Friday, March 17, 2017

Dari Jendela Anny : Bahaya


Dari Jendela Anny : Bahaya


Ni kisah budak pompuan kena toreh muka dengan penyamun beberapa tahun lepas.


Last few days bersembang dengan Suraya kisah bahaya dia tersesat kat bangunan lama memang menakutkan.Kita ni dah la pompuan,kudrat pompuan apa sangatlah kita boleh buat nak lawan penjahat.Unless la tetiba kau bertukar jadi catwoman ke doraemon ke..sempatla nak buat apa-apa pun.


Aku dulu few times jugakla berhadapan dengan keadaan bahaya.Sekali tu,aku ingat lagi..bawak kereta sengsorang dari Subang nak balik Shah Alam.Lepak mamak je pun tup-tup dah kul 2-3pagi.Masa balik drive sengsorang dah dekat nak sampai traffic light kat Subang tu,aku dah terpandang cermin belakang sorang mamat bawak motor macam mengekor belakang aku.Makin nak dekat traffic light merah aku pun bertindaklah meng slow down kan keta.Seperti yang dijangka,dia pun turut slow kan motornya dibelakangku.Makin aku slow,dia pun lagila slow..sampai la aku berhentikan aje keta untuk bagi laluan mamat ni jalan depan aku so mamat ni terpaksa la jugak bergerak menuju ke traffic light.Memang aku dah agak dah mamat ni follow aku ni.Sekali bila traffic light dah hijau,aku tengok dia tak bergerak-gerak macam menunggu aku.Lahnat betul wei,aku pun tunggu sampaila dia jalan baru aku jalan wei.Aku make sure la aku memang jalan belakang dia kali ni..dah sampai kat depan tu ada 2 simpang.Ke kiri nak naik arah Subang semula.Straight pulak memang jalan aku nak pegi Shah Alam ikut glenmarie.Sekali aku nampak mamat ni depan aku naik ikut kiri..okla aku selamat so aku straight jelah.Sekali dah kedepan sikit aku nampak dia boleh pusing balik kejar aku yang nak masuk glenmarie ni..woiiii kong jaq apa lagi gua pun pecutlaa tapi ubah haluan terus masuk kanan ke federal hiway menuju ke kl.Kat federal at least adala jugak keta dan motor tak bley simply ikut jalan federal ni jadi agak selamatla disitu.Lantaklah kena pusing jauh pun..janji mamat tu tak mengekor aku wei.Berdebar-debar aku masa tu wei kong jaq mat mot ni..

 Ni la kes budak kena toreh muka tu. Ingat tak?



Ada sekali tu pulak,masa aku nak gi appoinment kat Setapak nun.Masa tu awal pagi,kawasan still lengang.Kedai masih tak banyak yang bukak,kawasan baru dan takde orang..masa aku nak keluar keta aku prasan ada 2 orang mat mot ni.Dok buat apa ntah,lepak je kat motor tu.Masih pakai helmet.Aku pun tercari-cari blok yang aku nak pergi,lepas tu sampai kat lif aku pun tekan lif nak kena naik tingkat 3.Sekali mat mat mot ni datang mai tunggu sekali nak naik lif gak.Ohh hatiku tetiba cemas.Sekali pintu lif pun terbuka dan aku masih kaku untuk bagi laluan mat mat mot ni naik dulu.Nampaknya diaorg pun mcm tunggu bagi aku naik dulu,sampai la lif ni nak tertutup dan aku acah-acah nak tekan lif jangan tertutup jadi diaorg pun tekan dan masuk lif..bila diaorg dah masuk,aku pun terus jalan pi tempat lain laju-laju wei..ntahlah aku memang selalu berhati-hati.Sebab aku keja selalu kehulu kehilir sengsorang kan.Jadinya kena peka dengan keadaan sekeliling.Kot la aku naik lif tu dgn diaorg pastu kena rompak dlm lif tu kan ke naya..lainla tetiba aku bertukar jadi hulk ke memang aku baling terus mamat tu sekali dengan lif tu aku baling.Hebatkan aku? Kahkahkah



So korang yang mana selalu kerja luar,sengsorang perempuan pastu berjalan sana sini tu tolong alert dengan keadaan sekeliling.Kalau rasa dah tak sedap hati ke atau cemas ke..tak kondifen ke..janganlah teruskan,ubahlah haluan..tak pun sediakanla pepper spray ke apa.Tapi takde maknanya kau sempat nak buat apa pun.Jadi korang please kalau boleh bertindak cepat fikir cara selamat kay..



Semoga Allah lindungi kita semua daripada perbuatan jahat dan khianat manusia.
Amin.



Love,
Anny

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...