Friday, March 31, 2017

Dari Jendela Anny : Maaf

Dari Jendela Anny : Maaf

Dah lama jugak rasanya aku menulis kat blog Suraya ni. Yang pada asalnya dipaksa.. Lepas tu rasa dah macam kebiasaan untuk submit artikel pada dia untuk publish setiap Jemaat. Wow bunyi Karangkraf sangat tauu.. Sepanjang aku hidup dan menjalani kehidupan, aku dah jumpa ramai orang dan ramai kawan.. Kerja aku memang kena jumpa orang jadinya memang setiap hari rutin aku jumpa orang dan jumpa orang. Aku percaya siapa yang kerja banyak jumpa orang ni mesti dah boleh baca gerak gaya orang tu macamana, samada dia suka kau ke.. Tak suka ke.. Itu semua kau dah boleh baca..


Jumpa orang baru, baru-baru ni. Kathy dan Yana dari Kaay Cosmetics masa Basic Makeup Workshop anjuran Annesuraya Skincare and Kaay Cosmetic

Aku bukan nak cerita pasal kerja pun.. Just nak cerita aku dah jumpa banyak orang ego. Ego ni kalau ikut bahasa mudah faham ialah seseorang yang keras hati, keras kepala dan berasa diri dia seorang je betul dan taknak terima pandangan orang lain. Biasa orang ego ni sukar nak memaafkan, sukar nak mengucapkan maaf dan berbaik-baik semula. Dia berasa dulu dan sekarang tak sama. Tak boleh berbaik semula. Bye bye. Itu semua maksud dalam kamus dia la.. Nanti kita check kamus dia.


Anyway, pernah satu masa aku berdepan dengan situasi untuk memilih antara kerjaya bersama B dan persahabatan dengan kawan baik aku, si A. Aku tahu aku kena korbankan salah satu dalam situasi ni. Kalau aku beritahu perihal sebenar pada A bermakna aku kena lupakan project kerja aku dengan B. Sebab aku lebih value friendship aku bersama A akhirnya aku memilih A dan melupakan project aku dengan si B yang akhirnya memakan diri aku sendiri. Friendship entah kemana, project entah kemana. Aku ingat A akan berterima kasih kepada aku sebab selamatkan dia tapi tak... Dia boleh cakap aku pulak yang 'jahat' dalam kes ni.

Ni nasihat aku nak bagi pada korang kalau korang tersepit diantara A dan B macam aku, tak payah lah kau masuk campur nak selamatkan A ke, nak pilih B ke.. Kau buat bodoh sudeii sebab aku pernah konon2 sebab kawan baik A, jadinya cubalah berbuat sesuatu membantu dia dan menyelamatkan dia dengan B. Sudahnya tindakan aku disalah ertikan, nama aku busuk kerana A bertindak clarify dengan B lalu B pulak membenci aku tak pasal-pasal. Banyak sangat ABC dalam cerita ni.. Lain kali takkkk payahhhh wei nak selamatkan orang jadi Superman ke apa kalau end up nama kau busuk, dengan projek pun hancur.. Aku dah banyak kali kena hal konon nak menyelamat macam ni tapi sudahnya nama aku yang tercemar. Hal-hal keluarga ke, kawan2 ke, A cerita, B cerita, kau diam iyeeeer kan aje.. Jangan campur. Lantak kau orang lah.. Sebab ko kena tau end up bila A dengan B ni berbaik,yang busuknya ialah kau walaupon niat asal kau lain, tetap kau dipersalahkan. Konon nak menyelamat tapi sudahnya yang buruk diri sendiri.

Style aku memang suka berdiam diri. Takkan komen apa-apa. Avoid. Ignore. Tapi sampai satu masa ada juga orang menyampai cerita lepas tu komen dan memberi gambaran salah tentang aku jadi aku juga perlu buat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan. Orang ni kadang suka pandang banyak yang buruk je kat orang lain. Satu kau buat salah akan mengaburi 1001 kebaikan yang kau pernah buat sebelum ni. Jadi, bila sampai masa kau yang berdiam buat bodo ni kena kacau, kau akan petik satu suis je. Teruslah Meletop Kebaboom!! Time tu sesen pon tak guna ye?

Jadinya nasihat aku.. Sudah-sudahlah berfikiran negatif tentang orang. Kita perlu didik hati kita dengan kata maaf dan memaafkan. Perbuatan kita yang suka negative pada orang semua ni bermula dari hati. Hati kita yang perlu diubati. Kita kena tau, SEMUA manusia buat salah...Parents dan anak-anak. Suami isteri. Kawan-kawan. Adik beradik. Majikan dan staff. Semua kena minta maaf. Tak perlu ego dan rasa menang dengan bersikap ego. Didiklah hati kita.. Kita kena fikir,  kenapa susah sangat nak memberi maaf sedangkan Nabi ampunkan umat, inikan pulak kita manusia biasa. Melainkan kita rasa diri kita lagi hebat dari Nabi, itu lain cerita.


"Hendaklah mereka memaafkan dan berlapang dada
Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu
Dan Allah maha pengampun lagi maha penyayang"


(An nuur 24:22)


Bye.

Love me.
Anny

1 comment:

NayNay said...

power kak!.. kenapa la selalu mangsa yg jadi org yg bersalah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...