Friday, February 17, 2017

DARI JENDELA ANNY : KISAHNYA SITI.

Kisahnya Siti..

Petang kelmarin dapat call dari Suraya masa nak balik.Berdebar-debar masa dia dok cerita kisah viral blog nya dalam pejabat.Aku ingatkan cerita apalah...tapi aku dapat rasakan kekalutan kegelisahan hati Suraya.Dia kalau tak boleh brain satu-satu benda tu mau muntah.haha sorry Suraya tergelak kecil..



 

Aku sebenarnya tak sempat nak baca kisah tu,aku mintak Suraya sendiri bagi aku baca nak hadam kisah tu dulu.Baru senang nak bagi pendapat..hehe 

Anyway,kalau kau teliti bebetul apa yang Suraya nak sampaikan.Tang yang aku rasa pakai tudung memahal tu..okla kot terasa haha.Tapi wei aku pakai tudung limabelashinggitje kiah okay je uols..kalau kau dah lama baca blog dia dan kenal dia personally memang kau takkan terasa wei.Maybe la sebab aku kenal dia.Tapi begitu jugak readers Suraya,aku rasa la..Suraya ni suka nak bagi orang betul-betul rasa apa yang dia gambarkan.Jadi kait sana sini tu dia main tangkap muat apa yang dia rasa,sedap jari nak tulis.Kadang orang rasa benda tu berlagak.Tapi ko kenal la dia ni..memang dia ni takde benda ponnn sama macam aku hahahah

Dia dah pun minta maaf secara terbuka,aku pun nasihat juga.Kadang kita tak tahu salah kita kat mana.Tak boleh nak jaga hati semua pihak.Tapi kita cuba.Ramai membaca bermakna ramai juga yang menyokong dan membangkang..Kau bayangkan la Pattah Amin,Najibun,Angelina Julin dan Siti Norhalilintar..inilah harga yang perlu dibayar bila kau terkenal dan acah-acah terkenal.Kena hentam.Itu standard.

Tapi kawan...kau jangan hukum manusia sampai tak kenal asal usul.Kau hukum laki beliau kaya maka beliau tidak berduitkah membeli LV sebijik menggunakan duit beliau sendiri..tak perlu kata gitu kawan.Kadang sebab kau kawan baik,kau tau apa amalan kawan baik kau buat.Beliau pun cuba nak memperbaiki amalan beliau dengan tuhan.Bangun solat malam dan berusaha mendapat redha suami dan Allah..Kau suruh beliau ingat asal usul tu,kalau beliau berlagak menayang seluruh harta benda pusaka tu layaklah juga beliau dikatakan lupa daratan.Ni kadang makan rojak ayam warung pun beliau heret gua sekali..chill okay?

Itulah bila dah berkecil hati dan marah,hati kita jauh jauh..cuba kita rapat rapatkan,pasti kau simpan rasa tak puashati tu dalam-dalam..

Kosong-kosong okay?
Siti Nohaliza confirm citer pasal makannnn je lepas ni hehe

2 comments:

Buddy Bard said...

Hati manusia susah kita nak puaskan... Dengar dan wat peace je kak su... InSyaAllah sampai seru diam lah org tu...

norasiahnasir said...

cte apa plk ni...

erm..aku pun pakai tudung rm10 je..beli kat pasar mlm.. bagi aku terserahlah kat diri sendiri..kalau ada duit pakai la tudung mahal..duck scart ke (teringin) xde duit beli je lah tudung bawal rimau kat pasar malam..

sebenarnya..ukur baju di bandan sendiri..sendiri tak mampu ..silalah mampu tgk..itupun patut syukur dah..Allah bagi kemampuan untuk tgk tudung mahal2..

hidup ni takyah stress sgt..chill je..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...