kalau Atta dating,aku kena ikut dating.Kalau Atta nak jadi tourist ala-ala singaporean,aku pun jadilah tourist sekali tapi ala-ala philipino.Atta suka pakai tuala putih ikat kat kepala,masa tu nampak comel la lagi.Tapi kalau skang kau buat orang ingat kau keja kat kedai mamak.Tapi still stylo la amik order customer gitu..


Tinggal sekali ni dah macam adik beradik ibaratnya,tipu la takde gaduh.Atta ada taekwondo,aku ada silat cekak.Aku ni bangsa emos,selalu banyak diamla kalau gaduh.Suka menyendiri nak tenangkan hati.Tapi jangan push,sekali bersuara kau memang pedihla..orang selalu tak boleh terima cara aku sebab mulut manis ni mana pernah hentam orang hehe.Tapi itulah kenangan,kau gaduh,kau hentam,kau tetap dan masih lagi berkasih sayang hingga kini.Umpama adik beradik ibaratnya air dicincang takkan pernah boleh putus..



Bengang la Natra aku letak gambar ni. Lantak la. Kah kah kah


Kadang bila dah merajuk,sorang ke utara,sorang ke selatan..lepas tu masing-masing singgah kat port yang pernah memadu asmara.Eh korang ni..umpama bercinta drama.Begitulah lumrah kawan.Zaman dulu-dulu,kau masih single.Memang hidup mati kau dengan kawan baik kaulah.Kau jatuh motor,dia pun jatuh motor.Kau demam,kawan kaulah yang urutkan.Kau nak spy,kau nak tengok girlfriend baru ex kau semuaaalah kau temankan kahkahkah


Dengan Atta,aku belajar erti kawan.Belajar aware kesusahan orang lain.Belajar yang setiap keluarga punya cara dan masalah yang berbeza.Kita cuma perlu syukur setiap lorong yang Allah cipta untuk kita.


Antara kawan yang banyak membantu aku masa study dulu ialah Kak Sureen.Ditakdirkan duduk serumah,dia pun memang nak carik bilik sewa.Aku dan syidot yang sebilik masa tu terimalah lagi sorang penghuni bilik.Kitaorg selalu tidor kat luar je jadi takde masalah pun kalau Akak ni tinggal sekali.Ada satu masa aku kesusahan nak ke tempat kerja part time masa tu,Akak ni lah yang offer.Accountant tapi pakai motor kapcai pegi keja,kau ada?Jadi tugas aku lah yang menghantar beliau pepagi ke office,balik kerja samada beliau balik sendiri atau aku ambil gitulah..itulah memori segar kawan-kawan yang membantu.Allah ni pasti ada sebab kenapa dia beri kau jumpa si polan dan si polan.Semua bersebab.Bukanlah semua yang kau jumpa ni kena hidup bersusah payah dengan kau.Tapi sekurang-kurangnya bila kawan dah ada anak baru lahir kau ucap selamat,kawan kau dah happy,kawan kau naik pangkat kau ucap selamat,kawan kau happy atau kejadian tak diingini berlaku kau pasti akan jengah kawan kau..Jauh,rapat atau tak hanya kau yang cipta.


Kau sanggup lupakan mereka yang banyak bantu kau ni meski kau ada banyak teman baru?Tentu tidak..



Jadi jika ada yang bertelingkah,yang kelompok-kelompok melihat mereka bertelingkah..damaikan ajelah..bukan aku kata..Allah yang kata..


Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat - al-Hujurat 49:10


Love,
Anny

1 comment:

Miss Moon said...

touching plak baca entry ni ..

sob sob ...aku sentiasa doakan yg baik baik utk kawan kawan aku. Baik yg baru mahupun yg lama .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...