Friday, February 24, 2017

Dari Jendela Anny : Kelas Mekap

Dari Jendela Anny : Kelas Mekap

Jap, sebelum korang baca apa yang Anny tulis, meh la baca Suraya tulis dulu eh? Ni kakak angkat korang ni boleh eh dia bagi entry harini 2 baris je? Sesuka hati dia jeeeeeee. Semalam dah remind cakap harini ada segmen dia sebagai penulis jemputan dalam blog ni. Lepas tu dia cakap 'Ok Surayaaaaa. Nanti aku bangun pukul 3.00 pagi draf entry ko eh? Ko jangan risau sebab aku pon suka jugak ada routine macam ni'. Sekali, ni je sekentut ko bagi eh Anny? Pui! Pakkal la takde depan mata, kalau tak memang aku dah tunjal dah. Tujuan entry dia sebab nak bagitau pasal make up class. Ha, kira sampai la maksud dia tu InsyaAllah. Macam last time, time ada ucapan pembukaan sebelum si Kerol baca doa time Makeup Workshop yang pertama, Anny duduk la sebelah I. Berdiri tegak macam maskot. Takde fungsi pon. Dia tukang pegang kotak ANNESURAYA SKINCARE je. Haha. Anny ni, kalau bagi dia mic pon, suara dia bukan keluar sangat. Dia kata dia pemalu. Dia kata laaaaaaaaaaaaaa. Tapi I doubt that! Hahaha. Yang dah kenal lama je tau dia pemalu ke tak.


Kata Anny buat muka comel, hasilnya.....
Semalam petang kitorang jumpa sekejap mengopi di La Petite Dotty's dekat sebelah office I ni. Taknak dah sebut office dekat mana or cerita pasal office kang controversy pulak. I found out ada sorang ni yang purak-purak macam taktau apapa pasal kes I minggu lepas ni, belakang dia la nombor satu tumpang seronok forward entry tu dekat orang HR office I. Taktau la apa tujuan dia. Sebab nak HR ambik tindakan ke apa or dia sebenarnya yang forward pada boss besar, hanya dia dengan Allah je la yang tau. I pulak a bit upset sebab ingatkan agak rapat so patutnya dia refer la apapa dekat I kan? Tapi tak, dia chose to menyebarkan instead. Depan nampak baik tapi belakang macam tu rupanya. Sampai sekarang dia buat bodoh je takde cakap apapa dekat I macam takde apapa yang jadik. I pon takde cakap apa. Padahal I tau dia one of orang yang buat menda ni viral tapi malas nak tanya-tanya dia, kang jadik besar pulak. Takperla.... Pilihan dia. I ok je. Sedih la sekejap 2 3 hari. Lepas tu dah let go. Forgive and forget. Betullah ada perumpaan ni berkata, Waktu kita susah lah kita boleh tau sapa kawan, sapa lawan. Ramai yang bersimpati tapi ramai jugak yang menanti berdiri depan kita, bersedia untuk bertepuk tangan untuk tengok kita jatuh.  Ramai sangat-sangat yang depan I punyalah baik, tapi belakang seronok betul buat WhatsApp Group just untuk mengata I macam takde menda lain nak buat. Nampak sangat hidup mereka boring sampai terpaksa menjadikkan I object supaya hidup mereka lebih meriah. Kesian sangat.

So, choose your friend wisely ok? Orang hipokrit merata-rata. Kena berhati-hati. Ok dah panjang dah entry ni baik aku je yang tulis entry ni. Hahaha. Jom tengok apa Anny tulis yang dua baris ni je ok? Nak tau apa dia tulis senang je. Lepas titik takde space tu. Sampai Rish dengan Intan tak puas hati. Hahahaha.

Anny Tulis


Aku belum pernah attend mana-mana make up class sebelum ni.Sejak collaborate dengan Iman dan Linda,barula tau teknik yang betul nak membentuk kening.Sebelum ni banyakla dah belajar dari youtube.Tapi still belajar seniri dan praktikkan kat kelas yang kitaorg organize masa tu lebih kondifen keningku...kalau tak kesian kening aku asyik kena kutuk je ngan Suraya.





Jangan lupa kelas make up nanti ya,pada yang belum join lagi tu dan nak belajar-belajar tu jomla..this time lebih meriah sebab ada Kathy dan Yana.Aku tak tau la kelas tu nanti jadi make up sambil berjoget ke atau banyak makan ke..Yang pasti Kak Siti korang ada,dan Dato Kes tak ikut sama..sebab misai Dato belum trim..kahkahkah ok tak lawak..

Call ke whatsapp ke.
Boleh jerr..
Jom eh?

Love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...