Friday, March 3, 2017

Dari Jendela Anny - Ciri-ciri Orang Hebat Meniaga (Tajuk gimmick je wei)


Dari Jendela Anny : Ciri-ciri orang hebat meniaga (Tajuk gimmick je wei)

Aku rasa dalam beberapa tahun kebelakangan ni, ramai yang telah membuat kerja part time sambil bekerja.Yang jual tudung,kuih raya,barang kosmetik,baju,pakaian..dan macam-macamlah nak tambah pendapatan..kadang ada yang capai beribu-ribu income hasil dari pendapatan sampingan.Tak kisahlah jual online ke offline ke..

Dah capai income ribu-ribu sebulan,nak pula capai puluh-puluh ribu.Impian kan dah besar,haruslah buat strategi baru.Try pulak cara A,cara B,buat produk seniri and all..networking dah luas.Dah kenal supplier A,rakan B dan segala info di jari kita..mulalah memasang impian-impian besar.

Aku bukan nak cerita tentang bagaimana seseorang tu dapat naikkan income dia sebulan.Sebab zaman sekarang ni,semua orang dah pandai cari duit lebih.Nak dengan taknak je..

Aku nak cerita cara meniaga yang kau jangan contohi.Sebab yang nak dicontoh dah ramai..yang tak dicontoh ni,kita boleh perati diam-diam perangai memasing.




1.Suka cerita buruk hal produk orang lain.

Kalau kau kenal owner atau penjual tu,lagila..kau ceritala semua hal kehidupan dia,dulu dia pernah jual a tak jadi la,kau kata dia jual b tak sedap la..macamkan kau jaga statistik jualan dia setiap hari.Biarlah dia nak jual apa pun..dia jual a ke b ke c ke semuanya bersebab.Kehidupan ni kan ada try and error.Mencuba dan mencuba.Biarlah dia nak mencuba pun..adat meniaga maa

2.Curik database peniaga lain.

Kau senyap-senyap pm customer kat page orang,offer lagi murah..hebat orang meniaga skang.Sailang-sailang ni standard.Tapi yelah,itu rezeki cara dia.Dia sailang pun tak tentu dapat.Betul la cara tu..semuanya betul.Tapi cara tu aku rasa tetap tak beretika.Orang tu dok bayar ads kat page yang dia create.Tak alih kau pm semua yang berminat tu..yang mana dok comment comment..kau pm personally.Page pun macam kedai jugak.Kau bina indah-indah tak alih orang ceroboh amik customer kau..kan itu satu amalan tak murni.Takde prinsip dan semua amik jalan pintas.Tapi kannya lantak kaulah..asal kau bahagia.Aku tak kuasa desperate gitu.Banyak cara lain..

3.Takut nak turunkan ilmu.

Takut nak bagi tunjuk ajar.Memanglah semua ilmu tu berbayar,memang tak mudah nak menuntut ilmu.Kau nak cari mentor pun bukan senang.Yang at least boleh kurangkan kesilapan-kesilapan yang kau akan buat.Kurangkan risiko.Tapi kebanyakan orang skang,jarang nak kongsi.Bagi aku,mana kau boleh kongsi..kau kongsi dan ajar.Takde istilah kau makan a pun nak,kau makan b pun nak.Ni kadang orang risau sangat,bila ajar dan bagi komisen.Risau bila dah ajar dia akan earn lebih banyak dari kita.Kita meniaga bukanlah nak earn profit semata.Depends kat orang tu,mungkin dia ada misi tersendiri.Nak bayar hutang ke,nak beli rumah ke.Kita tak tau pun.Selagi dia tak melanggar tatasusila,jujur dan bantu kau kira okaylah.Kita ajar dan kita bagi dia fly.Dia tinggalkan kita pun tak apa.Macam cikgulah,ajar kau kat sekolah.Pastu last-last kau teruskan kehidupan kau pun,bukannya kau ingat jasa-jasa diaorg sangat pun kan.Berapa kerat sangatla yang masih berhubung dengan cikgu sekolah.Atau kat uni..termasuklah aku hehe..masa tu mungkin kurang matang.Jadi kau tak terfikir nak berhubung dengan diaorg lepas habis spm.Tapi..kau ingatlah jasa diaorg sikit.Jumpa je tegur ke,cari kat facebook ke..Orang-orang macam ni lah yang tambah nilai dalam kehidupan kau.Yang membentuk kau kat sekolah,kau pandai ke tak pandai ke diaorg ajarrrr je kan.Samalah macam mentor-mentor yang korang refer.Macam aku,dalam dunia construction ni memang bos cina aku lah banyak membentuk aku jadi mcm sekarang.Tak sukses pun..tapi attitude,cara kerja,budaya dan respect.Aku rasa beruntung dapat kerja dengan boss aku walaupun diaorg taklah sayang aku pun.Tapi dengan pressure kerja yang aku terima,cara layanan,cara nasihat yang kadang-kadang sakit otak aku nak terima kutuk keji kau.Membentuk kau jadi orang yang kuat dan kental sebenarnya..

Masing-masing ada cara tersendiri.
Ini antara yang aku boleh kongsi.
Next time aku kongsi lagi..


Love,
Anny

1 comment:

LeYa n Otomen Taro said...

Betul tu... Setuju... LeYa dah penat menghadapi orang2 spt tu.. Ade je tak kena.. Tapi LeYa tetap berusaha juga... Fikir positif.. Kdg2 tanpa yg negatif ni, kita tak bangkit dari kesilapan..ekeke..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...